Doa Ketika Kesusahan, Rasa Bimbang dan Sedih

 

DOA KETIKA KESUSAHAN[1], RASA BIMBANG[2] DAN SEDIH[3]

1.      Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Tiada seseorang hamba ketika ditimpa rasa bimbang dan sedih sama sekali lalu membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Mafhumnya: “Ya Allah! Sesungguhnya daku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu dan anak kepada hamba perempuanMu. Ubun-ubunku di dalam gengaman tanganMu, telah berlalu atasku hukumanMu, telah adillah untukku ketentuanMu, Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, atau dengan setiap nama yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau dengan nama yang Engkau khususkan pengetahuan tentangnya kepada diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, agar Engkau menjadikan Al-Qur’an itu sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”  Melainkan Allah akan menghilangkan rasa bimbangnya dan menggantikan rasa sedihnya dengan kegembiraan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah: Sewajarnya kami mempelajari (menghafal) kalimat-kalimat doa ini! Baginda menjawab: Sudah tentu, bagi yang  mendengarnya untuk dia mempelajari.” (HR Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)



[1] الغَمُّ ialah sesuatu musibah yang sedang berlaku.
[2] الهَمُّ ialah sesuatu yang dibimbangi pada masa akan datang.
[3] الحُزْنُ ialah sesuatu musibah yang telah menimpa dan berlalu.

Zikir Ketika Berada Dalam Kesukaran dan Kesedihan


1.      Daripada Ibn ’Abbas RA katanya, Rasulullah SAW ketika dalam kesukaran akan membaca:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ.

Mafhumnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pemaaf[1]. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy yang mulia.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


2.       Daripada Asma’ binti ’Umais (أسماء بنت عُمَيس) RA, katanya, Rasulullah SAW pernah berkata kepadaku: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat doa untuk kamu membacanya ketika di dalam kesusahan?:

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا.

Mafhumnya: “Allah, Allah[2], Tuhanku. Daku tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun.” (HR Abu Daud, Ibn Majah. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib)

3.      Daripada Abu Bakrah, daripada Nabi SAW yang bersabda: Permohonan ketika kesusahan ialah:

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.
Mafhumnya: “Ya Allah! Daku hanya mengharapkan rahmat dariMu, oleh karena itu, jangan Engkau wakilkan (biarkan) diriku kepadaku walau sekelip mata. Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.” (HR Abu Daud. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

4.      Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Doa Nabi Yunus, ketika berada di dalam perut ikan Nun:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

Mafhumnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku tergolong orang-orang yang zhalim.” Seterusnya baginda bersabda: Sesungguhnya tiada seseorang muslim yang berdoa dengan doa ini sama sekali, melainkan akan dimakbulkan oleh Allah untuknya.” (HR al-Tirmizi. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

Himpunan doa dan zikir ini menggambarkan bahawa rawatan utama ketika ditimba sebarang kesusahan, kesedihan dan musibah ialah dengan memperbaharui iman, dan mengulangi kalimah tauhid demikian juga menjauhi syirik. 



[1] Pemaaf adalah terjemahan yang kami pilih untuk sifat Allah SWT al-Halim (الحليم), iaitulah Tuhan yang memiliki sifat memberi tangguh, kesabaran, dan kemurahan. Dia Allah Yang Maha Mulia yang tidak segera dan gopoh membalas orang-orang yang menderhakaiNya. Dia memiliki kemaafan dan penyantunan yang luas. Sifat al-Halim menggambarkan sifat pemaaf dalam keadaan memiliki kemampuan dan kekuatan untuk membalas. Wallahu a’lam. 
[2] Lafaz Allah yang pertama adalah Mubtada’ (subjek), manakala yang kedua adalah Ta’kid Lafzi (lafaz penegasan) kepada kalimah Allah yang pertama, ia mengisyaratkan kepada kedudukan yang agung. Manakala Rabbii (رَبِّي) adalah Khabar (prediket). 

