KALAU KAFIR KITA KATALAH KAFIR!

 Firman Allah : al-Mumtahanah 4
“Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”

Firman Allah: an-Nisa 60
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada apa yang diturunkan kepada engkau dan apa yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

1. Dalam ayat-ayat di atas ini Allah memerintahkan kita supaya mengkafirkan mereka yang sudah jatuh kafir dengan jelas dan terang. Sebaliknya, tidak mengkafirkan yang kafir, kita jadi kafir. Kita akui bahawa mengkafirkan seseorang yang masih Islam mengikut hukum dan ketetapan Allah, kita jadi kafir. Ini juga adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kita akan bahaskan kesemua isu ini di sini – In syaa Allah!

2. Dalam banyak posting di dalam FB di sini saya menghuraikan mengenai keadaan dan kedudukan kerosakan Aqidah kita pada zaman kita kini yang berlaku kerana gejala melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita. Mereka itu adalah Tuhan-tuhan kita kerana mereka mempunyai kuasa dan hak untuk membuat undang-undang, mereka mempunyai kuasa dan hak untuk menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas kita dan mereka mempunyai kuasa dan hak untuk memaksa kita untuk mentaati undang-undang tersebut.

3. Kita melantik mereka sebagai Tuhan-tuhan kita dan mereka setuju untuk menjadi Tuhan-tuhan kita, manakala kita pula telah menjadikan diri kita sebagai para penyembah yang menyembah mereka. Mereka adalah orang-orang yg kafir dan kita juga adalah orang-orang yang kafir - semuanya kafir. Semuanya kafir kerana kita dan para Tuhan kita ini adalah orang-orang yang mengingkari kalimah Laailaahaillallah.

4. Inilah kriteria yang sah dan tunggal yang menjadikan kita dan Tuhan-tuhan kita ini sebagai puak-puak yang kafir di sisi Allah swt, iaitu kafir kerana mengingkari Laailaahaillallah. Sesiapa yang mengingkari Laailaahaillallah, dia jadi kafir, sesiapa yang tidak mengingkari Laailaahaillallah, kita tidak berhak untuk mengkafirkannya.

5. Mengapakah saya begitu kerap sangat mengkafirkan orang-orang lain yang juga beragama Islam? Ini adalah kerana mereka telah mengingkari Laailaahaillallah. Mereka jadi kafir kerana mereka lantik manusia sebagai Tuhan-tuhan mereka. Mereka jadi kafir kerana mereka membuat undang-undang manusia. Mereka jadi kafir kerana taat dan patuh kpd undang-undang manusia.

6. Bila sudah kafir, kita diperintahkan Allah supaya mengkafirkan yang kafir walaupun dia atau mereka itu adalah kaum Muslimin pada asalnya – Quran Nisa 60 dan Mumtahanah 4. Kita mengkafirkan mereka kerana mereka itu adalah kafir mengikut HUKUM DAN KETETAPAN dpd Allah, kita mengkafirkan mereka kerana itu adalah perintah Allah, dan kita mengkafirkan mereka kerana itu adalah tujuan kita untuk memberi tahu kepada mereka mengenai kedudukan mereka yang sebenar yang sudah jadi kafir, kita mengkafirkan mereka agar mereka itu sedar dan insaf dan timbul keinginan untuk kembali kepada Allah.

7. Tidak boleh kita mengkafirkan mereka kerana saja suka-suka dan seronok-seronok mengkafirkan mereka kerana dorongan hawa nafsu semata-mata tanpa sebaba-sebab yang hak dan sah di sisi Allah swt. Kita mengkafirkan mereka kerana mereka telah menjadi kafir di atas sebab-sebab yg sah, kita mengkafirkan mereka kerana itu adalah tugas dan tanggungjawab kita untuk mentaati perintah Allah dan kita mengkafirkan mereka dengan tujuan untuk mengembalikan mereka kepada Islam.

8. Bagai manakah kita boleh mengharapkan supaya mereka akan kembali kepada Allah sekiranya mereka tidak tahu yang mereka sudah kafir? Mesti ada golongan yang memberi tahu mereka mengenai keadaan dan kedudukan mereka yang telah kafir kerana mereka mengingkari Laailaahaillallah.

9. Mengkafirkan yang kafir adalah hak Allah mengikut hukum dan ketetapan dpd Allah. Allahlah yang menghukum dan menetapkan hukum bahawa seseorang itu telah menjadi kafir atau kekal sebagai Islam - Quran Surah Ahzab 36. Ini adalah hak Allah saja yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kita hanya mengakui dan menyatakan hukum dan ketetapan yang dibuat oleh Allah swt. Kemudian kita sebar dan sampaikan kekufuran umat Islam ini kepada orang ramai yang dikatakan sebagai Muslim ini.

10. Kita membuat rumusan-rumusan seperti berikut :

a) Menetapkan hukum dan menghukum hanya hak Allah - Quran Yusuf 40, al-Anaam 57 dan Ahzab:36;

b) Menghukum seseorang yang telah kafir mengikut hukum dan ketetapan dpd Allah adalah perintah Allah - Quran Nisa 60 dan Mumtahanah 4.
c) Tidak menghukum kafir atau tidak mengakui kafir ke atas seseorang yg telah kafir, kita jadi kafir. Ini adalah kerana kita tidak mengakui hukum dan ketetapan dpd Allah, iaitu kita telah mengingkari hukum dan ketetapan Allah yang bererti kita mengingkari Laailaahaillallah. Kita jadi kafir yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sekian, terima kasih.

WAN SOLEHA AL- HALBANI 
 
Lubuk Terua, Temerloh, PAHANG DM 1
 

Pagi²nya BERIMAN, Petang²nya KAFIR 

1

Comments

Popular posts from this blog