Skip to main content






BERITA-BERITA PESERTA DIPLOMA PENGURUSAN AWAM INTAN (DPA) 2012


                                         Datuk Seri Dr Ali Hamsa

Peserta DPA PTD maut, KSN arah henti aktiviti lasak - SYABAS DATO' SRI - SATU TINDAKAN YANG AMAT BIJAKSANA DAN AMAT2 TEPAT

  Alhamdulillah, selesai sudah pengkebumian arwah sahabat kami, Aldy Hasmi. Tak sangka kemarin baru bergelak tawa, hari ni tangan kami sendiri mengkebumikan Allahyarham. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarganya khususnya anak2 kembar yg kini tidak berbapa... Kami saksikan sendiri isterinya memimpin tangan anaknya menyiramkan air mawar dipusara ayahandanya tanpa tahu apa2 yg berlaku.Adiputra Roslan TULISAN DLM FB PPTD - 17 SEPT 2012 

-----------------------------------------------------------


TULISAN DLM FB PPTD - Ibrahim Hj Yaacob


KRONOLOGI INSIDEN KEMALANGAN NYAWA KADET PTD : ALLAHYARHAM ALDY BIN HASMI


(Sumber : FIR Polis & Saksi di tempat Kejadian)
  VIDEO CONTOH MODUL OUTDOOR DPA

* Kadet DPA kali ini telah di bahagikan kepada dua kumpulan. Yang ‘FIT’ seramai 243 orang ke Kem Wataniah Force 136 di Pekan, dan yang ‘Kurang FIT’ ke tempat lain di Kem lain di Pahang.


* Platoon baru selesai makan tghri utk mnruskan aktiviti water confidence utk mrentasi Sg Miang dgn seutas tali yg direndahkn agar kepala berada di paras sungai.


* Sama spt tahun & batch2 DPA sebelumnya, aktiviti water confidence mrentasi Sg Miang ini diadakn lengkap b'pakaian tntera, tanpa life jacket, tnpa prsediaan paramedik, tanpa ambulan, & tnpa pnyelamat dlm sungai yg kedalamannya 3 - 6 meter. Hanya safety rob yg diikat pd badan bg m'mastikn tidak dibawa arus skirany t'lepas tali.


* Platoon telah melaporkan bhwa arus Sg Miang pd sesi berkenaan terlalu kuat dan bbrp kadet lain turut hampir lemas, tetapi mnurut sumber, urus setia terlalu rigid & tiada fleksibiliti dgn ttap mneruskn aktiviti spt biasa.


* Mangsa mengadu krg sihat : demam serta tiada water confidence utk mnyeberangi sungai pd ketika itu. Ttpi, jurulatih b'tegas & m'maksa mgsa utk ttap mneruskan aktiviti tsbt. (KOMEN PEMILIK BLOG - SAMA DGN KES 2010)


* Apabila mangsa mngalami kesakitan akibat kekejangan otot, pengsan seterusnya tenggelam sepenuhnya ke dalam air kira2 dua meter dari tebing, jurulatih m'manggil2 mangsa & terjun utk mnyelamatknnya mangsa.


* Stelah dibawa naik ke darat, mulut mangsa telah berbuih & CPR dilakukan 2 kali dgn bantuan kadet2 DPA yg lain.


* Setelah mangsa ttap tidak sedarkn diri stelah 2-3 minit & mulut terus berbuih, mangsa strusnya dibawa ke hospital Pekan dgn m'naiki Van urus setia. Menurut sumber, Pemandu dilaporkan m'merlukan bantuan untuk m'nunjukkan laluan terdekat ke hospital berdekatan.


* Mangsa disahkn meninggal sebaik tiba di hospital kira-kira pada pukul 3 petang (dgn menaiki Van) dan jenazah mangsa disolatkan di Kem Wataniah 505, seterusnya dibawa ke kmpun halaman di Alor Setar, Kedah untuk dikebumikan.


* Selepas kejadian, berlaku perselisihan antara jurulatih dengan sbhgn pelatih yang tidak berpuas hati dengan kaedah latihan yg dijalankan dan klompok ini enggan meneruskan latihan kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing.


* YBhg Tan Sri KSN mengarahkan utk menghentikan serta-merta sebarang bentuk aktiviti lasak melibatkan kursus DPA PTD serta kursus lain bagi pegawai2 tidak beruniform.


-----------------------------------------------




KEPADA MEREKA YANG PRIHATIN DENGAN INSIDEN INI & INGIN SAMA2 MEMBELA NASIB BALU ALLAHYARHAM, SEORANG GURU YANG AKAN KESEORANGAN MEMBESARKAN DUA ANAK LELAKI KEMBAR (UMUR 8 BULAN), BOLEH SALURKAN BANTUAN TERSEBUT TERUS KEPADA AKAUN BANK BELIAU : CIMB 12520064872523 (FARAH FUDHLANA)

====================================

OLEH OLiey Mohd Rofi

Qullu Nafsin Zaa'Iqatul Maut... Setiap yang bernafas pasti akan mati..
Bila dibacakan ayat di atas, ingatan kembali kepada arwah ketika saya berada di Unit Forensik semalam.. Selepas menunaikan solat jenazah di Unit Forensik, kami menunggu ketibaan isteri arwah dari kediaman beliau.. 
Tidak berapa lama kemudian ketibaan isteri beliau disambut hiba oleh beberapa pegawai.. Keadaan senyap seketika.. Yang dilihat, air mata bercucuran dari isteri arwah.. Langkah lemah longlai... Bagai mahu rebah dilantaian.. Isteri dan keluarga dibawa masuk ke bilik memandikan jenazah untuk dilihat buat kali terakhir.. dikucup buat kali yang terakhir.. Anak kembar beliau berada didokongan kaum keluarga.. Tidak mengerti apa itu erti kematian.. 
Yang dilihat adalah bapanya yang tidak lagi bernafas diliputi kain kafan.. Merengek di dokongan.. Isterinya ditenangkan seketika dan diminta untuk mengelap air mata sebelum mengucup arwah.. Setelah dikucup.. tangannya memegang 
kaku tubuh arwah sambil berlinangan air mata... dan akhirnya arwah dibawa dengan kenderaan jenazah untuk disembahyangkan di Kem 505...

Bertanya kepada peserta yang berada disana, terdapat beberapa perkara yang perlu dikaji semula terutamanya dari segi aspek keselamatan.. Selain daripada itu juga, kekuatan jurulatih perlu diambil kira termasuk jumlah paramedik yang seharusnya berada di lokasi latihan semasa latihan tersebut dijalankan.

walaubagaimana pun diharapkan kejadian sebegini tidak lagi berulang buat kali yang ketiga. Ia dilihat seperti terdapat kecuaian dipihak pengurusan apabila pelatih yang menjalani latihan boleh lemas semasa latihan tersebut dijalankan. Pohon juga perkara sebegini tidak ditokok tambah cerita dan kecuaian yang berlaku adalah disebabkan pelatih tidak "fit", lembik, attitude dan sebagainya. Jadikan ia sebagai satu pengajaran buat kali yang kedua dan kini masyarakat memandang ia satu kecuaian yang besar sehingga boleh meragut nyawa.

Maaf sekiranya terdapat salah dan silap.. Wassalam...

MARI KITA HULURKAN SUMBANGAN KPD BALU ALLAHYARHAM & 2 ANAK KEMBARNYA
 
 وحي أنور
petikan post dari Adiputra Roslan -
Ok abg long dan kak long sume.. Bleh bantu kami eh.. Nombor akaun isteri arwah ialah, 12520064872523 FARAH FUDHLANA, bank CIMB. Credit to sahabat baik arwah. Utk pengetahuan sume, kami sume bnyk berpecah skg, ada 2 bas yg baru balik dr pengkebumian masih stuck di bukit gantang jam teruk, ada bas masih di pekan pahang kem wataniah, ada yang dah balik ke intan. Sejak smlm diarahkan balik serta merta, bnyk barang packed unplanned. Insya allah by tmrw morning akan full strength di intan kiara.. Bnyk communication and gadgets out of battery, so susah sket communication kami utk urusan, plus berpisah2. Hope abg long n kak long leh bantu buat collection awal.
KENYATAAN KSN DLM FB NYA PADA 16 SEPT 2012 & KOMEN PARA PEMBACA FB
 Dr Ali HamsaDr Ali Hamsa · 1,760 like this
Assalamualaikum. Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Aidy Hasmi b Abu Hassan, kadet PTD di atas kembalinya beliau ke rahmatullah semasa menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman . Susulan daripada kejadian tersebut, saya telah mengarahkan JPA dan INTAN menghentikan dengan serta -merta aktiviti-aktiviti lasak yang melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal pegawai PTD dan kursus-kursus lain bagi pegawai-pegawai yang tidak beruniform. Pada masa yang sama, saya juga telah mengarahkan JPA dan INTAN menyiasat dan mengemukakan laporan berhubung peristiwa tersebut. Terima kasih.

  • Shamsol Haji Ini Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yg beriman.. Amin
  • Linda Khalid Al-fatihah. Sudah tiba masanya kursus DPA dikaji secara menyeluruh.
  • Ellyza Mastura Al-fatihah. Terima kasih atas keprihatinan Dato' Seri dan keputusan yang diambil.
  • Wan Mohd Khairuddin Alfatihah buat arwah... Modul perlu ditruskan cuma SOP perlu diperkemaskan.
  • Zak Ba wan mohd khairuddin, enough is enough & no need to talk about SOP. 'Once bitten, twice shy'
    If somebody is said to be once bitten twice shy, it means that someone who has been hurt or who has had something go wrong will be far more careful the next time. So don't not repeat the same mistake.
  • RosLina Rahman Alfatihah buat arwah. .moga rohnya ditempatkan sebaris dgn org2 beriman,moga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan semoga kejadian kedua ini tidak akan berulang lagi di masa akan dtg.
  • Asfieda Impiana Carilah alternatif yang bermanfaat dan berkepentingan dalam melahirkan PTD muda yang berkaliber. Peringkat kami yang baru jejaki PTD apa yang penting bagaimana nak tulis minit mesyuarat, laporan etc yang berkaitan secara teori dan praktikal perlu diperbanyakkan. Mengambil kata rakan2 seperjuangan yang lain, tak salah jika xtvt fizikal tersebut dimansuhkan kerana utk mengetahui apa yang dilalui oleh badan beruniform tak perlu utk kursus sampai 3-4 minggu. Kadangkala tanpa perlu menjalani seperti mereka, ada juga pelaksanaan/pendekatan lain yang dapat membuatkan PTD ni memahami kepentingan anggota jawatan skim lain. Selain modul DPA ini boleh ditukarkan sebagai MASTER (Sarjana) yang mana secara tak langsung boleh diiktiraf dan digunapakai. Sekian pandangan saya.
  • Ahmad Farid Mohammed Al fatihah, ptd di latih untuk mentadbir, bukan untuk berjuang d medan perang,eloklah dikaji modul lasak sebegini, sebelum lebih ramai yg menjadi mangsa
  • Ahmad Mukrim Takziah @ & Al-Fatihah...amat wajar dihentikan serta-merta...perlu dikaji semula modul secara keseluruhannya...
  • Mohd Zaid Mohd Idrus Tahniah prof...semoga modul yg lebih baik diketengahkan...
  • Mohamad Asri Hashim Khabarnya tiada bantuan kecemasan awalan Dan pegawai perubatan juga lewat..inilah akibat fasilitator lebih sudu dari kuah. Al Fatihah kepada arwah.
  • Fazli A Hamid Takziah kepada keluarga arwah dan tabah melalui dugaan dan ketentuan Illahi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama2 org2 yg beriman.
  • Zak Ba YBhg Dato Sri Dr Ali Hamsa, Syabas & tahniah diatas ketegasan dan keberanian menghentikan serta merta aktiviti lasak.Semua aktiviti lasak ini merupakan satu modul legasi yg tidak mendatangkan satu manfaatpun kpd perserta. Kita perlu gunakan blue ocean strategy dalam merangka kursus yg relevant dgn job function seseorg pegawai PTD & tidaklah perlu menjalani latihan lasak spr askar dan polis, kerana mereka bukannya dilatih dan dibayar gaji utk menjadi askar dan polis. Pihak INTAN tidaklah boleh berbangga dengan legasi kursus yang dianjurkan yg membahayakan dan mengancam serta meragut nyawa PTD sendiri. YBhg Dato Sri dijemput membaca coretan yang saya sertakan ini. sekian, terima kasih.
    Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2012 Meninggal Dunia – PTD Lemas
    Sep16

    Innalillahiwainnailaihirojiun..

    Berhenti nafas seketika selepas mendengar perkhabaran dari Dude petang tadi tentang kepulangan Saudara Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, ke Rahmatullah, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang sekarang bersama-sama Dude menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Sesi 1/2012 Modul Wataniah di sebuah Kem di Pekan, Pahang.

    Peserta kursus DPA kali ini sebenarnye telah di bahagikan kepada dua kumpulan. Yang ‘FIT’ ke Wataniah di Pekan, dan yang ‘Kurang FIT’ ke tempat lain di Pahang juge.

    Semasa kejadian, Allahyarham dan kumpulannya sedang menjalani latihan merentas sungai dengan berpegang pada tali yang disediakan TANPA dibekalkan dengan jaket keselamatan (mungkin mereka bajet semua orang pandai berenang dan tiada apa akan berlaku..mungkinlah..).

    Kumpulan Dude pula sedang makan dan akan menjalani latihan yang sama selepas makan. Tapi kerana telah berlaku kejadian itu, tak sempat la kumpulan Dude buat latihan Dude. Risau jugak sebab Dude pun tak berapa pandai berenang.

    Disebabkan Dude tiada di tempat kejadian dan hanya mendengar dari kawan-kawan kumpulan Allahyarham, aku tak berani nak komen atau nak menceritakan keadaan sebenar di tempat kejadian, takut ada yang tersilap cerita. Tapi yang pastinya, Allahyarham meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas sungai di kem tersebut dan pegawai tentera yang bertugas melakukan CPR sambil dibantu oleh peserta-peserta lain. Di waktu kejadian tiada disediakan paramedik atau ambulan dan hanya menggunakan van INTAN untuk ke hospital.

    Dikhabarkan Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak (kembar) yang masih kecik lagi (kurang setahun atau setahun lebey je baru). Sedey tak sedey dengar.

    Aku tak tau nak ulas ape sebenarnye. Sebab tau ajal maut di tangan Allah s.w.t. Tapi sebagai seorang isteri kepada perserta DPA juga, aku tak berape dapat nak terime la kejadian ni. Tiap-tiap hari mase Dude buat aktiviti luar, aku risau je. Takut.

    Diorang tak serik ke dengan kejadian yang dah berlaku pada 2010 dimana Allahyarhamah Norhashimah Wahid meninggal dunia ketika menjalani latihan ala komando pada Mei 2010 juga ketika kursus DPA akibat pneumonia walaupun dan mengadu tak larat tapi masih disuruh menjalankan aktiviti oleh intructor?

    Mase taklimat untuk waris pada hari pertama kursus DPA ni bermula di Intan Bukit Kiara, ada suami yang bertanya, kenapa perlu mereka menjalani aktiviti-aktiviti luar ni lama-lama i.e WAtaniah, Polis, Bomba etc? Pegawai tersebut menjawab, “untuk bagi diorang ni faham tugas-tugas Polis, Bomba etc ni sebab secare tak langsung tugas PTD ade kaitan dengan unit-unit tersebut. Kalau sekejap sangat, macam 2-3 hari ke, tak dapat rase n tau tugas diorang.”

    Dan aku terfikir pulak dalam hati, ‘kenape PTD kene tau tugas diorang tu?’. Tapi sebagai rakyat marhaen, ape la yang aku boleh cakap selain merasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan hasben untuk 6 bulan dengan Nawfal yang ketika itu belum 1 tahun lagi.

    Aku tak dapat nak bayangkan perasaan si isteri menerima perkhabaran pemergian suaminya. Kite hantar spouse kite pergi dengan harapan diorang akan pulang lepas habis kursus. Tapi bile yang sebaliknye terjadi? Dengan anak-anak yang masih kecil?

    Ya Allah, kuatkan la balu si Allahyarham dan permudahkanlah kehidupan mereka selepas ini. Amiiinnn http://nadot.my/2012/09/peserta-diploma-pengurusan-awam-dpa-2012-meninggal-dunia-ptd-lemas.html


    nadot.my
    Innalillahiwainnailaihirojiun.. Berhenti nafas seketika selepas mendengar perkha...See More
  • Rusly Khairuddin terima kasih dato' sri....
  • Ridzuan Kushairi Salam, harap2 dimasa ini belum wajar menuding jari atau menuduh program tidak munasabah...hidup, mati, rezeki semuanya ketentuanNya..bagi mereka yang telah meninggalkan kami, kami sedekahkan Al fatihah....dari segi kewajaran sesuatu program itu dibatalkan oleh kerana kematian, kalau dilihat pemain bola meninggal dunia bila bermain bola, tetapi sukan bola diteruskan, kalau dilihat ada pegawai yang meninggal dunia dalam perjalanan ke tempat mesyuarat tidak lama dahulu, tetapi mesyuarat masih diteruskan, ada juga pegawai yang meninggal akibat bunuh diri beberapa tahun lalu, tetapi bangunan tinggi masih dibuat, sama juga program national service yang meragut beberapa nyawa anak muda tetapi program masih dijalankan.....oleh itu, tidak wajar untuk mengatakan bahawa sesuatu program itu gagal atau tidak sehingga satu kajian menyeluruh dibuat terhadap pemantapan kursus DPA...kalau dilihat beribu pegawai yang melalui program DPA tidak mengalami kecelakaan oleh kerana program dibuat dengan mengambilkira ciri2 keselamatan...sehingga kini belum ada lagi program penjawat awam yang dapat menerapkan nilai2 murni kerjasama dalam masa yang singkat seperti modul2 luar DPA...sebab itu kita lihat semua program team building akan melibatkan program2 lasak...seperti YBhg Dato Sri kata biar dulu siasatan dilaksanakan..jangan cepat melatah dan melompat
  • Megat Iskandar Jamil Inna lillah wa inna lillahirojiuun
  • Qasim Muhamad Dr Ali Hamsa, pastikan tiada apa yang disembunyikan hasil dari siasatan..biar semuanya telus dan tidak melindungi sesiapa jika ada yang bersalah/cuai..pastikan juga kebajikan isteri dan anak arwah sentiasa dibela dan dijaga..sudah juga tiba masanya kajian semula modul kursus dilaksanakan..
  • Shalihin Annuar Al - Fatihah ...
  • Afifuddin Az-Zohdi Alfatihah buat keluarga Allahyarham.. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang bertakwa dan beriman...
  • Nordiena Nordean Innalillah.. Semoga kematian arwah tidak sia-sia dan memberi manfaat kepada kita..setiap kejadian ada hikmahnya..*arwah pergi sebagai wira*
  • Peah Fida Sy amat yakin para p'buat dasar n perancangan da pk yg sebaiknye utk ape jua xtvt mahupn prog yg dbentuk. Xde sape yg mahukn kejadian2 buruk b'laku.. Namun apabile ianya berlaku, ketentuan Allah adalah segalanya. Spt yg telah YBhg Dato Sri katakan, biarlah siasatan djlnkn.. Jgn kerana nyamuk seekor kelambu yg kite bkr.. Insya Allah yg pakar akan laksanakan tugas mereka sebaik mgkn.. AlFatihah buat rakan ptd yg telah pergi..
  • Mohd Nazri Elias AlFatihah.
    Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin.
    Ajal maut di tentukan Allah.
    Usah tuding menuding.
    Yg pasti, kebajikan keluarga arwah diambil berat oleh pihak JPA kelak.
  • Sharipah Jusoh Alfatihah...kami warga pembangunan Mindef mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan Alfatihah, semoga dicucuri rahmat.Amin!
  • Intan Norrizah innalillah. alFatihah.
  • Roslinah Md Jani Saat ini menuding jari hanya merumitkan keadaan
  • Shireen Aida Shamsul Khalil Innalillah hi wa inna ilaihi rajiuun...
  • Rosnazli Amin Takziah dan Al-fatihah buat keluarga mangsa, semoga rohnya akan ditempatkan bersama roh org2 beriman. Amin.
    Tahniah Dato kerana sensitif terhadap insiden yang boleh dielakkan, lantaran itu latihan utk para kadet tentera, polis dan bomba jgk perlu diteliti agar kemudahan alatan keselamatan dan sokongan kecemasan dipertingkatkan. Biar mereka gugur secara terhormat di medan pertempuran sebenar daripada gugur semasa latihan yang sememangnya mereka ini belum lagi bersedia dari sudut mental dan fizikal (masih baru - semasa latihan). Kekuatan mental dan jati diri adalah terpenting sepertimana pejuang2 di negara yang ditindas Barat, agar mereka ini kenal,faham & kental dalam mengertikan maksud perjuangan.
  • Jamain Rudy Terima kasih Tuan KSN kerana mengambil langkah yg segera. Sebenarnya ada byk lg program yg tidak lasak yg lebih penting untuk membentuk PTD yg terbaik. Mohon INTAN semak dan buat.research bagaimana MNC melahirkan officer2 yg sgt kental..cekap..effisyen..outstanding..dll..sesungguhnya mereka ini.dihantar keseluruh dunia utk mewakili syarikat masing2. Adakah kita merasakan training dgn JPAM..BOMBA..POLIS..ATM membolehkan kita jadi sebagaimana yg sepatutnya?
  • Zak Ba Roslinah Md Jani, setuju 1000% stop tunding jari, tetapi at the same time INTAN perlu stop aktiviti lasak kpd PTD
  • Sweetangel D'great Saudra ridzuan saya sokong anda.....
  • Salahuddin Hamzah Innalillahiwainnailaihiraajiuun.. Terima kasih Y.Bhg Dato' Seri..
  • Muhammad Rujhan Md Noor Hentikan module2 yg lapuk ni. Module latihan intan perlu rombakan secara menyeluruh. Ni bkn zaman 70-an lagi.
  • Hall Mann AlFatihah, kita merasa dukacita seorang rakan PTD telah kembali ke Rahmatullah berikutan insiden latihan wataniah semasa mengikuti modul DPA di Pekan Pahang. Ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham Aldy Hasmi. YBhg Tan Sri KSN telah mengambil tindakan damage control yang baik dengan mengarahkan INTAN menghentikan sertamerta latihan lasak modul tersebut serta untuk program lain yang seumpamanya. Siasatan rapi akan dibuat. Insiden ini perlu diuruskan sebagai satu bentuk Pengurusan Krisis bagi menggelakan pihak tertentu mengekploitasinya atau will blow the case out of proportion. Diharap pihak JPA dan INTAN segera mengambil tindakan. Pertamanya, "immediate damage control" dimana pihak KSN telah mengarahkan ianya dihentikan serta merta, Keduanya "full command and control", mulai saat ini perlulah seorang pegawai kanan JPA atau Pengarah INTAN bertindak sebagai Pengarah krisis dengan mengwujudkan satu sahaja saluran berita yang berotoriti untuk hebahan rasmi serta mengelakkan tuduhan dan spekulasi liar dari pihak lain, Ketiga, "followup recovery action" dengan susulan menenangkan kelompok peserta yg terlibat termasuk sokongan kaunseling atau psychological support kepada rakan peserta modul dimana perlu. Amat perlu ahli keluarga Allahyarham diberikan sokongan awal khasnya untuk menghadapi situasi getir ini. Keempat, "reinforcement", usaha diambil untuk mengkaji dengan mendalam semua aspek latihan lasak bertujuan memantapkan aspek keselamatan, modus operandi,,SOP atau mengkaji semula modul DPA untuk digantikan dengan program Pembangunan Professional yang lebih baik bersesuaian dengan keperluan PTD masa kini dan akan datang.
  • Nur Ilyani Al fatihah buat arwah..
  • Mohd Hariff Ghazali alfatihah.....saya pernah ikuti latihan askar wataniah...maki hamun ikut sdp mulut...perlu diterap nilai islam dlm latihan askar pun.jiwa x kental dgn maki hamun...
  • Fazli A Hamid saya suka aktiviti lasak dalam DPA....melahirkan PTD yg tahan lasak. Kemalangan jiwa mesti disebabkan oleh kecuaian manusia dan faktor2 lain yg perlu dikenal pasti. Siasat dan kaji kenapa kemalangan berlaku dan untuk jangka masa panjang....perlu kaji keperluan aktiviti lasak dalam DPA?
  • Mariah Nawi Al-Fatihah.
    Ketahanan mental adalah lebih penting dari ketahanan fizikal. Utk PTD memahami sesuatu beban tugas adalah lebih baik menghantar menjadi pemerhati umpama menulis tesis time to time basis. Jika dibebankan pd suatu masa yg pjg utk mnjalani sesuatu kursus tidak akan membantu 100% kerana permasalahan di sesuatu jabatan tidak akn sama atau menjadi relevan di ms hadapan. Tanggungjwb sosial juga harus diambil berat supaya peserta tidak mngglkan keluarga begitu lama kerana perlukan ransangan dr keluarga tersayang. Tidak sama keadaannya jika ransangan kasih syg diberi melalui sms atau telefon shj tanpa bertemu.
    Kerajaan patut berasa bersalah apabila berlaku sesuatu insiden spt ini.
    Ajal tetap ajal dan sudah tertulis kematiannya begitu hingga membuatkan balu dan ahli keluarga yg lain kena redha.....tapi pasti ada rasa terkilan.
    Sekian.
  • Zak Ba Sdr Mohd Hariff Ghazali, wujudnya budaya maki hamun kerana mereka yg menjadi jurulatih telahpun dimaki hamun sebelum ini oleh juru latih mereka. Maka budaya maki hamun itu akan beterusan dalam benak otak semua juru latih. Falsafah kalau kami kena maki hamun satu ketika dulu, maka yg kemudian pun perlu terima nasib yg sama.
  • Lee Fardzli Ni bukan zaman 70an di waktu DPA diperkenalkan..harap KSN baru@Dr Ali Hamsa lebih relevan dan waras dalam menyemak semula terutamanya pegawai2 JPA yang tidak berkelayakan dalam mengetuai program ini..Sila jangan ambil sambil lewa nyawa2 orang..