Zikir-zikir Selepas Salam


1.      Daripada Thauban RA katanya: “Dahulunya Rasulullah SAW apabila selesai dari solat, baginda akan beristighfar tiga kali dan membaca:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

Mafhumnya: “Ya Allah, Engkaulah al-Salam[1], dariMu keselamatan[2], Maha berkat Engkau, wahai Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.” Salah seorang perwayat hadis ini yang bernama al-Walid berkata: ”Aku bertanya kepada al-Auza’ie: Bagaimanakah istighfar itu (untuk dibaca selepas solat)?” jawab beliau:

أَسْتَغْفِرُاللهَ، أَسْتَغْفِرُاللهَ، أَسْتَغْفِرُاللهَ

Mafhumnya: ”Saya memohon keampunan dari Allah 3x.” (HR Muslim)

2.      Daripada Warrad Maula al-Mughirah bin Syu’bah katanya: “al-Mughirah pernah menulis kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan: Bahawa Rasulullah SAW dahulunya apabila selesai menunaikan solat dan memberi salam, baginda akan membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ اْلحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا اْلجَدِّ مِنْكَ اْلجَدُّ

Mafhumnya: ”Tidak ada tuhan yang berhak disembah sebenar-benarnya melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, Ya Allah tidak ada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada pula yang dapat memberi apa yang Engkau halang, tidak bermanfaat orang yang memiliki kekayaan untuk terlepas dari azabMu. (HR al-Bukhari dan Muslim)

3.      Daripada ’Abdullah bin Zubair RA            katanya: ”Baginda akan membaca setiap kali di penghujung solat dengan bacaan:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.

Mafhumnya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan segala pujian. Dia Mahaberkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepadaNya. BagiNya nikmat, anugerah dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepadaNya, sekalipun orang-orang kafir sama membenci.” Seterusnya ‘Abdullah bin Zubair berkata: Rasulullah SAW bertahlil dengan kalimat-kalimat ini pada penghujung setiap kali solat.” (HR Muslim)

4.      Setelah membaca zikir-zikir di atas, dianjurkan pula bertasbih seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW sabdanya: ”Sesiapa yang bertasbih[3] setiap kali selepas solat 33 kali, bertahmid[4] 33 kali, bertakbir[5] 33 kali, semuanya menjadi 99 kali, seterusnya membaca:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Mafhumnya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan segala pujian. Dia Mahaberkuasa atas segala sesuatu.” Akan diampun dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan.” (HR Muslim)

5.      Daripada ’Abdullah bin ’Amr RA, daripada Nabi SAW yang bersabda: ”Dua kebiasaan yang dipelihara oleh seseorang hamba muslim, melainkan dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Kedua-dua perkara tersebut suatu yang  ringan (mudah), orang yang mengamalkannya pula adalah sedikit, iaitulah bertasbih setiap kali selepas solat sebanyak 10 kali, bertahmid 10 kali, bertakbir 10 kali, jadilah jumlahnya sebanyak 150 kali diucapkan dengan lisan dan sebanyak 1500 pahala pada pertimbangan. Demikian juga bertakbir sebanyak 34 kali sebelum tidur, bertahmid 33 kali dan bertasbih 33 kali, semuanya menjadi bilangan 100 kali diucapkan dengan lidah, manakala 1000 pahala pada pertimbangan. Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah SAW berzikir dengan zikir-zikir ini menggunakan tangan baginda. Pernah ditanya kepada baginda: Wahai Rasulullah, mengapa kedua-dua kebiasaan ini ringan, namun sedikit yang melakukannya? Baginda bersabda: ”Syaitan datang kepada seseorang dari kamu di tempat tidurnya, lalu syaitan itu menjadikan dia tertidur sebelum orang tadi sempat membaca zikir-zikir tersebut, demikian juga syaitan akan datang kepada seseorang daripada kamu di dalam solatnya, lalu syaitan tadi menjadikan orang itu teringat suatu urusan, sehingga dia tidak sempat membaca zikir-zikir tersebut.” (Abu Daud, al-Tirmizi. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib)    

6.      Disunatkan juga setiap kali selepas solat membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas. Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA katanya:

أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أقرأ المعوذات دبر كل صلاة

Mafhumnya: “Rasulullah SAW mengarahkan aku untuk membaca al-Mu’awwazat selepas setiap kali menunaikan solat.” (HR Abu Daud dan al-Nasa’ie. Dinilai Sahih oleh al-ALbani di dalam Sahih Abi Daud)

Al-Syeikh ‘Abd al-Razzak menyebut di dalam Fiqh al-Ad’iyah wa al-Azkar: “Kebiasaannya yang dimaksudkan dengan al-Mu’awwizat اَلْمُعَوِّذَاتُ iaitulah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas.”

