6 Kesilapan Pasangan Baru Kahwin
Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang
kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan
terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza
untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.
Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung
melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup
bersama.
Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.
Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang
Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh
ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun
pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam
tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca
pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi
mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.
Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain
mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda
sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan
keluarga untuk masa depan
Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan
Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.
Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa
mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau
sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu
kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.
Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks
Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks
Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang
bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin
sudah menghadapi masalah ini.
Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun
ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap
melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.
Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini
sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau
isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.
Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa
Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru
kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu
lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi
mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.
Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk
kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik.
Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil
Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu.
Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam.
Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk ‘bergaduh’ dengan adil memang
ada.
Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah
seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang
mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan
kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari.
Ambil langkah berbaik-baik.
Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya – anak
Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak
sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.
Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada.
Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah
sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.
Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa
yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada
terlalu obses.
http://insanidaily.wordpress.com
Comments
Post a Comment