  • Nur Ilyana Mohd Nor Al-fatihah buat keluarga mangsa..sejujurnya pada pandangan saya aktiviti lasak tidak menjamin peribadi dan karektor seseorang PTD.Ia tidak langsung ada kait rapat dengan tugas di pejabat sebagai seorang PTD unggul. Peribadi,karektor dan kreadibliti seorang PTD itu terbentuk dengan sendirinya disebabkan keadaan persekitaran pejabat,tugas yang digalas dan juga orang-orang di sekeliling yang perlu dihubungi atau dijumpai sepanjang bertugas sebagai seorang PTD. Saya kurang setuju dengan modul-modul luar yang lasak yang kurang menekankan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.Modul DPA perlu dikaji secara total.Terima kasih kepadaa YBhg. Dr. kerana memahami dan terus menghentikan modul-modul lasak dengan serta merta.
  • Lee Fardzli 1 Tahun 1 Nyawa ke..brp ramai lagi nk n perlu mati untuk tukar modul..? Itu persoalannya!
  • Hisham Fitri saya kurang bersetuju aktivit lasak dikurangkan.. melalui kursus tentera, bomba dan OBS banyak saya pelajari semasa mengikuti aktiviti lasak..mengajar saya banyak bersabar walau terseksa..mengajar diri untuk tidak terlalu beremosi..merancang ketika menghadapi keadaan yang terdesak dan yang utama, saya dapat mendalami diri saya dan diri orang sekeliling saya.. cuma yang perlu adalah tingkatkan langkah keselamatan dan langkah2 yang perlu untuk mengelak daripada berulang lagi tragedi seperti ini..
  • Norhayati Ahmad Puad YBhg Dr telah mengambil tindakan bijak dgn mghentikn semua aktiviti lasak dgn serta-merta
  • Azli Azli Harap2 tindakan lebih serius dan penambahbaikan diambil..kita percaya Dr Ali Hamsa adlh seorang yg berwibawa dan mampu mengambil langkah proaktif ke arah penambahbaikan..Harap2 Intan dan JPA lbih peka dlm memilih staff dan pegawai bertugas..Tapis dan saring betul2..Malu kpd Petronas n MNC2 Lain..Org lain ketawakan sahaja..Latihan lanyak tapi hasil tiada..
  • Mye Jue-a Datuk Ali Hamsa harap selepas ini perempuan pregnant boleh g DPA jugak..kesian bg PTD wanita yg pregnant xleh g DPA, (mksdnya DPA d benarkan kpd wanita yg masih early stage of pregnant)..harap dpt pertimbangan dripd semua pihak terutama JPA..sekian
    berkhidmat untuk negara..
  • Adrian Gires Salam. I'm quite disappointed to see that it hasn't even been a few hours since arwah meninggal and already people are worried about damage control, reputation of PTDs etc. even still trying to defend the ones who caused his death. This was an avoidable death. The person above who mentioned people passing away during football games ignores the fact that those deaths are due to pre-existing health conditions. In this case, the death was likely caused by: the lack of safety measures (no life-jackets; no CPR training; unbelievable negligence!); it is unacceptable that another person, another father and husband has to die. Memang life and death is predetermined by Allah, but that doesn't mean we should accept it as normal when this sort of thing happens. Any investigation that takes place after this has to be impartial and go after those responsible. 2 deaths is 2 too many.
  • Mohd Amiruddin Hamzah Aktiviti fizikal masih perlu. Cuma pendekatan yg digunakan perlu kita lihat balik utk mewujudkan ptd yang cekal, tahan lasak dan berwibawa. Pertingkatkan tahap keselamatan dan struktur kursus. Perbanyakkan elemen kerohanian.
  • Zaidisam Zolkiptly Abdullah al fatihah dan takziah kpd keluarga allahyarham... sesungguhnya semua kita pasti mati cuma x tahu bila dan dimana...
  • Chris Cotter Innalillah......al fatihah.....daripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali.....
  • Jumaa Hani Like Adrian Gires 100x
  • Ika Azian takziah pd keluarga arwah.. Al fatihah..
  • Hasif Rahman Arwah baru sahaja meninggal, tetapi semua sibuk pasal memperbaiki modul DPA.
  • Mohd Faizal Takziah...al fatihah...
  • Idrus Nor Asalamualaikum ...anak saya juga berada di kem tersebut,takziah kepada keluarga allahyarham. Pernah juga terlintas di fikiran saya bagaimana seorang penjawat awam yg kurang latihan dan pengalaman diarahkan merentas sungai yang arusnya deras tanpa alat keselamatan..renungkanlah dan kaji semula apa jua aktiviti dlm perkhidmatan awam..mereka bukan tentera atau polis yg cukup terlatih...
  • Chris Cotter Salam....saya juga suka aktiviti lasa masa DPA...i am sure ramai juga yang tak suka....dr positifnya....it challenge oneself to b incharged and in control of your mind....to test and strenghten one's endurance....dr negatifnya....there is always risk of incident mcm ni terjadi....bila isu keselamatan tidak diutamakan sama ada dari pihak jurulatih or peserta sendiri....it is so sad when another life is gone....but we must refrain from making misleading assumptions and start arguing with one another...our scheme is going to have another round of bashing from every angle therefore we need to stay united in this and pray that a thorough and transparent investigation will be carried out soon. Takziah kepada keluarga arwah....semoga bersabar dengan ketentuan Ilahi....
  • Azli Azli Diharap Dr. Ali mengarahkan mereka yg terlibat untuk tidak membuat crita utk lepaskan diri kononnya Peg. tersebut jatuh walhal sebenarnya lain ..Sila ambil pndangan dri peserta lain bukan dari pelatih semata2 kerana dipahamkan pelatih diminta menutup mulut n tidak menghebahkan hal sebenar..
  • Ken Kagawa Salam TS Dr...saya berpendapat bahawa semua module dlm DPA sgt bagus kecuali wataniah. Kematian ini bukan kejadian pertama dan tiada langkah keselamatan yg secukupnya dpt menghalang kes2 begini dr berulang.
  • Akil Abd Rauf semua org ngaku polis n tentera terlatih tapi sampai hari ni kerajaan masih belum lagi ubah status quo yg Turus 1 hanya utk skim M, ONLY M
  • Azli Azli Sila siasat knapa PP mengarah tutup mulut dn ingin mengekori setiap kali peserta sewaktu diinterview..kenapa takut sangat..
  • Ken Kagawa Pendapat saya, rombak course ini...kekalkan semua module melainkan wataniah ini. Mental & physical strength of top civil servants can be strengthened with other methods...but certainly not these sort of methods yg mengundang kematian. Jgn biarkan ahli keluarga peserta yg lain pulak yg menunggu berita sedih drp kem lagi.
  • Khairul Emi Saya bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga arwah namun yang pergi tetap pergi kita sedekahkan al fatihah walaupun sedih akan hal ini namun bagaimana pula dengan isu ini adakah perkara seperti kes yg lepas berulang semula dengan sikap sesetangah pihak tetap menegakkan pendirian jabatan masing2 kononnya menjaga imej dan telah mengikut prosedur ditetapkan..kita bakal akan menyaksikan sikap tidak mengaku bersalah pihak tertentu sepertimna kes yg lepas..saya sokong latihan lasak dihentikan selamanya.
  • Deham Ghimau Let the blame game begins...good luck.
  • Norlinah Jamman al-fatihah.... takziah kepada keluarga arwah semoga allah mempermudahkan urusannya dan memberikan kekuatan kepada keluarganya....
  • Elangovan Subbiah Takziah kepada keluarga mendiang.Dato Sri perlu mendapat maklumat terperinci mengenai kemalagan ini.SOP perlu di kaji,Pencegahan asas seperti life jacket,life guard,medical team,delay in first aid perlu di ambil kira. dan mustahak sekali pehak JPA dan INTAN perlu mengkaji semula perlukah kadet PTD melalui program tahan lasak yang kurang relevan kepada seorang PTD. Tahniah kepada Dato Sri diatas tindakan agresif dengan serta merta.
  • Pucat Buzz Al fatihah. Moga menjadi pengajaran kepada mereka yang LALAI dalam menjalankan amanah yang diberi untuk menjaga keselamatan nyawa seseorang. Siasatan menyeluruh wajar didedahkan dan modul / aspek keselamatan seharusnya dikaji dengan teliti oleh pihak JPA.
  • Hanie Haris waktu nilah pulak nak persoalkan pangkat skim mana paling tinggi.huh!
  • Mahani Aliasak alfatihah n takziah kpd keluarga arwah. moga tabah..
  • Faisal Wahid kejadian kedua rasenya berlaku sebegini....latihan fizikal dan mental adalah perlu utk membentuk PTD yang berwibawa dan berdisiplin...latihan tentera, polis , bomba utk membentuk jati diri..yg perlu berdisiplin terutamanya menepati masa...cuma semakan ke atas modul2 berkenaan agar tidak mengorbankan nyawa lagi pd masa akan datang...
  • Khairul Emi Tahniah dato sbb mengambil tindakan yang betul dan saya sokong..namun mohon diambil tindakan yg sekeras2nya sekiranya ada pihak yg mengabaikn faktor keselamatan sehingga berlakunya kematian..saya amat berharap siasatan dijalankn dgn telus dan war warkan lah pada rakyat sekiranya mengetahui siapa yg bersalah agar ianya tidak dipolitikkan oleh pihak tertentu
  • Pucat Buzz Lebih relevan sekiranya wang yang dihabiskan untuk kursus DPA digunakan untuk membiayai peringkat pengajian lebih tinggi seperti sarjana dll. Sekadar cadangan selaras dengan nilai value for money yang sering diwar war kan.
  • Faizah Nina Rosli Takziah buat keluarga arwah... Semoga rohnya ducucuri rahmat. Al fatihah
  • Limi Nana takziah kepada keluarga arwah
  • Khairul Azar Omar Menjalani aktiviti luar/lasak DPA tanpa pemantauan rapi dari sudut keselamatan wajib dihentikan. Ini kes kedua warga PTD kehilangan ahli keluarga.. Berapa lagi nyawa harus melayang? Terima kasih Dato' Seri atas keprihatinan yg ditunjukkan dalam kes ini. Moga balu dan 2 anak Allahyarham yg masih kecil mendapat pembelaan..
  • Nazirul Mubin Terima kasih DS KSN. Saya amat berharap keluarga arwah dapat pembelaan yang sewajarnya. Dan perlu ada pemantauan yang lebih rapi dari keselamatan dan juga perlu menetapkan had atau warning zone untuk aktiviti2 lasak sebegini. Takziah buat keluarga mangsa dan semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman disana kelak.
    ps:kita berasa sedih marah dan kecewa..tetapi kita hanyalah seorang insan yang tidak mampu lari dari semua itu.Wallahualam.
  • Umie Abdullah YBhg. Datuk Seri..mohon agar kebajikan dan masa depan isteri & anak2 arwah dibela..agar pemergian arwah tidak sia2..mengenai kesesuaian modul2 lasak,pada pandangan saya bkn semua perlu dimansuhkan..cuma dikajisemula & dimantapkan..sebagai cth,modul OBS juga lasak..melibatkan kayak di sekeliling pulau..namun aspek keselamatan amat dititikberatkan oleh penganjur OBS..oleh yg demikian,semua modul lasak juga perlu seperti OBS..safety should always come first no matter what..
  • Wahana Asheilla Takziah kpd keluarga arwah..al-Fatihah
  • Shahrin Mohd Nor Innalillah...kalu boleh...jgn sebab satu kejadian yg malang...produk yg baik utk pegawai kerajaan diberhentikan terus...mgkin boleh diperbaiki ..
  • Suhaimi M Salleh sy berada di tapak kejadian, melihat kepiluan seorang isteri kehilangan suami, anak mereka (kembar) yg masih kecil lg, yg tidak tahu erti mati..dan mereka tidak sedar yg mereka sudah kehilangan bapa/ayah..statement di paper adalah 'safe' statement, tidak sama sekali dgn statement peserta lain yg 'live' tgk Allahyarham pergi tidak kembali lagi..harap dgn kejadian ini, mungkin yg ke-2 (tahun 2010 pernah terjadi juga), pihak JPA fikir secara mendalam dalam bagaimana utk mendidik / 'shape' peribadi setiap peserta PTD tanpa 'mengambil' nyawa peserta..harapan waris setiap peserta (spt diri sy sendiri), biarlah pergi dan balik dgn selamat..bukan balik dgn tangisan..
    al-Fatihah kpd Allahyarham..
  • Idzuan Azam Walau apa pun, aspek keselamatan mesti dipastikan 100%. PTD tak perlu lalui latihan yg ada kemungkinan meragut nyawa. Mereka perlu dilengkapi dengan ilmu terkini, kebijaksanaan dan kekuatan mental dan rohani utk mengangkat Malaysia ke puncak dunia.
  • Fauziah Phobe Elis, ni bkn isolated kes, ni dah second case. . . Tu x campur yg patah kaki, patah tngn. .kena sampuk hantu smpai x blh kerja. . . Then resign. . Bnyk lg. . .modul ni kena revise balik. . And personally, the team. ..please avoid taking people yg besar kpl dan 'BONGKAK' mcm dah lupa dlm dunia ni ada lain yg lebih brkuasa. .
  • Roziyah Shariff Takziah utk keluarga allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih atas keprihatinan Dato' Sri. Pisang berbuah dua kali nampaknya. Moga jadi iktibar untuk kita semua, Insyaallah
  • Nan Asklinux rasanya kursus nie bukan mengajar PTD berkerja lebih bijak tetapi menambah ego mereka sebab merasa mereka lebih hebat dari kakitangan awam lain kerana pergi kursus yg kononya lasak dan minda mereka lebih hebat dek ujian hanya 6 bulan ....:D kalau mcm tu lebih baik bagi jawatan PTD kat abang2 Askar atau org asli yang tahan lasak ..huhuhu ..sepatutnya kursus ini utk mendekatkan dgn masyarakat dan mengenali apa itu kemanusiaan ..nie nak ajar org mcm nak berperang buat apa ...
  • Syazana Sofian Harap YBhg Dauk Sri Dr dpt mengambil kira komen dan pendapat dr saudara Syu Mohd (seorang yg pernah berkhidmat dlm tentera sbg pegawai) berkenaan kesesuaian modul wataniah yg keras sprti melatih tentera sbnr kpd pegawai PTD, dlm apa jua keputusan Datuk Sri slps ini. Pd sy, sesuatu qada' dan qadar yg Allah tunjukkan ini (bukan sekali tp lebih drp sekali) ini dah cukup beri sesuatu petanda bhw suatu penilaian smula modul latihan perlu dibuat secara lebih terperinci drp pelbagai aspek dan mngambil kira pandangan semua pihak bkn hnya drp pihak urusetia shj. Al-Fatihah utk Allayarham ~
  • Tuan Norazlan Burham Takziah utk keluarga mangsa
  • Yazirobel Yasin Nan Asklinux jangan nak cakap merapulah...mana mungkin kerana hadir program lasak boleh menjadikan seorang PTD itu bertambah ego dan merasa lebih baik dari penjawat awam yang lain...dan menghadiri satu dua minggu latihan ketenteraan tidak sama dengan mengajar untuk pergi berperang...yang menentukan perbezaan di antara penjawat awam dengan penjawat awam yang lain adalah pemahaman terhadap bidang tugas masing-masing dan org lain, pengetahuan untuk meningkatkan kualiti tugas dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas...kalau sibuk canang tugas sendiri lah yang paling MULIA dan paling sibuk, lepas tu asyik cerita nak naik pangkat siang dan malam pun belum tentu anda adalah penjawat awam yg baik...pfffftt..
  • NaDia Mohd Rasanya xpayah kot aktiviti lasak suma ni for PTD.they are working in the office..more towards developing the country.so better revise balik the course so that PTD yg balik from DPA lagi creative..talking based on experience as x-PTD.above all..takziah kepada keluarga mangsa.semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman
  • وحي أنور YBhg Dato' Sri, terima kasih atas keprihatinan segera Dato' Sri mengenai perkara ini. Saya mencadangkan supaya pihak JPA/INTAN mengeluarkan kenyataan akhbar dengan kadar segera bagi mengelakkan spekulasi meliar di kalangan PA, terutama kepada PTD yang bakal menjalani kursus DPA yang mendatang. Hal ini penting supaya berita yang sahih dapat dimaklumkan kepada umum, dengan turut mengambil kira siasatan pihak polis dan ketelusan maklumat tersebut. Turut disokong juga cadangan yg dinyatakan sebelum ini supaya kursus ini diaudit semula selaras dengan kepentingannya untuk melatih PTD Muda. Selain itu juga, penempatan para jurulatih/penyelaras program perlu dikaji semula supaya segala isu-isu dan hal kecemasan dapat ditangani dengan sewajarnya. Al Fatihah buat Saudara Aldy Hasmi.
  • Mohamed Hadi Al-Majwi saya sokong cadangan Wahyun Anwar, kikikiki
  • Khairil Anuar Karim Takziah diucapkan kpd keluarga Allayarham. Saya turut bersetuju agar modul2 luar seperti Tentera, Polis, OBS dan penempatan daerah dikekalkan kpd semua kadet PTD utk memberi pendedahan kpd bakal2 pegawai (yg bukan semuanya mempunyai latarbelakang sosial yg sama dan tentunya tidak semua mempunyai ketahanan jiwa yg kental) tentang aspek lain pengurusan dan penyelesaian masalah. Ingatlah bahawa PTD menganalisa dan membuat keputusan. Semuanya itu memerlukan seorang pegawai yg boleh melihat sesuatu masalah dr semua sudut. ..
  • Azlan Waiz Al-Fatihah dan takziah
  • Zamzam Kezam Takziah dan Al-Fatihah.Ini kali kedua Pegawai PTD terbunuh!! yang lepas di Pulat latihan bukit Jugra!! seorang pegawai wanita terbunuh!! Latihan ala Komando ini amat tak sesuai dengan jawatan mereka!! ... Pihak berwajib harus Review Modul Latihan !! dan melihat dari berbagai sudut perserta dari sudut kesihatan dan kemampuan perserta!!.Dr Ali Hamsa saya cadangkan bayar saja pampasan bernilai RM2juta kepada mangsa keluarga .dan pecat saja komandan yg terlibat .JGN ASYIK BODEK SANA SINI.
  • Midhat Khazen Saya cadangkan Y.Bhg. Dato' Sri dan pegawai tertinggi dari JPA dan INTAN menziarahi keluarga mangsa bagi bersama-sama menyelami perasaan keluarga si mati dan menyampaikan takziah.....
  • Arbam Imanirfan Takziah dan al-fatihah buat keluarga allahyarham...Secara peribadi saya berpendapat setiap modul latihan ada rasional dan kepentingannya terutama dalam melahirkan bakal pegawai tinggi kerajaan yang bukan sahaja mempunyai kelulusan akademik yang baik tapi sahsiah diri serta ketahanan mental dan jati diri yang tinggi....Komen saudara Syu Mohd terhadap tentera tu sepatutnya lebih baik sebagai bekas seorang pegawai tentera dan ingat....perbuatan yang salah jangan dibuat! Ego...bongkak..sikap menunjuk2 dsbnya ada pada sesiapa juga cuma bagaimana kita mengawal dan menggunakannya apatah lagi sebagai pegawai...Kita perlu buat keputusan untuk jangka masa panjang dan tidak melompak atau melatah bila berlaku sesuatu kejadian....
  • Justina Rose Nasimuthu Y.Bhg. Dato' Sri, saya seorang PTD muda yang belum mengikuti DPA. Saya mempunyai seorang cahaya mata berumur 2 tahun. Saya tidak dapat membayangkan keadaan anak / keluarga saya sekiranya perkara sebegini terjadi kepada saya. Dengan rasa amat pilu, saya memohon kepada Dato' Sri untuk meniai semula keperluan untuk aktiviti lasak seperti ini disertakan dalam modul DPA.... Takziah kepada keluarga arwah... Please don't say that this is a remote case & push aside this incident. Tqvm Dato' Sri for immediately stopping all current physical training modules.
    ============================================
LAIN2 LINK MENGENAI BERITA TRAGEDI