7.      Disunatkan juga membaca ayat al-Kursi berdasarkan hadis daripada Abu Umamah RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda:

من قرأ آية الكرسي في دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت

Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi di penghujung setiap solat (selepas solat) fardhu, tiada sesuatu yang menghalang (berada) antara dia dan dari memasuki syurga, melainkan kematian.”   (HR al-Nasa’ie di dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad:  “Sampai kepadaku tentang syeikh kami Abu al-‘Abbas Ibn Taimiah yang berkata: Saya tidak pernah meninggalkannya selepas setiap kali solat.”   

8.      Membaca bacaan yang dipesan oleh Nabi SAW kepada Mu’az bin Jabal RA, seperti kata Mu’az: “Suatu hari Rasulullah SAW memegang tanganku dan bersabda: Wahai Mu’az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu, aku berpesan kepadamu agar jangan kamu meninggalkan setiap kali selepas menunaikan solat untuk membaca:

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Mafhumnya: “Ya Allah, bantulah daku untuk sentiasa mengingatiMU, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kepadaMU.” (HR Abu Daud dan al-Nasa’id. dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)

            Berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang waktu yang sebenarnya untuk dibaca zikir ini. Apakah sebelum salam atau selepas salam. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH memilih pandangan yang berpendapat zikir ini dibaca selepas salam. Wallahu a’lam.


[1] Al-Salam adalah salah satu dari nama Allah SWT. Ia bermaksud Tuhan yang bebas dari sebarang kekurangan dan keaiban. Ia bebas dari sebarang bentuk yang menafikan kesempurnaanNya, bebas juga dari sebarang persamaan dan sekutu.
[2] Bermaksud, keselamatan dari sebarang kebinasaan adalah anugerah dari Allah SWT semata-mata, bukan dari selainNya.
[3] Bertasbih ialah mengucapkan سُبْحَانَ اللهِ
[4] Bertahmid ialah mengucapkan اَلْحَمْدُ لِلَّه
[5] Bertakbir ialah mengucapkan اَللهُ أَكْبَرُ

Doa Selepas al-Tasyahhud Sebelum Salam


Nabi SAW menggalakkan umat baginda untuk berdoa selepas bertasyahhud dan sebelum memberi salam di dalam solat. ‘Abdullah bin Mas’ud RA berkata: “Nabi SAW telah mengajarkan kepada beliau al-Tasyahhud kemudian baginda bersabda:

ثم ليتخير من الدعاء أعجبه إليه، فيدعو

Mafhumnya: “Setelah itu hendaklah dia memilih mana-mana doa yang dikehendakinya, dan berdoa.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di dalam Sahih Muslim pula dinyatakan:

ثم ليتخير من المسألة ما شاء
Mafhumnya: “Setelah itu dia boleh memohon permohonan yang dikehendakinya.” (HR Muslim)

Doa yang lebih utama untuk dibaca selepas al-Tasyahhud dan sebelum salam ialah doa yang diambil dari sunnah Nabi SAW. Namun sekiranya seseorang itu berdoa dengan doa yang lain, ia juga tidak mengapa. Di bawah ini disertakan beberapa doa yang diambil dari sunnah Nabi SAW untuk dibaca selepas al-Tasyahhud dan sebelum memberi salam di dalam solat:

1.      Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu selesai bertasyahhud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, dengan mengucapkan:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ.

Mafhumnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan neraka jahannam[1], dari siksaan kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian,[2] serta dari kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.”[3] (HR al-Bukhari dan Muslim)

2.       Daripada ‘Ali bin Abi Tolib, dalam sebuah hadis yang panjang berkata: “Bahawa Rasulullah SAW antara bacaan akhir yang baginda baca antara al-Tasyahhud dan memberi salam ialah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.

Mafhumnya: “Ya Allah! ampunilah daku apa-apa (kesalahan dan dosa) yang telah aku lakukan mahupun yang akan datang, dan (ampunilah daku) apa-apa yang aku lakukan secara sembunyi dan apa-apa yang aku lakukan secara terangan, dan (ampunilah daku) apa-apa (kesalahan dan doa) yang aku lakukan dengan menzalimi diriku, serta apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku, Engkau yang mendahulukan (bantuan dan taufik kepada sesiapa yang Engkau kehendaki) dan Engkau yang mengakhirkan (bantuan dan taufik kepada sesiapa yang Engkau kehendaki), tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau.” (HR Muslim)

3.      Daripada Abu Saleh, daripada sebahagian sahabat Nabi SAW, baginda pernah berkata kepada seorang lelaki: “Apa yang kamu baca di dalam solat?” jawab lelaki itu: “Aku bertasyahhud, setelah itu aku membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Mafhumnya: “Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu syurga dan daku berlindung kepadaMu dari neraka.” Lelaki itu menyambung: adapun aku langsung tidak tahu apa yang Tuan (Nabi SAW) dan Muaz ucapkan. Nabi SAW bersabda: “Sekitar itu juga kami ucapkan.” (HR Abu Daud, Ibn Majah. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)

            Selain doa-doa di atas, terdapat juga hadis-hadis lain yang menyebut doa-doa untuk dibaca di dalam solat, namun tidak dijelaskan tempat doa itu perlu dibaca. Maka yang lebih utama doa sebegini dibaca samada di dalam sujud atau selepas membaca al-Tasyahhud dan sebelum salam. Hal ini demikian kerana sunnah Nabi SAW menggalakkan doa di dalam solat dibaca pada dua tempat tersebut. Doa-doa tersebut antaranya:

4.      Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, dia pernah berkata kepada Nabi SAW: “Ajarkan kepada aku satu doa untuk aku membacanya di dalam solat. Baginda menjawab, bacalah doa:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Mafhumnya: “Ya Allah! sesungguhnya daku banyak mezalimi diriku sendiri, dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Oleh karena itu, ampunilah dosa-dosaku dengan kempunan dari sisiMu, dan berilah rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
  
5.      Daripada ‘Ato’ bin Saib, daripada bapanya RA yang berkata: “Solat bersama dengan kami ‘Ammar bin Yasir RA satu solat, lalu beliau ringankan solat tersebut. Sebahagian jemaah bertanya kepada beliau: Anda telah ringankan dan ringkaskan solat? Jawab ‘Ammar bin Yasir: Adapun demikian, aku telah berdoa di dalamnya dengan bacaan doa yang aku dengarnya dari Rasulullah SAW.” Apabila beliau bangun, seorang lelaki bangun mengikutinya – iaitulah bapaku, akan tetapi ketika dia menyampaikan hadis ini dia tidak menyebut namanya – lalu dia (bapa ‘Ato) bertanya kepada ‘Ammar doa tersebut, setelah itu dia pergi kepada orang ramai dan menceritakan doa yang dibaca oleh ‘Ammar, iaitulah:

اَللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ، أَحْيِنِيْ مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِيْ، وَتَوَفَّنِيْ إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِيْ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْغِنَى وَالْفَقْرِ، وَأَسْأَلُكَ نَعِيْمًا لاَ يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لاَ تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِيْ غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلاَ فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ اْلإِيْمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِيْنَ.

Mafhumnya: “Ya Allah, dengan ilmuMu atas yang gaib dan dengan Maha KuasaMu atas seluruh makhluk, hidupkanlah daku, sekiranya kehidupan itu lebih baik untukku, matikanlah daku jika kematian itu lebih baik untukku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar dikurniakan rasa takut kepadaMu dalam keadaan bersendirian atau di hadapan orang ramai. Aku memohon kepadaMu perkataan yang benar di waktu rela atau marah. Aku memohon kepadaMu, kesederhanaan dalam keadaan kaya atau fakir, aku mohon kepadaMu agar diberi nikmat yang tidak akan lenyap[4] dan aku memohon kepadaMu, agar diberi penyejuk mata yang tidak putus. Aku mohon kepadaMu keredhaan setelah berlakunya Qadha’ (ketentuan). Aku memohon kepadaMu kehidupan yang menyenangkan setelah meninggal dunia. Aku mohon kepadaMu kenikmatan memandang wajahMu (di Surga), rindu bertemu denganMu tanpa penderitaan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan dan jadikanlah kami sebagai penunjuk jalan (lurus) yang memperoleh bimbingan dariMu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


[1] Jahannam adalah nama neraka yang disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang kafir di akhirat kelak.
[2] Dimaksudkan di sini adalah semua fitnah (keburukan), samada ketika hidup mahupun selepas mati yang memberi kemudharatan kepada agama seseorang, tubuh-badannya dan perkara-perkara dunianya.
[3] Sebahagian ulama berpandangan doa ini wajib dibaca selepas bertasyahhud dan sebelum memberi salam di dalam solat. Namun kebanyakan ulama berpendapat membaca doa ini adalah sunat. Oleh yang demikian tidak sewajarnya doa ini ditinggalkan dengan sengaja.
[4] Nikmat yang tidak akan lenyap adalah nikmat hari kiamat seperti firman Allah SWT:
Mafhumnya: “Dan apa yang ada di sisi kamu semua akan lenyap, sedangkan apa yang ada di sisi Allahlah yang akan kekal…” (al-Nahl: 96)

Zikir al-Tasyahhud


1.      Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA katanya: “Rasululllah SAW telah mengajarkan kepada kami al-Tasyahhud sepertimana baginda mengajarkan kami satu surah dari al-Quran, baginda membaca:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله

2.      Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Dahulunya kami apabila menunaikan solat di belakang Nabi SAW, kami membaca:

السلام على جبريل، وميكائيل، السلام على فلان وفلان
Mafhumnya: “Keselamatan ke atas Jibril dan Mikail, keselamatan ke atas fulan dan fulan.” Lalu Rasulullah SAW memandang kepada kami dan baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala, Dialah al-Salam, maka apabila seseorang daripada kamu menunaikan solat, maka hendaklah dia membaca:

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ،

Mafhumnya: “Segala pengagungan, segala selawat, dan segala perkataan dan perbuatan baik adalah untuk Allah, keselamatan, rahmat dan berkat Allah ke atasmu wahai Nabi, keselamatan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang saleh.”
Sesungguhnya jika kamu semua mengucapkan ucapan ini, ia mengenai semua hamba Allah yang salih samada di langit mahupun di bumi. (setelah itu ucapkanlah):

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

Mafhumnya: “Saya bersaksikan bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan saya bersaksikan bahawa Muhammad itu adalah hamba dan RasulNya (Allah).” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Setelah membaca al-Tasyahhud, hendaklah membaca selawat ke atas Nabi SAW dengan Selawat Ibrahimiah, antara lafaz selawat tersebut ialah:

Daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Laila katanya: Ka’ab bin ‘Ujrah RA bertemu denganku, dia berkata: “Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku mendengarnya dari Nabi SAW? Lalu aku  menjawab: “Sudah tentu.” Lalu beliau menghadiahkan kepadaku dengan berkata: “Kami dahulu pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah selawat ke atasmu, adapun memberi salam Allah SWT telah mengajarkannya  kepada kami.” Lalu baginda bersabda: kamu semua ucapkanlah:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

Mafhumnya: “Ya Allah, selawatlah[1] kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan[2] kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah mengurniakan keberkatan kepada Ibrahim dan keluarganya. Se-sungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

            Setelah membaca selawat, seseorang muslim boleh berdoa dengan sebarang doa yang dikehendakinya sebelum memberi salam.


[1] Selawat Allah kepada Nabi SAW bermaksud pujian dan pengagungan Allah kepada baginda. Selawat para malaikat dan umat Islam kepada Nabi SAW pula bermaksud permohonan tambahan pujian dan pengagungan untk baginda kepada Allah SWT.
[2] Berkat membawa maksud berkembang dan bertambah. Permohonan berkat untuk Nabi SAW adalah memohon ditambah, dikekalkan, ditambah dan digandakan kebaikan baginda SAW. 

Zikir dan Doa Lain Yang Berkaitan Dengan Solat


1.      Daripada ’Aisyah RA katanya: ”Saya kehilangan Rasulullah SAW pada suatu malam, lalu aku mencari baginda, maka tanganku tersentuh perut kaki baginda, ketika itu baginda di dalam masjid (dan sedang sujud), kedua-dua telapak kaki baginda ditegakkan, baginda membaca di dalam sujud:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.

