Parlimen Bubar Tahun Depan - PETIKAN DARI BLOG NOTA KAKI
Benarkah? berita di atas. Sudah terntu berita ini betul kerana penggal parlimen ke 12 akan tamat pada tahun depan dan dengan itu juga bermakna piliharaya ke 13 akan dibuat bila2 masa dari sekarang hingga pembubaran parlimen pada tahun depan.
Aku ada terbaca sedikit analisis bagaimana dan bila Parlimen akan
dibubarkan oleh Najib. Dalam Negara demokrasi ala Malaysia ini, tarikh
Pilihanraya hanya dimiliki oleh parti memerintah. Parti ini akan melihat kajian sejauh
mana mood rakyat dan mencari titik paling optimum sokongan rakyat kepada
BN sebelum membubarkan parlimen. Oleh kerana perlembagaan
memperuntukkan sepenggal parlimen ialah selama 5 tahun, maka ruang untuk
BN bermain dengan masa ada hadnya.
Polemik tarikh pembubaran parlimen bermula sejak bulan November tahun 2011.
Kemudian beralih ke bulan Mac, kemudian bulan Jun. Semua tarikh ini
adalah jatuh pada waktu cuti sekolah, dan itulah kebiasannya. Terkini,
bulan2 yg dinyataka tidak lagi relevan kerana Parlimen masih lagi bersidang. Ahli nujum politik membayangkan parlimen akan dibubarkan pada bulan Disember. Jika parlimen dibubar pada Disember, waktu itu ialah musim
banjir.
Umno dihimpit dari dua sisi. Dari dalam dan luar. Dari dalam, beberapa
strategi yang telah dirangka telah memakan diri. Sejak Mac, Umno melalui
proksi kerajaan telah menabur duit BR1M, BB1M dan seumpamanya khusus
untuk sasaran kelompok pengundi anak muda (mahasiswa) dan golongan
berpendapatan rendah. Namun momentum sogokan ini sudah semakin ‘kebas’.
Begitu juga dengan pengumuman-pengumuman lain. Antaranya pemberian
RM15,000 untuk setiap peneroka khusus untuk kelompok fix deposit BN
sejak sekian lama. Namun, strateginya sudah boleh dijangka. Pemberian
mengikut tiga fasa RM5000-5000-5000 mungkin bertujuan untuk melihat
reaksi dan mood rakyat secara bertahap. Dan jika pilihanraya ditunda
lagi, projek ini akan menjadi ‘kebas’ dan momentumnya akan hilang begitu
saja. Umno akan berhadapan himpitan dari dalam berpunca dari
strateginya sendiri dan ketidakpastian tarikh pilihanraya.
Di era media sosial dan portal berita online ini, kecelaruan persepsi
rakyat adalah bala kepada mana-mana parti termasuk Pakatan Rakyat. Satu
isu, boleh diulas oleh berjuta orang melalui perspektif-perspektif
berbeza. Persepsi awam tidak lagi bergantung pada media arus perdana
(suatu masa dahulu). Contohnya dalam satu isu Bersih 3.0 saja, muncul
pelbagai cabang isu seperti kedudukan Ambiga, tindakan Anwar-Azmin,
provokasi polis, keganasan polis, kemalangan jiwa, rusuhan agresif,
penglibatan kanak-kanak pada fasa awal dan banyak lagi. Bayangkan semua
isu ini dikisar oleh pelbagai orang dari sudut pandang masing-masing dan
ia terbuka untuk dianalisis oleh sesiapa pun. Contoh lain, apabila
Khairy Jamaluddin ‘mencari pasal’ berdebat dengan Rafizi Ramli tentang
isu PTPTN. Isu yang perlu dihadapi oleh Umno pasca debat ini ialah isu
debat Najib-Anwar, isu PTPTN sendiri, isu budaya politik baru, dan juga
isu-isu picisan yang dibangkitkan sendiri oleh KJ dalam debat itu yang
dijawab oleh Rafizi dengan baik. Pecahan-pecahan isu ini terbuka untuk
diulas lanjut oleh pelbagai lapis masyarakat di media sosial dan portal
berita online, hingga ada teori yang mengatakan bahawa KJ sengaja
mencipta damage kepada Umno dan tamparan kepada Najib dengan
kesanggupannya untuk berdebat secara langsung di televisyen. Hasilnya,
cybertrooper Umno terpaksa bekerja lebih masa untuk membuat kerja-kerja
damage control.