http://celahgelegar.blogspot.com/2012/09/terkini-pegawai-ptd-mati-lemas-semasa.html 

http://www.malaysiandailynews.com/kadet-ptd-maut-ksn-arah-henti-aktiviti-lasak-2

http://shafienor.blogspot.com/2012/09/ksn-arah-henti-aktiviti-lasak-libatkan.html 

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/KSN_arah_henti_segera_latihan_lasak_bagi_pegawai_PTD.html 

http://blogr.my/fr/35657/susulan-kes-kadet-ptd-aidy-hasmi-maut.html 

 http://www.puteraduyong.com/blog/2012/09/susulan-kes-kadet-ptd-aidy-hasmi-maut.html

http://asfiedaimpiana.blogspot.com/

http://busuk.org/ping/view/309845

http://farid-paduka-ali.blogspot.com/2012/09/kadet-ptd-maut-ksn-arah-henti-aktiviti.html 

 http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/16/mstar_berita/20120916220812&sec=mstar_berita

http://www.currentlife2u.com/2012/09/16/hentikan-aktiviti-lasak-melibatkan-kursus-diploma-pengurusan-awam-ksn/ 

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120917/dn_22/Pelatih-PTD-mati-lemas-semasa-jalani-latihan 

http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=695091 

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.

Ini, katanya, berikutan insiden seorang kadet PTD, Aldy Hasmi Abu Hassan, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.

Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.

"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai Aldy Hasmi atau apa yang berlaku terhadap Allahyarham.

Dalam laporan terdahulu, Bernama melaporkan bahawa Aldy dari Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang di Hospital Pekan.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang menjalani latihan menyeberangi sungai disebatang tali air berdekatan Sungai Miang, dekat sini.

"Tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya.

Yahya berkata, Allahyarham Aldy Hasmi dan peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga 28 September ini.

Difahamkan mangsa, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, sedang mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

 
"Mangsa juga telah menjalani ujian perubatan sebelum menjalani latihan tersebut," katanya.

Beliau turut dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Jalan Sultanah, Alor Setar malam ini juga untuk urusan pengebumian.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia sempat menyaksikan saat Allahyarham Aldy Hasmi terjatuh ke dalam air ketika latihan itu diadakan.

"Ketika dia jatuh, jurulatih memanggilnya tetapi dia tidak menyahut dan dengan segera jurulatih menariknya naik ke darat, tetapi mendapati mulut Aldy Hasmi sudah berbuih," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kadet-ptd-maut-ksn-arah-henti-aktiviti-lasak-1.85708 


BERITA 1

Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2012 Meninggal Dunia – PTD Lemas


Innalillahiwainnailaihirojiun..

Berhenti nafas seketika selepas mendengar perkhabaran dari Dude petang tadi tentang kepulangan Saudara Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, ke Rahmatullah, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang sekarang bersama-sama Dude menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Sesi 1/2012 Modul Wataniah di sebuah Kem di Pekan, Pahang.

Peserta kursus DPA kali ini sebenarnye telah di bahagikan kepada dua kumpulan. Yang ‘FIT’ ke Wataniah di Pekan, dan yang ‘Kurang FIT’ ke tempat lain di Pahang juge.

Semasa kejadian, Allahyarham dan kumpulannya sedang menjalani latihan merentas sungai dengan berpegang pada tali yang disediakan TANPA dibekalkan dengan jaket keselamatan (mungkin mereka bajet semua orang pandai berenang dan tiada apa akan berlaku..mungkinlah..).

Kumpulan Dude pula sedang makan dan akan menjalani latihan yang sama selepas makan. Tapi kerana telah berlaku kejadian itu, tak sempat la kumpulan Dude buat latihan Dude. Risau jugak sebab Dude pun tak berapa pandai berenang.

Disebabkan Dude tiada di tempat kejadian dan hanya mendengar dari kawan-kawan kumpulan Allahyarham, aku tak berani nak komen atau nak menceritakan keadaan sebenar di tempat kejadian, takut ada yang tersilap cerita. Tapi yang pastinya, Allahyarham meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas sungai di kem tersebut dan para peserta/pelatih yang membantu melakukan CPR ke atas Allahyarham. Di waktu kejadian tiada paramedik atau ambulan dan hanya menggunakan van INTAN untuk ke hospital.

Dikhabarkan Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak (kembar) yang masih kecik lagi (kurang setahun atau setahun lebey je baru). Sedey tak sedey dengar.

Aku tak tau nak ulas ape sebenarnye. Sebab tau ajal maut di tangan Allah s.w.t. Tapi sebagai seorang isteri kepada perserta DPA juga, agak susah untuk nak terime la kejadian ni. Tiap-tiap hari mase Dude buat aktiviti luar, aku risau je. Takut ape-ape jadi. Tapi aku positifkan diri, kursus secare besar-besaran macam ni, mesti kawalan keselamatan untuk para peserta dititikberatkan.

Teringat balik kejadian yang berlaku pada 2010 dimana Allahyarhamah Norhashimah Wahid meninggal dunia ketika menjalani latihan ala komando pada Mei 2010. Boleh google untuk cerita tentang Allahyarhamah, banyak blog yang menulis.

Mase taklimat untuk waris pada hari pertama kursus DPA ni bermula di Intan Bukit Kiara, ada suami yang bertanya, kenapa perlu mereka menjalani aktiviti-aktiviti luar ni lama-lama i.e WAtaniah, Polis, Bomba etc? Pegawai tersebut menjawab, “untuk bagi diorang ni faham tugas-tugas Polis, Bomba etc ni sebab secare tak langsung tugas PTD ade kaitan dengan unit-unit tersebut. Kalau sekejap sangat, macam 2-3 hari ke, tak dapat rase n tau tugas diorang.”

Dan aku terfikir pulak dalam hati, ‘kenape PTD kene tau tugas diorang tu?’. Tapi sebagai rakyat marhaen, ape la yang aku boleh cakap selain merasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan hasben untuk 6 bulan dengan Nawfal yang ketika itu belum 1 tahun lagi.

Aku tak dapat nak bayangkan perasaan si isteri menerima perkhabaran pemergian suaminya. Kite hantar spouse kite pergi dengan harapan diorang akan pulang lepas habis kursus. Tapi bile yang sebaliknye terjadi? Dengan anak-anak yang masih kecil?

Ya Allah, kuatkan la balu si Allahyarham dan permudahkanlah kehidupan mereka selepas ini. Amiiinnn…


SUMBER-

http://nadot.my/2012/09/peserta-diploma-pengurusan-awam-dpa-2012-meninggal-dunia-ptd-lemas.html

Allahyarham Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, hari ini, telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki (kembar) yang masih sangat kecil. Tak dapat nak dibayangkan perasaan Puan Farah Fudhlana, menerima perkhabaran kematian suaminya siang tadi. Semasa berpisah menghantar suami pergi 'berjuang', pasti tidak pernah terlintas untuk berpisah selama-lamanya, meninggalkan beliau sebagai balu & dua orang anak sebagai yatim untuk beliau membesarkan mereka keseorangan.

Walaupun Allahyarham belum layak menerima pencen kerana belum disahkan dalam perkhidmatan, namun amat diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk benar2 membela nasib balu dan anak-anak Allahyarham (selain benar2 memastikan 'pisang' ini, tidak berbuah kali ketiga!)

Ya ALLAH, perkuatkanlah jiwa2 keluarga Allahyarham untuk menghadapi musibah ini dan permudahkanlah kehidupan mereka selepas ini. Amiiinnn…& Al-FATIHAH...

Lagi kes PTD meninggal dunia semasa menjalani Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2012

Lagi kes PTD meninggal dunia semasa menjalani Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2012

PTD Aldy Hasmi Abu Hassan meninggal dunia semasa menjalani diploma pengurusan awam di  pahang akibat lemas. Beliau dipercayai mengalami kekejangan otot. Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak kembar  yang masih kecil. beliau lemas semasa menyeberangi sungai. beliau menyeberangi sungai lengkap dengan berpakaian tentera tapi tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan.

Sebelum ni pernah terjadi kes kematian seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) iaitu Allahyarhamah Norhashimah Wahid, 31 tahun pada Mei 2010, seorang lagi PTD iaitu Muhammad Hailmi bin Abdull Razak, Penolong Setiasusaha Gred M41 dari Kementerian Pertahanan pula pernah terkena kencing tikus semasa LEAD Camp pada 19-25 November (7 hari) di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU), Baling, Kedah, tetapi hailmi terselemat dari virus yang berbahaya itu.

Allahyarhamah Norhashimah meninggal dunia semasa sedang menjalani latihan ala komando dalam Diploma Pengurusan Awam (DPA) akibat mengalami sesak nafas akibat jangkitan paru-paru berair (pneumonia) dan kegagalan organ lain berfungsi.

Nampaknya kerajaan masih tidak belajar dari kes-kes sebelum ini. Apakah relevannya kursus fizikal terhadap PTD?

P.S / Sama2 kita sedekah banyak2 al fatihah untuk arwah..AL FATIHAH
Latest info dari blog perakkite [link]

Apa yang dikesalkan ialah pelatih tidak dibekalkan safety jaket oleh pegawai pelatih termasuk pegawai tentera walaupun ada kalangan pelatiha PTD itu tidak pandai berenang. Pelatih diminta menyeberangi sungai dalam aktiviti water confident kononnya dengan menggunakan seutas tali .

Dalam latihan itu, pelatih dari Kementerian Pertahanan itu yang bernama Aldy Hasmi b Abu Hassan telah lemas. Tidak diketahui sama ada pelatih itu terlepas daripada tali berkenaan atau dihanyutkan arus sungai tanpa dapat diselamatkan pegawai tentera yang melatih mereka.

Menurut sumber, selepas kejadian berlaku pertengkaran dan rusuhan antara pegawai melatih dengan pelatih yang tidak berpuas hati dengan modul dengan kaedah latihan dijalankan khususnya daripada segi aspek keselamatan.

Sesetengah pelatih dikatakan hari ini telah cuba melawan pegawai yang melatih mereka ekoran tidak memberi jaminan keselamatan.

Ekoran kejadian itu, para pelatih PTD itu enggan meneruskan latihan yang dicadangkan kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing. Sesetengahnya pula berpendapat apakah relevannya latihan ala tentera itu dengan bidang kerja yang akan mereka laksanakan.

Mereka, apakah tidak mencukupi dengan latihan PLKN selama beberapa bulan dan kini perlu menjalani latihan ala tentera lagi. Apakah kini semua pegawai kerajaan perlu didoktrinkan dengan pemikiran dan ideologi pemerintah.

LAIN2 LINK MENGENAI BERITA YG SAMA

http://www.malaysiandailynews.com/kadet-ptd-maut-ksn-arah-henti-aktiviti-lasak-2

http://shafienor.blogspot.com/2012/09/ksn-arah-henti-aktiviti-lasak-libatkan.html 

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/KSN_arah_henti_segera_latihan_lasak_bagi_pegawai_PTD.html 

http://blogr.my/fr/35657/susulan-kes-kadet-ptd-aidy-hasmi-maut.html 

 http://www.puteraduyong.com/blog/2012/09/susulan-kes-kadet-ptd-aidy-hasmi-maut.html

http://asfiedaimpiana.blogspot.com/

http://busuk.org/ping/view/309845

http://farid-paduka-ali.blogspot.com/2012/09/kadet-ptd-maut-ksn-arah-henti-aktiviti.html

GAMBAR2 LATIHAN OUTDOOR DI PEKAN, PAHANG -

gambar ehsan Adiputra Roslan

Pagi ni seawal 5.30am pada 16/9/2012 dah berbaris.. Diikuti dgn physical training yg smp muntah. Skrg kami berkawad di dataran kawad utk training smp tengahari.. lunyailaa. Ptg ni larian berhalangan plak.. Kuatkan diri kengkawan! Kita Boleh!

  belajar cara baca bearing dan guna peta.. Mende ni yg nk sgt aku blaja sbb slalu nek gunung.. Harap2 dpt ingat ilmu nih.. Amin.