Mafhumnya: “Ya Allah, daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu, dan dengan kemaafanMu (agar terselamat) dari siksaanMu. Daku berlindung dengan rahmatMu dari hukumanMu[1] tidak terhitung pujian kepadaMu. Engkau adalah sepertimana pujianMu kepada diriMu.” (HR Muslim)

2.      Daripada Abu Hurairah RA yang berkata: ”Rasulullah SAW membaca di dalam sujud baginda:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَى نِيَّتَهُ وَسِرَّهُ
Mafhumnya: ”Ya Allah, ampunilah untukku dosaku keseluruhannya, samada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir dan yang jelas mahupun yang tersembunyi.” (HR Muslim)

3.      Daripada Huzaifah RA: ”Bahawa Rasulullah SAW membaca antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ، رَبِّ اغْفِرْ لِيْ
Mafhumnya: “Wahai tuhan, ampunilah daku, wahai tuhan, ampunilah daku.” (HR Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)
Al-Syeikh ‘Abd al-Razaq bin ‘Abd al-Muhsin al-Badr berkata: “(Hadis ini bermaksud) Baginda mengulang-ulangi doa ini ketika duduk antara dua sujud, bukan bermaksud baginda hanya membacanya  dua kali sahaja.”
4.      Daripada Ibn ’Abbas RA katanya: ”Dahulunya Nabi SAW membaca ketika duduk antara dua sujud

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَعَافِنِيْ وَاهْدِنِيْ وَارْزُقْنِيْ
Mafhumnya: “Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, cukupkanlah aku, selamatkanlah daku, berilah hidayah kepadaku dan berilah rezeki kepadaku.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)


[1] Ungkapan أَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ, di dalam Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Soghir dinyatakan bermaksud: “Daku berlindung dengan rahmatMu dari hukumanMu. Al-Imam Ibn al-Qayyim pula berkata: “(Ungkapan sebelum ini iaitulah) Memohon perlindungan dengan sifat redha (Allah) dari sifat murka (Allah) dan dengan perbuatan memberi ampun (yang ada pada sifat Allah) dari memberi hukuman (yang ada pada sifat Allah), maka  berlindung denganNya dariNya (أعوذ بك منك), dengan diambil kira kedua-dua permohonan perlindungan yang telah dijelaskan sebelum ungkapan ini. Kerana memohon perlindungan dengan Allah dari Allah merujuk kepada ungkapan permohonan perlindungan sebelumnya, disamping ia mengandungi faedah yang mulia iaitulah kesempurnaan tauhid, dan bahawa Zat yang diminta perlindungan (iaitu Allah) oleh seseorang, dielak juga dariNya, iaitulah dari perbuatan, kehendak dan ketentuanNya, kerana hanya Dialah satu-satunya yang menghukum, jika Dia (Allah) hendakkan keburukan kepada seseorang hambaNya, tiada yang dapat melindungi orang tersebut melainkan Dia, Dialah juga yang menghendaki keburukan kepada hamba tersebut, dan Dialah juga yang hendak menolak keburukan itu dari orang tersebut, maka jadilah Allah Yang Maha Suci dipohon perlindungan denganNya dariNya dengan mengambil kira kedua-dua kehendak Allah SWT tersebut. (Firman Allah) وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ  Mafhumnya: “Dan sekiranya Allah mengenakan kepada engkau sesuatu kemudharatan, maka tiada yang dapat melepaskannya melainkan Dia (Allah semata-mata).” Dialah (Allah) yang mengenakan mudharat dan Dialah (Allah) yang dapat melepaskannya, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, maka dielak dari (kemurkaan dan hukumanNya) dengan kembali kepadaNya, tiada tempat berlindung dariNya melainkan kepadaNya, sepertimana permohonan perlindungan dariNya, kerana sesungguhnya tiada tuhan selain dari Allah, tiada tuhan yang menguruskan urusan seseorang hamba melainkan Dia, Dialah yang menggerakkan, membolak-balikkan dan menguruskan urusan seseorang hamba sepertimana yang dikehendakiNya.” Lihat Tariq al-Hijratain wa Bab al-Sa’adatain 1/431.

Comments

Popular posts from this blog