KENAIKAN PANGKAT PTD DENGAN PEGAWAI TEKNIKAL TIDAK SEIMBANG




SAYA ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai ketidakadilan kenaikan pangkat di antara Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dengan Pegawai Teknikal.

Pegawai dalam skim M (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) didapati boleh melompat pangkat dengan begitu senang. Skim M ini terletak di bawah perkhidmatan gunasama dan berada terus di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Lazimnya pegawai PTD yang berkhidmat dalam tempoh lima hingga enam tahun sudah berada di Gred 48, sedangkan pegawai teknikal yang berkhidmat lebih 10 tahun masih di Gred 41. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah pegawai teknikal tidak menyumbang ke arah pembangunan negara?

Jangan jadikan alasan pegawai teknikal terletak di bawah skim bukan guna-sama, maka kenaikan pangkat mereka terhad.

Alasan sedemikian sepatutnya tidak boleh dikeluarkan oleh pembuat dasar kerajaan. Apakah sistem PROSPEK yang dilaksanakan berlaku adil kepada semua penjawat awam?

Bagi pegawai bukan guna-sama yang lulus semua ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada sistem sebelum ini, adakah mereka akan dinaikkan gred? Persoalan ini perlu dijawab oleh JPA.

Saya juga mengesyorkan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan melihat isu ini dengan teliti. Apabila memperjuangkan hak kakitangan kerajaan, jangan tertumpu pada Gred 1 hingga 40 saja dan perlu meluaskan skop pemikiran anda.

ANTI DISKRIMINASI,
Kuala Lumpur.

Comments

  1. pegawai tagih darjat memang macamtu.

    no wonder status fb macam ni wujud:

    https://www.facebook.com/groups/231035873597981/permalink/454180847950148/

    kah kah kah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog