- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, October 4, 2012







BILA TUN MAHATHIR TERPAKSA MERENDAHKAN DIRI UNTUK MENJAWAB SOALAN BIADAB SEORANG ANAK MUDA...AKU MENANGIS KERANA SEDIH....

Dia adalah negarawan ulung....yang kecintaannya kepada pembangunan bangsanya...kecintaannya kepada menjaga kesucian agamanya...rasanya tidak perlu untuk dia menjawab persoalan satu apa-pun daripada anak kecil yang hanya  pangkat cucu kepadanya... 


Apabila Hilal Asyraf dari LangitIlahi.com mempersoalkan mengenai ucapan Tun Mahathir dalam perbincangan di UNIMAS...sedangkan dia sendiri tidak ada di sana dan mendengarnya hanya melalui video youtube. Dengan lantangnya dia mempersoalkan kenapa dan kenapa.... 


Tulisan notanya di dalam facebook boleh anda lihat di sini... Bila Mantan Perdana Menteri Berbicara Tentang Hudud...


Apa yang ingin pendekar sampaikan hanyalah sedikit cuma...sebagai seorang anak remaja yang dibesarkan dengan pentingnya ilmu...yang selalu diperjuangkan oleh Ayahanda Tun sehinggakan sebegitu ramai rakyat Malaysia yang boleh bergelar pakar-pakar segala....sepatutnya Hilal Asyraf ini lebih mengetahui akan landasan ilmu itu sendiri... Jika kamu tiada di tempat itu...maka berdiam dirilah kamu..jika kamu benci kepada ujaran pemimpin kamu...maka temuilah dia dan kemukakan ketidakpuashatian kamu...dan jangan kamu buruk-burukkan dia di hadapan khalayak...


Sebagai anak muda yang dibesarkan di dalam kepesatan pembangunan ilmu yang diasaskan oleh Tun Mahathir...dengan segala usaha gigihnya untuk memodenkan negara...sehinggakan seluruh rakyat Malaysia boleh menerima segala macam maklumat hanya di hujung jari...sangatlah biadab bagi aku tindakan Hilal Asyraf ini.... 


Cuma bila Ayahanda Tun sendiri yang terpaksa merendahkan dirinya hanya untuk menjawab persoalan daripada insan yang setaraf dengan cucunya sendiri...aku bagaikan terpempan...dan saat itu juga aku menangis...menangis kerana terharu...dan menangis kerana sedih...sedih kerana insan seperti Hilal Asyraf ini sangat banyak sekali...namun pemikiran mereka masih belum cukup untuk membezakan antara rasa hormat terhadap orang yang lebih tua...dan kemahuan untuk menunjukkan ego bahawa mereka lebih berilmu daripada orang lain....


Antara kemahuan mereka untuk menunjuk-nunjukkan kefahaman dan keilmuan mereka... sedangkan mereka tidak pernah malah tidak ada menyumbang walau satu zarah pun dalam membangunkan dan memperkasakan ummat Islam itu sendiri...apa yang diketahui oleh mereka hanyalah mahu bercakap mengenai apa yang mereka fahami...sedang pada saat imam Al-Ghazali dipenjarakan pemerintah...yang melaksanakan hukum ikut jemala otak mereka tidak pula dia mempersoalkan apa-apa...


Jika ada seribu manusia seperti Hilal Asyraf...yang cuba menunjukkan kefahaman mereka untuk meraih riak dan ego pada ilmu yang diperolehi oleh mereka atas jasa orang lain...nyatalah bahawa mereka ini tidak pernah mahu bersyukur...


Pada sekelumit rasa hati... aku ingin sekali berpesan apa adanya.... "Wahai anak muda...jangan kerana ilmu yang kau ada...pada pengaruh yang kau ada...kau mahu ego riak memijak kepala...walau dia seorang tua...yang tarafnya lebih tinggi dari kau punya bapa... kerana dia pemimpin kau..jika kau boleh menghormati bapa kau...maka lebih wajib untuk kau hormat dia sebagai pemimpin kau..."


Jawapan Ayahanda Tun menuntut untuk menggalakkan lagi sekalian manusia itu berfikir.....


Kalian bisa membacanya di sini ataupun di laman ini.

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.
2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.

3. Soalan :


i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?


ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?


iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.


iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?


v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.


vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).

vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.