Menurut pandangan rawak aku, isu video seks Anwar, Azmin dan terbaru
Salehuddin (yang telah disumpah laknat oleh Saluhuddin secara terbuka
dalam himpunan Tanah di Plaza Angsana), sudah tidak memberi kesan kepada
mood dan persepsi rakyat. Bagi aku strategi repetition propaganda ini
ada dua implikasi. Pertama, pengulangan yang dibuat di media akan
mengolah persetujuan dalam minda bawah sedar kelompok sasaran. Dan
strategi ini akan berjaya jika pengulangan itu dibuat atas satu individu
sahaja. Namun, disebabkan strategi repetition ini dibuat berkali-kali
secara berkronologi dan melibatkan orang-orang berlainan, maka implikasi
kedua ialah kelompok sasaran akan membuat kesimpulan bahawa ia adalah
strategi politik yang dicipta sekaligus meruntuhkan persepsi-persepsi
yang telah tercipta sebelum ini (contohnya propagandis menggunakan
strategi sama ke atas Azmin dan Salehuddin, maka persepsi awal terhadap
Anwar sebelumnya akan terbatal dengan sendiri).
Ternyata, isu ini semakin reda dan kini beralih pula kepada strategi
samseng. Ceramah parti lawan disabotaj, baling batu, baling telur dan
buat bising. Strategi di Melaka menjelaskan lagi kebodohan Umno, apabila
Ketua Menteri sendiri berceramah 100 meter dari tempat ceramah PR yang
telah dirancang lebih awal, kemudian menjawab secara langsung isi-isi
penceramah dari pentas PR. Walhal, beribu-ribu rakyat berkumpul di
padang ceramah PR dan ceramah BN hanya dipenuhi kerusi-kerusi kosong.
Muncul pula isu tarian tonggek depan rumah Ambiga. Jika media mengambil
perspektif faktor perbezaan kaum, ia boleh membangkitkan sentimen
tersendiri. Dan itulah antara tujuannya! Perkauman…
Himpitan dari luar juga perlu dihadapi oleh Umno. Pakatan Rakyat
mendapat banyak sumber dari dalam kerajaan sendiri, namun seperti biasa
akan dinafikan. Isu NFC, Bersih 3.0, Felda, Tabung Haji, dan banyak lagi
isu-isu lokaliti (contohnya isu pembangunan Kampung Baru di Parlimen
Titiwangsa) tidak memihak kepada Umno. Dalam mengolah isu untuk
mempengaruhi mood rakyat, bagi aku tidak semua sayap parti dalam PR
menguasai sepenuhnya kaedah mengeksploitasi mood rakyat dalam sesuatu
isu. Sikit-sikit demo. Sikit-sikit demo. Aku boleh memberi pujian kepada
Rafizi dalam isu NFC. Aku tidak kisah jika ada yang mahu kata Rafizi
ialah lembu-cucuk-hidung Anwar, kerana dia mampu buktikan kepakaran
dirinya bermanfaat untuk rakyat. Dalam isu NFC, Rafizi melepaskan satu
demi satu peluru, tidak bedil guna mortar. Ia meletakkan Shahrizat dalam
keadaan tidak tahu peluru apa yang dimiliki oleh Rafizi. Sekali
Shahrizat nafi, satu peluru lain ditembak dan tepat ke tubuh Shahrizat.
Ia menjadikan Shahrizat takut untuk membuka mulut dan di mata rakyat,
Shahrizat seolah-olah sedang berada dalam dalam kandang orang bersalah.
Pokoknya, strategi begini berjaya mengheret Umno untuk mengikut rentak
pemain isu (dalam konteks ini ialah Rafizi). Ia menambah tekanan kepada
Umno. Aku tidak pasti samada PR menghantar double agent-nya untuk
mendekati Shahrizat bagi mendedahkan skandal individu yang mendedahkan
skandalnya. Berdasarkan perkembangan semasa, aku yakin proses itu sedang
berlaku. Himpitan dari luar juga datang dari Perancis. Najib merasakan
dia dapat hidup kebal dalam seluruh dunia. Himpitan antarabangsa boleh
menyembelitkan seseorang kerana ia diluar kawalan kuasa.
