- Get link
- X
- Other Apps
Bagaimana Cara Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit?
Sepanjang
hidup ni, saya belum pernah lagi dengar dari mulut seorang ibu yang
mengaku mereka tak rasa sakit pun ketika melahirkan anak. Mestilah
sakit, kan? Selalunya mereka akan cakap hanya Tuhan saja yang tahu
betapa sakitnya masa tu. Lebih-lebih lagi "time" melahirkan anak sulung.
Pengalaman pertama lah katakan. Huhh... Betapa besarnya pengorbanan
seorang ibu terhadap anaknya sejak awal-awal lagi.
Gambar hiasan sahaja
Namun begitu, saya pernah terbaca mengenai petua tradisional yang dikatakan dapat membantu para ibu melahirkan anak tanpa berasa sakit. Ataupun mengurangkan rasa sakit.
Hah! Ada ker cara melahirkan anak tanpa rasa sakit. Gi mana tu?
Oh, begini bunyinya petua yang saya maksudkan tu;
1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.
Kemudiannya...
2. Apabila kandungan anda mencecah 9
bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tadi. Dos nya tetap
sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran
anak anda.
Lagi satu, sebaik-baiknya anda buatlah
minyak kelapa tu sendiri. Ia bertujuan memastikan anda benar-benar
meminum minyak kelapa yang bersih dan selamat.
Di samping itu, janganlah anda lupa
untuk selalu berdoa kepada-Nya agar segala urusan melahirkan anak
berjalan lancar serta dijauhi daripada segala perkara yang tak diingini.
Amin.
Selamat Mencuba!
p.s: Andainya anda tergolong dalam
kategori wanita yang masih belum hamil, dituduh sebagai mandul, pernah
keguguran atau dah lama berkahwin tetapi teringin sangat nak hamil, ada
satu panduan yang boleh menyelesaikan masalah anda dengan izin Yang Maha
Kuasa. [Sila klik untuk membacanya]
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/05/bagaimana-cara-melahirkan-anak-tanpa.html#ixzz2DLnP7Pbo
41 comments on "Bagaimana Cara Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit?"
Aah... kalo cam tu boleh la try. :)
Saya doakan wife sam senang dan selamat melahirkan anak nanti. Amin.
Oleh itu, saya cadangkan awak minum saja satu sudu besar minyak kelapa. :)
Sebagai tambahan petua di atas, kira-kira 1 minggu sebelum bersalin, para ibu juga digalakkan makan 1 biji telur ayam kampung yang mentah setiap pagi.
Ini kerana, menurut orang dulu2, mereka lebih galakkan buat minyak kelapa tu sendiri. Sebab kita dapat menjamin tahap kebersihannya sendiri.
;)
bila dah mengandung je...
makan butter.... biskit cc tu letak butter sikit... roti butter...tak tinggal butter...sampai nak melahirkan....
pas tu masuk 9 bulan minum 100 plus...
masuk ward je minum air selusuh yang mak beri dari surah mariyam... OK lak.... kita orang adik beradik...
Mudah-mudahan ia membantu para ibu semua yer. :)
tapi minyak kelapa 2 lebih elok kalu dibaca kan selawat sebyak 41kali sebelum minum...
karena waktu saya dianjurkan dokter minum minyak kelapa yg bercampur daun mint rasa mulas2nya tetap terasa sakit sampai anak lahir.
@ qaseh: Saya kurang pasti tentangnya. Maaf ya.
Terima kasih puan atas maklumbalas yg dikongsikan. :)
Mudah-mudahan segala petua yg telah diamalkan membantu memudahkan proses kelahiran anak ke-4 puan. Insya-Allah. Amin.
- Saya sarankan puan sentiasalah berfikiran positif. Usah fikir yang bukan-bukan ya.
Sebaliknya, banyakkanlah berdoa kepada-Nya agar puan & kandungan dlm keadaan selamat serta sempurna.
- Terima kasih banyak di atas petua yg puan kongsikan.
- Terima kasih di atas panduan yang awak kongsikan. InsyaAllah ia pasti bermanfaat buat kaum ibu sekalian.
- Waalaikumussalam wbt puan.
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kembali di atas maklumbalas dan panduan yang puan berikan. Saya amat menghargainya.
Saya doakan anak-anak puan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.
Catat Ulasan