- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, October 9, 2012







Khasiat Buah buahan 

 

  Button BH

durian belanda

Nama Botani : Annona muricata L.
Famili : Annonaceae
Pengenalan
Pokok durian belanda merupakan tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Nama "belanda" pada durian ini dan variasinya disebabkan ianya dibawa masuk ke Asia Tenggara pemerintah kolonial Hindia-Belanda(Sepanyol) pada abad ke-19. Durian belanda juga dikenali dengan nama durian selat atau durian sayur (Kelantan), durian Eropah (Langkawi) dan sirsak (Indonesia). Ketinggian pokok durian belanda hanya mencapai kira-kira 9 meter. Bunga durian belanda mempunyai tiga kelopak berwarna hijau dan berubah menjadi kekuningan apabila mekar. Buahnya berduri(rujuk foto) tetapi durinya agak lembut. Isi buah durian belanda berwana putih dan mempunyai biji yang banyak, berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.

Kegunaan
Buah durian belanda mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, tannin vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Bijinya beracun dan dapat digunakan sebagai insektisida semulajadi untuk pokok sayuran.

Kajian yang dibuat mendapati durian belanda mampu merawat dan mencegah seseorang daripada risiko mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Daun durian belanda yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipercayai dapat merawat sakit kerongkong. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan. Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing(masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.


                                              putik binjai
                                                  buah binjai

Nama Botani : Gnetum gnemon
Famili : Gnetaceae

Pengenalan

Pokok binjai yang juga dikenali dengan nama malinja merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia, ia banyak tumbuh secara meliar terutama di negeri Terengganu. Di Terengganu, belinjau dikenali dengan nama buah cokok. Pokok binjai yang ditanam terdiri daripada pelbagai varieti. Varieti ini mudah dibezakan melalui saiz buahnya. Pokok binjai berketinggian sederhana iaitu mencapai 15m - 20m. Daun pokok belinjau berbentuk bujur dan bahagian hujung daun yang runcing. Bunganya keluar pada bahagian ranting atau dahan secara jambak dan berbentuk kon. Buah belinjau berbentuk bujur dan mempunyai tiga lapisan kulit. Bahagian kulit luar buah berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah setelah masak. Lapisan kedua kulit agak keras dan berwarna kuning pada peringkat muda dan bertukar kepada coklat gelap setelah masak. Dan lapisan ketiga kulit buah binjai berwarna putih dan nipis. Dalam bahagian ini terdapat biji belinjau yang boleh dimakan. Pokok belinjau membiak melalui biji benih tetapi percambahan biji benihnya agak sukar.

Kegunaan

Pucuk atau daun muda, bunga dan kulit biji buah belinjau boleh dimakan. Biji belinjau juga boleh dimakan setelah direbus atau digoreng. Bijinya juga boleh dijadikan kerepek, keropok atau emping. Kayu pokok belinjau boleh dijadikan bahan binaan dan perabot.

Setiap 100g pucuk dan buah muda belinjau mengandungi air 75.1mg, protein 6.6g, lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1g, fiber 6.8 g, kalsium 151mg, fosforus 224mg, ferum 2.5mg, vitamin A 10889 I.U., niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.


jambu keling

Jambu ini boleh dikategorikan sebagai buah tempatan yang hampir pupus. Tidak ramai yang mengenali pokok dan buah jambu dari spesis ini. Daunnya lebar dan pucuknya berwarna kemerahan semasa muda dan berubah menjadi hijau, rasanya masam dan boleh dimakan. Buah jambu ini masam dan biasanya dimakan dengan pencicah atau 'colek'. Bijinya agak besar dengan isi buah agak nipis.

                                              buah katak puru

Nama Botani : Cynometra Cauliflora
Famili : Leguminosae
Pokok katak puru atau nam nam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Bunganya keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi hijau kekuningan. Apabila masak, buah katak puru atau nam nam akan gugur. Ia mempunyai rasa masam manis.

                                                       kedondong
Amra merupakan nama panggilan bagi kedondong di kalangan penduduk kawasan utara semenanjung Malaysia. Kedondong atau nama botaninya, canarium sp. biasanya tumbuh liar di dalam hutan dan ketinggiannya mampu mencapai sehingga 35m. Kedondong tidak mempunyai musim dan berbuah sepanjang tahun. Terdapat klon baru pokok kedondong yang diperkenalkan di Malaysia. Ia lebih cepat mengeluarkan buah dengan saiz yang lebih besar berbanding kedondong hutan serta rasanya tidak terlalu masam seperti kedondong hutan. Buah kedondong biasanya dimakan mentah atau dibuat jeruk.
Buah kedondong dipercayai dapat merawat batuk. Caranya, ambil 2 atau 3 buah kedondong yang matang. Cuci buah kedondong sehingga bersih dan diparut. Perah parutan buah tadi tanpa menambah air. Jus yang terhasil tadi ditambah sedikit garam, minum 3 kali sehari.



                                                                 pokok gajus
                                           
                                                  
Nama Botani : Anacardium occidentale
Famili : Anacardiaceae
Nama Lain : Keterah, Janggus, Jambu golok, Jambu monyet.

Pengenalan


POKOK gajus berasal dari Brazil dan diperkenalkan oleh orang Portugis ke Melaka melalui Goa. Kini pokok gajus ditanam di sekitar negara tropika, terutama India. Tingginya mencapai kira-kira 10m hingga 12m dan silaranya rendang terbuka dengan daunnya yang sentiasa menghijau. Ketika muda daunnya berwarna merah keunguan. Bunganya banyak, kecil dan berwarna putih kemerahan

Buah gajus tergantung pada pedisel yang membesar seperti buah jambu, berwarna hijau bertukar menjadi kuning atau merah apabila masak, berjus dan rasanya kelat-kelat manis. Pedisel yang membesar seperti buah Jambu ini sering dianggap sebagai buah. Sebenarnya ia tidak berfungsi sebagai buah. Pokok gajus mudah dibiakkan dengan cara menyemai biji benih. Percambahan mengambil masa yang lama. Bagi mendapatkan klon terpilih, cantuman mata tunas boleh dilakukan. Penanamannya memerlukan tanah berpasir dan iklim panas bagi merangsang pengeluaran bunga dan buah.


Kegunaan


Biji gajus yang diproses adalah makanan kudapan popular. Selain itu, biji gajus penyedap rasa dalam pelbagai resipi masakan tradisional seperti nasi minyak, beriani dan dalca.

Biji gajus mengandungi khasiat makan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 4.9 g, protein 21.2 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 4.5 g, serat 6.4 g, kalsium 43 miligram (mg), fosforus 35 mg, ferum 7.7 mg, natrium 20 mg, kalium 410 mg, vitamin A 51 ug, vitamin B1 0.67 mg, vitamin B2 0.1 mg, niasin 2.5 mg vitamin C 60 mg.


Buahnya pula, dalam tiap-tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 88.6 g, protein 0.6 g, lemak 0.2 mg, karbohidrat 9.5 g, serat 0.8 g, kalsium 3 mg, fosforus 15 mg, ferum 0.3 mg, natrium 9 mg, karotena 35 ug vitamin A 5 ug, vitamin B1 0.02 mg vitamin B2 0.03 mg. niasin 2.5 mg vitamin C 140 mg


Pucuk mudanya mengandungi: air 89.0g, protein 3.8 g, lemak 0.2 mg, karbohidrat 4.5 g, serat 1.5 g, kalsium 53 mg, fosforus 29 mg, ferum 3.7 mg, natrium 7 mg, karotena 2076 ug vitamin A 326 ug, vitamin B1 0.0 mg vitamin B2 1.19 mg. niasin 0.5 mg vitamin C 91 mg

                                                  pokok macang


Bacang atau nama botaninya Mangifera foetida Lour adalah pokok yang tumbuh meliar di hutan dan ada yang ditanam sekitar rumah di kawasan kampung. Pokok ini yang mempunyai batang lurus mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Bacang berbuah mengikut musim iaitu sekali dalam setahun. Buah bacang biasanya dimakan segar setelah buah masak. Buah bacang yang telah masak masak berbau harum dan akan gugur dari tangkainya. Buah bacang juga digunakan sebagai bahan utama dalam sambal dan kerabu.

Buah bacang yang masih muda mengandungi bahan toksik dan boleh menyebabkan bibir, mulut, lidah dan kerongkong gatal atau lecur kalau dimakan mentah. Getahnya akan menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit. Getah yang terdapat pada daun, kulit dan pokok bacang juga mengandungi toksik yang memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif.

                                                                     buah keranji

pokok ini dah semakin kurang dalam hutan kita. Apa yang aku tahu(mengikut cerita orang-orang tua), buah keranji diperolehi semasa kerja-kerja membalak/menebang di dalam hutan rimba. Tak tahu pula kalau ada orang tanam pokok ni untuk dikomersialkan


                                                                 belimbing buluh

Nama Botani : Averrhoa bilimbi
Nama Lain : Belimbing asam
Famili : Oxalidaceae
Asal : Malaysia dan Indonesia

Pengenalan


Pokok belimbing buluh biasanya ditsnam di kawasan kampung dan di sekitar perumahan. Pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Rupa pokok belimbing buluh hampir sama dengan pokok cermai. Bagi mereka yang tidak begitu mengenali tumbuhan, mungkin keliru dengan sekali pandang. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan. Daun pokok belimbing buluh mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.


Kegunaan

Buah belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan jenis kari untuk menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.

Jus belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.


Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.
Ekstrak metanol daun pokok ini mempunyai sifat antibakteria terhadap Pseudomonas aeruginosa dan Staphylococcus aureus serta sedikit kesan terhadap Bacillus subtilis . Bagaimanapun, ekstrak itu langsung tidak berkesan terhadap bakteria lain seperti Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Klebsiella pneumonia. Sebaliknya, pokok ini peka terhadap bakteria-bakteria ini.


                                                                     pokok gorek
                                                            bush gorek
Nama Saintifik: Caesalpinia crista
Famili: Caesalpiniaceae

Pengenalan


Gorek merupakan sejenis tumbuhan jenis merayap yang tumbuh liar. Biarpun ianya dari jenis tumbuhan merayap, batang agak keras dan panjang batangnya lebih kurang 10 meter.
Kegunaan
Buahnya yang agak keras dan bulat biasanya dijadikan buah congkak pada zaman dahulu. Air rebusan bijinya juga boleh digunakan untuk merawat darah tinggi, kencing manis. Ianya juga boleh mengubati buasir dengan cara menggoreng bijinya tanpa minyak dan ambil isinya. Kemudian isinya ditumbuk sehingga hancur. Guna sudu teh untuk ambil sedikit biji gorek yang ditumbuk tadi, campur dengan air suam dan minum. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit angin pasang dengan merebus bijinya.


                                                        mengkudu

Buah noni atau mengkudu daun besar ini yang biasa dibuat jus bukannya daripada buah mengkudu daun kecil
Nama Botani : Morinda citrifolia Linn
Famili : Rubiaceae
Nama Lain : Noni (Hawaii, Polynesia), Nono (Tahiti), Lada (Guam), Indian Mulberry (India), Painkiller tree (Kepulauan Caribbean), Cheesefruit (Australia), Bumbo (Afrika), Kura (Fiji).

Pengenalan


Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang biasa di jumpai tumbuh meliar di kawasan kampung, kebun dan di kawasan beriklim tropika. Terdapat dua jenis mengkudu yang biasa ditemui hidup di Malaysia iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Di Australia, mengkudu dikenali dengan nama cheese fruit kerana bau buahnya yang telah masak seakan bau keju. Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan ketinggian mencapai 7 meter. Bunga mengkudu bersaiz kecil, berwarna putih dan baunya agak wangi. Buahnya berbentuk bujur dengan permukaan kulitnya menggerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Ia akan mula mengeluarkan buah setelah berumur kira-kira 3 tahun dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.


Kegunaan


Pucuk muda mengkudu biasanya dijadikan sayuran, ulaman dan kerabu. Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89.1 gram (g), protein 3.9 g, lemak 0.6 g, karbohidrat 2.2 g, serat 3.o g, kalsium 114 miligram (mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234mg, karotena 3619 ug, vitamin A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg.


Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan dikepulauan pasifik selatan, kemudian di China dan India. Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang berada di kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan. Dikepulauan Carribean mengkudu dikenali sebagai 'pain killer tree' dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh. Di Malaysia mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk masalah kencing tidak lawas, senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin. Mengkiut hasil kajian, mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetes, barah, hipertensi, asma dan rheumatik. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan juga melambatkan proses penuaan.


Kini, buah mengkudu telah dikomersialkan dalam bentuk jus kerana khasiatnya untuk kesihatan. Jus mengkudu mengandungi 60% air dan ia selamat untuk diminum pada bila-bila masa. Jus buah mengkudu akan merendahkan kandungan glukosa dalam darah. Bagi pesakit diabetes yang mengambil insulin, amalan meminum jus mengkudu perlu pemantauan kandungan glukosa dalam darah kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan.

                                                   pulasan




Nama botani : Nephelium mutabile
Famili : Sapindaceae

Pokok pulasan hampir menyamai pokok rambutan dengan buahnya berbulu keras dan lebih pendek daripada rambutan. Kulit buah pulasan agak tebal dan isinya lebih pejal berbanding rambutan. Rasanya seakan buah rambutan. Ianya biasa dijumpai tumbuh liar di hutan tetapi sekarang telah ditanam di kawasan rumah atau dusun

                                                                buah ciku


Nama Botani : Achras sapota L
Famili : Sapotaceae
Nama Lain : Sawa nila (sebut : sawo nilo di Kelantan), Sawa (Kedah), Sapodilla (US dan UK), Sapote (India), Chico atau Chico Sapote (Mexico), Naspero (Venezuela)
Pengenalan

Pokok ciku merupakan pokok buahan tempatan yang biasa ditanam di kawasan sekitar rumah, kebun, ladang dan dusun. Pokok ciku boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Pokok ciku berbuah sepanjang tahun.tetapi penghasilan adalah tidak seragam. Buah ciku berbentuk bujur iaitu seakan telur ayam. Di Malaysia, varieti ciku yang boleh didapati ialah Jantung, Betawi, Pasir dan Subang. Ciku varieti Jantung dan Pasir berbentuk bujur telur dan mempunyai berat dalam lingkungan antara 90 ke 100g. Varieti Subang pula berbentuk bujur lonjong dan mempunyai berat dalam lingkungan 50 hingga 60g. Manakala varieti Betawi berbentuk bulat dan beratnya adalah dalam lingkungan 70 ke 80g.
Selain boleh dimakan segar, ciku juga boleh dijadikan jem, jus, kepingan ciku kering dan ditinkan dalam bentuk kepingan untuk membuat sherbet dan candy. Bukan itu sahaja, ciku juga boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam industri pengeluaran pektin, glukosa dan jeli.

Kandungan Zat Dan Vitamin

Buah ciku kaya dengan gula bebas, vitamin C dan mineral terutama kalsium. Bagi tiap-tiap 100g bahagian yang boleh dimakan, ciku mengandungi 82kcal tenaga, 2.3mg zat besi, 79.1g air,21mg kalsium, 0.4g protein, 31mg kalium, 0.8g lemak,130ug karoten, 18.4g karbohidrat, 22ug retinol, 0.9g fiber, 0.01mg vitamin B1, 0.4g abu, 0.06mg vitamin B2, 16mg kalsium, 2.8mg niasin, 4mg fosforus, 6.5mg vitamin C.







                                                    pokok sukun

isi sukun



Sukun dikenal dengan sebutan "buah roti" oleh masyarakat Eropa (broodvrucht dalam bahasa Belanda atau breadfruit dalam bahasa Inggris). Ini dikarenakan buah sukun memiliki bagian empuk yang mirip roti setelah dimasak. Tanaman dengan nama ilmiah Artocarpus altilis ini termasuk ke dalam famili Moraceae atau keluarga Mulberry. Tumbuh subur pada daerah tropis, seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Kamboja.

Buah sukun berbentuk bulat agak lonjong dengan warna kulit buah hijau muda hingga kuning kecoklatan. Banyak orang yang mengolah buahnya sebagai camilan. Namun, selain nikmat untuk disantap, tanaman sukun baik buah, daun, bunga, kulit batang hingga getahnya, memiliki segudang manfaat untuk mengobati berbagai macam penyakit.



Kandungan
Kandungan gizi buah sukun cukup banyak, diantaranya terdapat kandungan karbohidrat, protein, dan lemak, vitamin B1, B2, dan vitamin C, serta mineral (kalsium, fosfor, dan zat besi). Asam amino esensial yang tidak diproduksi oleh tubuh manusia, seperti histidine, isoleusin, lysine, methionin, triptophan, dan valin juga terdapat dalam buah ini. Kandungan seratnya juga cukup tinggi sehingga baik untuk sistem pencernaan, sakit kuning atau penyakit lever.
 
Khasiat dan kegunaan

Secara tradisional tanaman ini telah dimanfaatkan untuk pengobatan penyakit. Daunnya dipercaya mampu mengatasi penyakit hati, inflamasi, jantung, ginjal, menurunkan tekanan darah dan meringankan asma. Uji khasiat terhadap ekstrak daun yang dilakukan Peneliti dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), bahkan menunjukkan efek penurunan kadar kolesterol darah dan akumulasi lemak pada dinding pembuluh darah. Ekstrak daun sukun juga efektif melindungi jantung dari serangan iskemik akut.

Bunga sukun dapat diramu sebagai obat untuk menyembuhkan sakit gigi dengan cara dipanggang lalu digosokkan pada gusi yang giginya sakit. Getah tanaman digunakan untuk mengobati penyakit kulit. Sementara buahnya dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit lever, yaitu dengan meminum air rebusan buah sukun. Caranya, potong buah sukun menjadi 4 bagian dan rebus sampai mendidih. Minum air rebusan 

sebanyak mungkin selama dua minggu atau lebih. 

                                                        asam jawa   


Dikenali sebagai Tamarindus Indica dan nama Inggerisnya pula pula ialahtamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara.



Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati di kebanyakan kawasan tropika di benua Asia, Afrika dan Amerika. Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus, berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang.







Jenis Kekacang

Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak.

Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi.

Terdapat beberapa jenis pokok asam jawa, tetapi biasanya dibahagikan kapada 2, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam jawa manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus.

Kegunaan dan Khasiat

Di Eropah, asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.







Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa, gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.

Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita, terutamanya bagi wanita yang mengandung.

Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.

Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar. Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.

Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.

Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.

Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong







Bagi orang yang mengalami selsema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum.

Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.

Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.

Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.

Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan di tempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan.

Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.

Antara khasiat lain asam jawa :

* Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.

* Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

* Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.

* Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.

* Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.




 http://comeylote.blogspot.com/p/buah-buahan.html

No comments:

Post a Comment