Sudah tentu tidak mudah untuk Umno menetapkan tarikh pilihanraya. Mood
rakyat boleh berubah bila-bila masa berpandu kepada ‘peluru-peluru’ yang
dilontarkan oleh parti politik pada masa yang tepat. Barangkali semasa
parlimen dibubarkan, Umno boleh duduk selesa. Menjelang 10 hari sebelum
pengundian, mood rakyat boleh berubah dan perubahan boleh berlaku dalam
masa 2 atau 3 hari sebelum hari pengundian. PR sudah tentu mempunyai
peluru yang tersimpan kemas menunggu masa untuk dilancarkan. Semalam aku
dengar ucapan Mahfuz Omar bercerita tentang isu penyelewengan duit
Tabung Haji, sedangkan duit tabung haji ialah usaha orang Melayu Islam
untuk mengerjakan haji dan sesetengahnya memakan masa berpuluh tahun.
Amat malang bangsa Melayu dan umat Islam, kerana Tabung Haji diletakkan
di bawah Perdana Menteri. Kata Mahfuz Omar, dia mempunyai 4-5 dokumen
lagi yang belum didedahkan, dan sedang menunggu respon dari Najib di
Parlimen untuk dokumen pertama yang telah didedahkan. Jika Najib
menjawab yang pertama, maka dokumen lain akan menyusul. Inilah contoh
peluru paling ampuh untuk menggoncang sentimen orang Melayu bagi menolak
Umno. Aku harap Mahfuz cekap mengekploitasi sumber dan keadaan untuk
mencipta gelombang di saat-saat akhir.
Pilihanraya ialah perang. Bagi yang dungu, mungkin dia ingat perang itu
hanya pistol dan kereta kebal, atau pedang dan anak panah. Umno hanya
ada satu pilihan iaitu menang. Menang adalah tong gas oksigen kepada
Umno untuk meneruskan hidup sepenggal lagi di muka bumi. Kalah dalam PRU
13 adalah mimpi ngeri untuk Umno. Ia umpama meteor yang jatuh dari
langit dan menyebabkan dinasour pupus. Umno kalah bermakna Umno pupus,
kerana waktu itu kita boleh buat pertandingan teka nama siapa pemimpin
Umno-BN di semua peringkat yang akan terlepas dari tuduhan rasuah dan
penyelewengan. Boleh buat pertandingan sebab cabarannya sangat sukar.
Bila pun tarikh parlimen dibubarkan, yang menentukan keputusan
pilihanraya ialah tempoh berkempen dan 2 atau 3 hari sebelum hari
pembuangan undi. Strategi lapuk zaman 70-an mohon diucapkan babai. Di
pihak Umno, mereka mesti terus melekakan orang muda. K-pop di Hari Belia
adalah hanya sebahagian suntikan seks untuk melalikan. Umno wajib
membentuk generasi yang bodoh dan hanyut untuk survival politiknya.
Sedangkan mood rakyat kelihatan jelas. Tidak pernah dalam sejarah orang
asli berdemo di Putrajaya. Tidak pernah terfikir oleh Mat Maslan bahawa
warga Felda akan bangkit melawan.
Dalam masa yang sama, samseng mula berkeliaran. Di Johor, di Lembah
Pantai, di Pulau Pinang dan seluruh Negara. SPR, JPN sudah terang lagi
bersuluh bekerja keras bagi pihak Umno. Najib pula memberi amaran, BN
akan pertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah terakhir.
Ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya membentuk majoriti mudah pasca
PRU-13, apakah yang akan terjadi kepada Negara kita? Apakah reaksi
Raja-raja? Apakah reaksi pemodal-pemodal kapitalis di belakang rejim?
Bagi yang malas berfikir, terpulang. Kerana itulah diri anda…
Bagi yang mahu berfikir, silakan. Kerana inilah Negara kita…
http://notakaki11.blogspot.com/2012/05/parlimen-bubar-tahun-depan.html
Comments
Post a Comment