15 comments:

  1. penilaian yg x menimbangkan akal yg cerdik..tidak mahu mendengar ttpi lantang bersuara...
    Reply
  2. Apa yg PB katakan itu benar belaka. Kita kena hormati Tun dan jangan menentangnya. Bila Tun menghina pakaian Nabi SAW dan janggut Nabi SAW dlm Perhimpunan Agung Umno 1996, kita perlu berdiam diri kerana dia adalah pemimpin kita. Bila Tun baru2 ini berkata hukum hudud tiada dlm al-Quran, kita juga perlu berdiam diri, kerana dia adalah pemimpin kita. Sebagai org tua yg dah berusia hampir 90 tahun, kita tak boleh menyalahkan Tun atas kealpaannya. Sedarlah kawan2, faktor umur tidak mengizinkan Tun berfikiran waras seperti kita. Hormatilah dia, kasihanilah pemimpin kita itu, dia sudah terlalu tua utk dihina begitu...
    Reply
    Replies
    1. apa yang kamu mahu jawab depan allah nanti..
      milik siapakah kita ni?
      Pemimpin Islam Akan Terima Hukum Allah..
      TILKA HUDUD ULLAH (HUDUD MILIK ALLAH)

      Surah Al Maidah, Ayat 38

      Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

      Rasulullah s.a.w adalah pemimpin kita,
      janggut adalah sunnah..

  3. @semutapi

    perlu aku tekankan di sini bahawa tiadalah aku bermaksud untuk menggalakkan kamu untuk tidak menentangnya....kerana manusia itu tidak pernah akan sempurna....tetapi aku bermaksud bahawa kamu perlu mengikuti adab dan tatasusila untuk menghormati orang yang lebih tua...apatah lagi jika dia adalah pemimpin kamu...

    Kamu terus melupakan jasa-jasanya kerana mungkin akibat apa yang keluar daripada yang telah dikeluarkan olehnya mahupun tindakannya....

    Ketika dia membilang bahawa Hudud itu tidak wujud di dalam al-Qur'an, maka adakah kamu mengkajinya terlebih dahulu?? apakah benar apa yang diperkatakannya itu?? Kerana dia adalah insan yang berilmu...maka balaslah juga hujahannya dengan ilmu...

    Hukum hudud...hanyalah 0.001% daripada hukum perundangan Islam yang lebih besar...kerana ia meletakkan hukum pada dosa-dosa besar...yang menjejaskan keselamatan masyarakat dan keharmoniannya....

    Hukum hudud adalah hukum yang bersifat sangat keras....untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk sekiranya tidak dihukum dengan berat....

    Aku bukanlah insan yang arif mengenainya..tetapi aku tetap mahu menggunakan akal aku untuk berfikir...

    ketika dia mengungkapkan mengenai janggut Nabi...serban Nabi...adakah kita ada di situ pada masa itu sehinggakan kita hanya menganggukkan kepala apabila dibawakan pada kita khabar angin seperti itu..,

    Di sini aku cuma mahu kamu...menghormatinya kerana dia adalah insan yang pernah memimpin kamu dan masyarakat kamu...untuk menempuhi cabaran dunia yang tidak henti-hentinya menduga kamu.... yang telah banyak berjasa kepada kamu, keluarga kamu, masyarakat kamu, dan agama kamu... dan kerana dengan apa yang telah dilakukan olehnya...kamu bisa menunjuk ego riak segala di atas bumi yang mana kamu pijak ini...

    Pesan aku cuma minta kamu hormatinya sebagai orang yang lebih tua...dan sebagai pemimpin yang pernah berjasa... aku mahu kamu bukakan mata dan gunakan akal fikir untuk mengkaji dan mengkaji setiap apa butir bicara yang disampaikannya...kerana dia adalah dari golongan orang-orang yang berilmu... dan ilmunya adalah kerana dia menjunjung perintah ALLAH yang pertama..

    "IQRA'...." ....bacalah...dan bukan dengarkankan...ataupun lihatlah.... kenapa mesti BACA?? kerana ketika kamu membaca...otak kamu akan digunakan dan berfikir.... bila disuruh baca...tiada beza sama ada kamu celik...buta...pekak...cacat....kudung anggota badan...ataupun segalanya.... kamu akan menjadi sama sahaja semuanya....

    Sekali lagi aku akan tekankan....belajarlah menghormati insan yang lebih berilmu...dan lebih tua...berhujahlah di atas landasan ilmu....
    Reply
  4. Saranan tuan untuk "menghormati insan yang lebih berilmu...dan lebih tua...berhujahlah di atas landasan ilmu...." telah ditunaikan di dalam jawapan Hilal Asyraf kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh TDM. http://langitilahi.com/7734
    Reply
  5. salam
    tidak perlu sedih!
    sekiranya anak bangsa kita mahumempertahankan apa yang benar ..

    inilah masalah kita sekarang..
    pandangan orang muda..seakan2 TIDAK boleh menegur orang yang lebih tua.
    hasilnya...masalah terus berlaku...

    dia cuma mahu memperbetulkan apa yang benar...
    sekaligus..dapat bagi kita ilmu..

    see..masalah terbesar kita...KURANG ILMU..
    jangan kata orang ini cuba untuk bangga dengan ilmu..sedangkan tidak ada pembangunan utk agama...
    kita muhasabah diri kita semua..

    apa yang kita telah buat...

