MANA LEBIH BERSIH KAKI Ulama ATAU MUKA Pramugari
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal
terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke
tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang
terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika
berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki
(washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu
dan menegurnya.
Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan
kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat
basuh muka bukan basuh kaki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali
dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..
Comments
Post a Comment