- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, October 10, 2012







Mainan Yahudi yang WAJIB anda tahu!

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Lelaki Dayus

Gambar Hiasan 1
Siapakah Lelaki Yang Dayus Menurut Islam ?

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)..


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka
demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi bersabda : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki pertandingan hiburan seperti, mentor, gang starz dan lain-lain sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, alasannya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Wallahu a'lam...
                                                                                By:Ustaz Zaharuddin Abd Rahman & Hamba Allah

Pesanan Untuk Mereka Yang Berniqab.

Gambar Hiasan 1
NIQABLAH DIRIMU. PERHIASILAH DIRIMU DARI LUAR DAN DALAM.

عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَنْرٍ وَقَالَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرأَةُ الصَّالِحَةُ 


 Dari Abdullah b Amru katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik ialah wanita yang solehah 

-Hadis sahih riwayat Muslim 

Petikan tulisan orang lain.
   
              Jika kamu mahu berniqab. Berniqab bukanlah kerana trend terkini.. Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim. Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain. Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat. Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu, Niqabkan hatimu dulu, Niqabkan jiwamu dulu, Niqabkan lidahmu dulu, Niqabkan langkahmu dulu. Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung. Yang terbuka belum tentu terus terbuka. Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah. aKan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu. Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu. Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah... Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu. Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu. Usahlah kamu mendongak wajah ke langit. Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji. Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu. Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata. Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook, twitter, myspace, ym dan skype.. 
 
Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt. Maka kau niqabkan setiap kata-katamu. Jangan perlekehkan nilai niqab, kerana dibalik tirai suara-suara itu. Berhimpun manusia menunggu Keburukan kamu. Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT! Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN! Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya. Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri. Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL. Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu. Terlalu sarat dengan kata nista. Kamu berdusta!!! Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu. Niqab bukan fesyen terbaru! Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj! Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat! Niqab bukan untuk dipersendakan. Berilmulah sebelum beramal. Kerana yang akan menderita adalah diri mu. BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA.

Maaf maybe Ayat ini Mengandungi Unsur2 hiperbola kerana ia adalah luahan hati Seorang hamba Allah yang tidak tahan melihat niqab disalah gunakan. Muhassabah Bersama. Ayat kat atas nie pun Putera Copy dari orang lain. Terima Kasih kepada penulis.

Valentine Wabak Yang Mematikan Hati

 Gambar Hiasan 1
 Gambar Hiasan 2
Gambar Hiasan3
Gambar Hiasan 4
        Assalamualikum. Menulis Putera kepada pembaca, Valentine adalah wabak yang begitu dasyat mematikan hati Masyarakat Islam diMalaysia kini. Hari Valentine bersamaan dengan 14 Febuary Setiap tahun kini semakin meriah disambut dimarata dunia. Ditambah pula dengan Iklan dan Hebahan dari media massa seperti tiada lansung sekatan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia yang mengakui sebagai Malaysia sebuah Negara Islam. Jelas dapat kita lihat apa yang haram telah dihalalkan apa yang perlu telah disekat. Mudah bagi mereka menabur benih-benih sekular yang tumbuh subur didalam pemikiran anak muda sekarang. Ramai yang bertanya dalam hal ini siapa yang perlu dipersalahkan adakah ibu dan bapa sendiri ataupun masyarakat pasca globalisasi sekarang serta kerajaan sekarang? Mari kita kaji dengan lebih mendalam dan kita lihat apa kata orang:

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Mari kita singkap Sejarah Perayaan Valentine:
Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

KesimpulanNya:-

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

 

Stress Managment

Gambar Hiasan 1


Apa itu stress?

Stress = tekanan perasaan.


Siapa yang mudah terdedah kepada stress?


1. Individu yang suka bersangka buruk

2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat (dan jiran)

Faktor-Faktor Stress:


1. Punca dalaman (hati yang kotor, ingkar)

2. Pegangan hidup yang negatif
3. Pengurusan kendiri yang lemah (selalu tidak cukup masa, banyak
kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup
kelemahan diri)

Gejala-gejala Stress:


1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa,

hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu
Selain dari itu kesan stress juga akan :

1. Membabitkan keretakan hubungan sesama rakan sekerja / ketua /

pelanggan di pejabat
2. Membabitkan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah
(konflik rumahtangga)
3. Membabitkan keretakan hubungan sesama jiran di rumah /
masyarakat / kariah

Cara untuk menangani stress ;

1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan yoga *(yg ni,x pasti)
8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi (reda)
10. Muhasabah diri (penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula
pegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum
 
 http://puterabelukar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment