Kesalahan Ketika Memakai Minyak Wangi
 
 
perfume Kesalahan Ketika Memakai Minyak Wangi.
1.Pakai perfume semasa tubuh masih basah
 
Biasanya kita memakai perfume selepas mandi.Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

2.Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
 
Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama,keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

3.Pakai di tempat yang salah
 
Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu,kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

4.Pakai dari atas ke bawah
 
Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bau perfume tersebut.

5.Pakai perfume di baju
 
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

6.Menggosok perfume selepas pakai
 
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7.Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
 
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8.Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
 
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

 http://www.esempoi.com

Comments

Popular posts from this blog