Kenapa Mesti Mencintai Rasulullah SAW
Kenapa
mesti kita mencintai Rasulullah? Pertamanya, kerana nabi terlalu cinta
kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah,
sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah.
Menurut
satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak
antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana umatku?”
Nabi juga pernah menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud:
“Bahagialah
siapa yang melihat ku dan beriman padaku” kemudian nabi sebut tiga
kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku
tapi beriman denganku.
”
Orang
yang tak lihat nabi tapi beriman pada nabi, antaranya kitalah, nabi
puji kita tiga kali. Sebab kedua kenapa mesti mencintai nabi sebab cinta
nabi tanda sempurnanya iman seseorang Muslim.
Maknanya kalau tak cinta nabi tak sempurnalah iman kita. Sabda nabi yang bermaksud:
“Tidak
sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu
menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.
”
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi,
“Aku
sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi
menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah
sempurna iman kamu.”
Ketiga,
nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan, bukan
kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita
kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.
Nabi
sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk
membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik
pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati
kita.
Itulah
kenapa kita perlu sangat bersyukur merasai nikmat iman dan Islam kerana
bapa saudara nabi sendiri, Abu Talib, walaupun nabi sudah melakukan
dakwah tetapi masih tidak dapat terima Islam.
Jadi
begitu mahalnya nilai Islam ini sebenarnya kepada kita semua. Kemudian,
kita mesti cinta nabi sebab nabi makhluk Allah yang maksum, yang tidak
ada salah apatah lagi cacat cela.
Rasulullah
terpelihara daripada segala aib. Malahan baginda mendapat pula al-Quran
sebagai mukjizat, sebagai panduan. Jelas sekali mencintai nabi bermakna
kita mencintai seorang yang agung dan amat mulia.
Justeru
cintailah nabi Muhammad kerana baginda membimbing kita kepada
kebenaran, huraikan ayat al-Quran agar kita mudah memahaminya, nabi juga
tak jemu-jemu memberi nasihat agar umatnya selamat dan berbahagia di
dunia dan akhirat.
Akhir
sekali kenali nabi dengan mempelajari sirah nya, memahami hadisnya dan
cintailah nabi dengan mencintai apa yang dicintainya.
Nabi Muhammad patut diikuti dan disayangi sebab pada nabi ada segala-galanya.
Baginda
paling cantik dan dialah yang paling hebat. Cuma kita saja tak tahu
kerana tidak baca secara mendalam perjalanan sirah nabi dan jika baca
pun sambil lalu saja.
Nabi
Muhammad cemerlang dalam pelbagai dimensi. Cerita nabi lengkap daripada
mula lahir, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga tua dan wafat.
Kehebatannya
cukup terserlah sejak dari kelahirannya, ketika kanak-kanak, remaja,
dewasa sehingga baginda tua dan wafat. Daripada orang biasa, baginda
mengasaskan kemudian mengembangkan agama yang terhebat di dunia.
Comments
Post a Comment