    ...syukran..
    minta maaf atas segalanya...
    sama2 kita fikir..pendekar berkuda :3

  6. natijahnya yang harus kita fikir, apakah tun mahathir lebih kita sanjungi dari Agama kita?
    Reply
  7. Komen drpd "semutapi" ini bagus. Bersahaja tapi itulah cara terbaik untuk menyampaikan mesej kepada orang2 yang bersifat fanatik terhadap seseorang individu lain sehinggakan apa shj yang disebutkan oleh individu tersebut semuanya benar2 belaka(sehingga w/pun terdapat unsur2 yang membelakangkan Ugama). Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang apabila wujudnya golongan2 fanatik individu tidak kiralah samada penyokong2 Tun Dr Mahathir mahupun penyokong2 Dato' Sri Anwar Ibrahim. Satu perkara lagi, saya sudah pun membaca penulisan saudara Hilal Asyraf. Saya tdk nampak di mana biadabnya. Kemas penulisannya kecuali didalam intro nya yg berbunyi "saya rasa sangat kelakar untuk mantan seorang Perdana Menteri". Yang itu saya pun tidak setuju, sememangnya tidak berilmiah dan tampak tiada ketegasan di dlm penulisan. Ttp yg lain saya lihat penulisannya baik serta padat dengan hujah yang berasas dan kukuh. Malah Hilah Asyraf ini juga tidak akan menyentuh perkara yang di luar batas ilmunya seperti perkara2 yg berkaitan unsur Fiqh. Selain itu, dia juga tidak berhujah mengikut logik akal. Klu kita berhujah hal Ugama dgn mengikut hukum logik dan akal, itu sangat bahaya lebih2 lagi jika kita bukanlah ahlinya.

    Saya bagi satu contoh yang ringkas kalau kita hendak bahaskan keadilan hukum2 Allah dari hujah hukum akal. Contoh, Hukum tidak menunaikan Sembahyang akan dibakar beribu tahun didalam api neraka. Klu ikut hukum akal adilkah itu? Kita tidak mencederakan sesiapa, kita tidak memudharatkan sesiapa, kita memakmurkan dunia tetapi kita dibakar adilkah itu? Klu orang bukan Islam mereka akan kata TIDAK ADIL, tetapi bagi mereka yang Islam...IMAN mereka yang akan mengatakan hukuman Allah itu MAHA ADIL. Kesimpulannya, walaupun saya menghormati Tun Dr Mahathir tetapi saya tetap tidak bersetuju SEKIRANYA BENAR Tun Mahathir mengatakan Hudud (atau dengan kata lain Hukuman yang bergaris panduankan Al Quran) itu tidak adil dan membawa kerugian kepada orang Islam. Ianya SANGAT WAJAR UNTUK DI TEGUR dan teguran tersebut mestilah datang daripada mereka2 yang menuntut dan arif didalam bidang Agama. Namun sekiranya ucapan Tun itu bukanlah wujud dari Mata Hatinya diatas sbb2 tertentu yang Allah shj tahu rahsia sebabnya(mengambil Mudharat kecil untuk mengelak Mudharat besar), semoga Allah mengampuni dan memberkatinya

     http://www.pendekarberkuda.org

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kesimpulan- Hormati & taat pd pmimpin yg kita kasihi kerana, Allah serta & redha akan mereka. Al-Quran & Hadis tak boleh dipisahkan "kami dengar kami taat". Hudud skiranya dajalankan tak smestinya terus potong tangan. Disuruh Islam supaya tdk mngaku & bertaubat terlebih dahulu. Skiranya xmngaku & bertaubat tanpa 4 org saksi yg melihat jelas dihadapan mata.Tidak terjatuh hukuman hudud. Sekiranya trdpt bukti tetapi masih meragukan.Tdk boleh mnuduh org brzina mencuri atau mmbunuh. Hudud tetap xboleh djatuhkan kepada tertuduh. Itu lah Islam. lembut damai dakwah dan menginsafkan supaya mendekatkan diri kdp Yg Maha Pencipta. Hadis Ibnu AbbasRA Rujukan kuliah Dato' Ust Shamsuri Bahrulmazi Bab "Apa Salahku"

    ReplyDelete