Pagi kami mula dgn latihan Larian Berhalangan... Esok ada pertandingan. Bnyk halangan penuh air busuk.. Best giler beb!!

 

 

Selamat Hari Malaysia! 16/9/2012, Pagi ni kami solja dihantar ke lokasi x diketahui n dibekalkan bearing n kompas shj. X tau celah hutan, sungai tasik mana kami kene redah. Sempena hari mesia ni, kami di perantauan mendoakan kesejahteraan kepada semua rakyat m'sia. Doakan kami n jgn lupakan kami sume.

 

 16 solja dipilih dr kami company Alpha sbg sharpshooters company utk bertanding Tembak Piring dgn company Bravo. Doakan kemenangan kami! Yg penting kami mesti menang!

 
Mencuci senjata M16

 
Oit! Angkat tangan.. Aku tembak kang! Peng peng!
 

 praktikal tempur.. meletup2 M16 kami mcm bunyik mercun pop pop.. kami belajar formasi dan serang hendap. Syiok gile bawah terik matahari... lencun dgn peluh.. ni gaya je lebey

 
Selamat pagi sahabat.. Hari ni kami teruskan perjuangan... Xde istilah cuti.. Huhu..

 Exam ala komando utk malam ni, kene kawat.. Pastu duduk kat tgh2 padang kawat.. First time amek exam atas tar dlm idup aku.. Military style... Best gile mencabar otak oiii!

 Pagi tadi kami berjalan 5km pakai full loreng masuk ceruk area Sg. Miang. Masing2 jd miang.. Skrg tgh tunggu senjata utk kelas senjata.. Peng! Peng! Tebabommm!

===============================================

BERITA 2

Apakah Kewajaran Latihan Lasak ala Komando Untuk Pegawai PTD ?

  Saturday, June 05, 2010
 
Negara dikejutkan apabila seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) meninggal dunia awal pagi semalam ( 31 Mei 2010 ) selepas tiba-tiba dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif yang lasak ala komando di kem latihan di Jugra, Banting.

Norhashimah Wahid, 30, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, mula menjalani latihan pada bulan Mac 2010. Program Diploma Pengurusan Awam (DPA) merupakan syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi skim PTD. Latihan dijalankan dalam tempoh 7 bulan yang antara lain meliputi latihan-latihan dalam kelas dan juga latihan luar ( latihan kebombaan, kepolisan dan ketenteraan ). Modul jati diri yang diwajibkan ke atas setiap peserta program adalah merupakan modul yang pertama kali diadakan dan difahamkan diselia oleh pegawai Paskau ( Pasukan Khas Tentera Udara ).

Walau bagaimanapun, hari ini, Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan media kononnya latihan itu di bawah kendalian dan seliaan Pasukan Khas Udara TUDM. “Latihan itu bukan di bawah kelolaan kami atau mana-mana unit di bawah naungan TUDM, sebaliknya ianya dikelolakan sepenuhnya oleh agensi lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan TUDM,” kata satu kenyataan TUDM.

Saya sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Norhashimah di kediaman mereka di Taman Keramat. Kedatangan saya tepat jam 3.00 petang tadi bersama YB Nik Nazmi dan YB Nurul Izzah serta pimpinan KEADILAN Gombak disambut oleh suami Allahyarhamah Norhashimah, Saudara Ahmad Zulkhairi dan beberapa ahli keluarga mereka termasuk YB Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara. Jelas suasana sedih dan pilu masih menyelubungi keluarga ini.

Allahyarhamah Norhashimah dihantar oleh suaminya ke INTAN dalam keadaan sihat walafiat untuk memulakan latihan modul ala komando pada 23 Mei 2010. Latihan ini dijangka berakhir selama seminggu di kem latihan di Jugra melibatkan aktiviti yang lasak yang dikhabarkan lebih berat daripada latihan ketenteraan biasa ( bagi seorang awam seperti yang dilalui oleh pelatih dalam latihan ketenteraan ).

Difahamkan Norhashimah mengalami demam panas pada keesokkan harinya dan hanya diberikan rawatan biasa. Masalah kesihatannya bertambah serious apabila Norhashimah mengalami muntah darah, muka pucat dan badannya menggigil. Namun, pengurusan program tidak memberikan perhatian dan meneruskan latihan lasak ini untuk Norhashimah. Keadaannya bertambah kritikal dan hanya dikejarkan ke Hospital Banting pada awal pagi 29 Mei 2010. Pada saat ini, keadaan Norhashimah sudah koma.

Keluarga Norhashimah amat kesal kerana pengurusan program DPA dan juga INTAN tidak langsung menghubungi keluarganya untuk memaklumkan keadaan ini. Suami Norhashimah mendapat berita sedih ini daripada pihak hospital yang menghubungi beliau untuk mengesahkan suami kepada Norhashimah. Mengapa penganjur program ini mendiamkan diri ? Apakah motifnya ? Apakah ada sesuatu yang hendak disembunyikan ?

Saya memetik laporan Berita Harian yang mengatakan abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.

“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.

Berita Harian juga melaporkan Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya. “Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya. “Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan. Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.

Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).

“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.

“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Setelah mendengar penerangan yang diberikan oleh ahli keluarga Norhashimah khususnya suami beliau, kami bertiga; Nurul Izzah, Nik Nazmi dan saya merasa terpanggil untuk melihat isu ini secara keseluruhannya.

1) Mengapa faktor kesihatan dan keselamatan Allahyarhamah Norhashimah diambil mudah oleh pihak urusetia latihan ? Mengapa seseorang peserta latihan yang sakit dipaksa untuk meneruskan latihan ?

2) Mengapa pihak INTAN tidak memaklumkan kepada suami dan keluarga Allahyarhamah dari mula beliau mengalami demam panas, muntah darah dan jatuh kritikal sehingga dimasukkan ke ICU ? Apakah ada usaha untuk menyembunyikan kecuaian atau kecurangan di pihak penganjur latihan ?

3) Apa relevannya latihan lasak ala komando untuk pengesahan perkhidmatan pegawai kerajaan yang hanya terlibat dalam aspek penggubalan dasar, pengurusan dan pentadbiran semata-mata ?

4) Apakah SOP yang digunapakai oleh pengurusan latihan (INTAN) dalam mengendalikan latihan-latihan lasak seumpama ini ? Dan siapakah yang mendapat kontrak untuk mengendalikan latihan dan program jati diri ini ? Apakah syarikat kroni ini mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan rekod pengurusan yang baik ?

Kami menuntut dan mendesak kerajaan Persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara. Beberapa cadangan dikemukakan untuk segera dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan :

(i) Membentuk satu Jawatankuasa Penyiasat Bebas untuk menyiasat kejadian ini secara menyeluruh dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam insiden yang meragut nyawa seorang pegawai kerajaan yang komited dalam perkhidmatannya.

(ii) INTAN dan JPA seharusnya meneliti semula kesesuaian kurikulum yang melibatkan modul latihan ala komando untuk pegawai-pegawai kerajaan. Kurikulum dan modul yang sarat dengan pengisian kualiti pengurusan seiring dengan keperluan sesuatu perkhidmatan perlu diutamakan.

(iii) Modul latihan Kursus Diploma Pengurusan Awam perlu disemak semula dan dipantau oleh Ahli Lembaga yang berkenaan dan memastikan para pelatih dan pengendali program adalah kalangan yang terlatih dan bertauliah.

(iv) Sistem pengurusan kursus harus sesuai dengan keadaan semasa agar bersesuaian dengan kondisi pegawai/peserta dengan tidak menafikan hak kebajikan mereka.

(v) Kelayakan pegawai untuk menyelia sebarang bentuk latihan mestinya mereka yang mempunyai kelayakan dan kepakaran sejajar dengan prinsip “the best officer for the best training”. Ini menjadi amalan di mana-mana institusi latihan pegawai kerajaan seperti Civil Service College Singapura dan Harvard Kennedy School, USA.

Saya berdoa semoga keluarga Saudara Zulkhairi dicucuri oleh Allah SWT dengan kesabaran dan ketenangan yang mendalam serta redha terhadap takdir yang telah ditentukanNya. Saya turut berdoa semoaga Allahyarhamah Norhashimah Wahid dicucuri rahmat dan maghfirah ( ampunan ) oleh Allah SWT dan mendapat husnul khatimah iaitu akhir yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh ni’mat.
Al Fatihah.
AZMIN ALI

SUMBER

http://loveperak.blogspot.com/2010/06/apakah-kewajaran-latihan-lasak-ala.html 

Comments

Popular posts from this blog