- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, November 26, 2012







ORANG PAHANG CERITA PASAL KENDURI KAHWIN



Assalamualaikum dan salam bahagia...


sekarang mak kepochi nak kepoh hal makan kenduri plak...
Alhamdulillah kenyam sangat pewut sebab makanan sedap peh palih..tetiba  je cakap pahang, mentang-mentang la balik lipis..

semalam kan ada story pasal tempat kenduri yang saya pergi ni takde jalan raya..
Alhamdulillah, nampak gayanya penduduk kampung ni akan dapat jalan raya..malah lebih dari tu, dapat highway lagi...hmm tak sia-sia orang kepoh pasal ni lama dah...

tapi tadi still berhabuklah jalan, macam dulu lah jugak..mana siap lagi, tah berapa tahun lagi tak tau lah..yang penting in progress lah..sempat snap gambo tapi malas nak uplod lah, slow..banyak nye sebut lah

Kg Chegar Perah ni kawasannya pedalaman...memang pure punya kampung, saya ni asal kampung jugak..tapi kampung ni lain terlalu jauh ke dalam...tapi suasananya sungguh tenang, dihiasi pohon-pohon buluh menghijau yang menyambut kedatangan kita...anak-anak sungai yang jernih menderu..eh, jernih ke tadi?

sunyi dan sungguh-sungguh sunyi...
setibanya kami di stesen keretapi, kami tinggalkan kereta di situ...lalu kami pun melintas dua buah landasan keretapi, ni kalau buat photoshot sangat indah...

saya pergi dengan hubby, mak mertua dan anak buah si pikah...kedatangan kami disambut dengan anak-anak kambing yang cute..saudara dia lah yang menyebabkan bumper kereta saya pecah hari tu..kuikui

dari kejauhan dah dengar suara hingar bingar di rumah kenduri...saya bayangkan kenduri dalam hutan tak ramai orang, rupanya meriah sangat-sangat...sesampai di bawah canopy..terus terkam pinggan mangkuk periuk belanga sebab kelaparan sesangat..dasyat

juadahnya, rendang ayam..sup tulang...daging masak lemak kuning...acar timun..ulam-ulam..tembikai...air sirap merah dan hijau...burpp kenyam, menantu sape tah tu yang ambik nasi penuh pinggan..terbayang semalam baru bako 3 biji stoberi..huuu nak nangess

lepas dah makan, sesi bersuai kenal dengan saudara-saudara my MIL.. lawat ibu pengantin yang terlantar sakit di biliknya...simpati..

then balik dengan gaya catwalk takut terpijak tahi lembu dan kerbau..tapi saya suka suasana kampung ni, sangat tenang...


 http://herba-tihara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment