Al-Baqarah Penyembuh Penyakit - Ustaz Kazim Elias
1
FADHILAT
SURAH AL-BAQARAH
Imam al-Baihaqi dari Imam
Shalshal berkata:
"Barangsiapa
membaca Surat Baqarah maka
dipakaikan kepadanya mahkota disyurga."
Imam Ibnu Zanjawai dari Imam
Wahab ibn Munabih menyatakan:
"Barangsiapa
membaca Surat Baqarah dan
Ali Imran pada
malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy
dan dasar bumi."
UNTUK
PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:
-
Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
"Barangsiapa
membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah,
maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian
pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
UNTUK MEMOHON
AGAR DIKABULKAN:
-
Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: "Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:
"(Bergembiralah dengan
dua cahaya penerangan yang diberikan oleh
Allah s.w.t. kepadamu
dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL
KITAB dan akhir SURAH
AL-BAQARAH. Tiada engkau
membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)."
(Riwayat Muslim)
KEUTAMAAN DUA
AYAT AKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH:
(Maksudnya)
"Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah,
malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan
rasul-rasulNya. Mereka berkata: "Kami
tidak membeza-bezakan antara seseorang dari Rasul-rasulNya, dan mereka
mengatakan: Kami patuh dan taat; Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."
Allah s.w.t.
tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang
diusahakannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Mereka
berdoa "Ya Tuhan kami, jangan Engkau bebankan orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami
memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah
penolong kami, tolonglah kami atas orang-orang kafir."
(Surah AL-BAQARAH: 285-286)
Untuk
perlindungan dari segala kejahatan:
Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang membaca
dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya." (dari hal-hal
yang membencikan dan menurut sebahagian pendapat; sama dengan bersembahyang
malam)
(Riwayat Bukhari Muslim)
Untuk memohon
agar dikabulkan doa:
Ibnu Abbas r.a bercerita:
Pada suatu ketika Jibrail berada
disisi Baginda s.a.w., tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat
kepalanya dan berkata:
"Ini sebuah pintu dilangit,
pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat lalu memberi salam serta berkata:
(Bergembiralah dengan dua
cahaya penerangan yang diberikab oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah
diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu: Fatihul kitab dan akhir
surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti
permintaanmu diberi)
(Riwayat
Muslim)
4.Mengelak dari terkena sihir.
Muslim)
KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL BAQARAH
1. Rumah yang di bacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan,
Rasulullah SAW bersabda: “ sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak
akan dimasuki syaitan“ =HR At tirmidzi=
2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al Baqarah. 3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Rasulullah bersabda: “Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada
pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-
Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai
tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang
mengembangkan sayapnya. untuk membela pambacanya di hari kiamat.“
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah,
sabda nabi s.a.w “Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan
meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup
menjangkaunya (si pembaca)=HR MUSLIM=
Comments
Post a Comment