Rajin Memberus Gigi Boleh Elakkan Nyanyuk?



Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California.


Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari.

Perkara itu didedahkan oleh ketua penyelidikan berkenaan, Annlia Paganini-Hill kepada akhbar Daily Mail.

“Kesihatan fikiran anda bukan hanya bergantung kepada amalan membersihkan mulut tetapi kebersihannya juga boleh menentukan sama ada anda mendapat penyakit itu,” katanya lagi.

Kajian itu yang disiarkan oleh Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika mengesan kesihatan hampir 5,500 penduduk di kawasan kediaman pesara California mulai 1992 hingga 2010.

Selepas 18 tahun berlalu, 1,145 responden asal menunjukkan tanda menghidap nyanyuk.

Daripada 78 wanita yang memberus gigi kurang sekali sehari pada 1992, 21 mengalami nyanyuk pada 2010 atau satu kes setiap 3.7 wanita.

Sebagai perbandingan, di kalangan mereka yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari, hampir seorang setiap 4.5 wanita menjadi nyanyuk atau 65 peratus berkemungkinan menghidapnya.

Pada masa sama, penyelidik turut menjelaskan bahawa mereka tidak bermaksud mengatakan masalah gigi boleh membawa kepada nyanyuk sebaliknya menyarankan perkara itu terus diselidik.

sumber: dailymail, beritaharian
 
Cara Berjimak Menurut Islam




Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.



Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit
 Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan.
 Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Adab Melakukan Persetubuhan
Lucut Pakaian  Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi  isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.  Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.
Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu.  Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.
Suaranya  diperlahankan dan dia berkata “bertenang”.  Suami yang hendak mendatangani  isterinya, sepatutnya dia dan  isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.  Tidak  menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.  Beginilah tegasnya Al Khatab.

Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka  ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.  Rasulullah  s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.  

Beliau menyelami peringkat  peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkatabahawa seseorang lelaki  sayugia menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.  Apabila  mereka menuntut sesuatu  daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. 

Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :
“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

Di dalam riwayat Abu Daud :
“Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.  Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :
“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.
Sunat dimulai dengan  menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.  Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي
“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi  Lagi Maha Besar.  Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Erti maksudnya ialah:-
“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.  “Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas (r.a.) daripada 
 Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya :  “Jikalaulah sesungguhnya  siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya,  dia  berdoalah: “Dengan  nama Allah.  Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan.  Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”  Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.
(Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya  oleh syaitan buat selama-lamanya.”  Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti.  Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agamakanak-kanak ini, hingga dia  menjadi kafir.  Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia.  Yang mana dia telah ditulis di masa  dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.    Golongan  ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.



Mengeluarkan Mani


Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا  طهرا وكان ربك قديرا
“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan  manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).  Tuhanmu Maha Berkuasa”

Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat.  Dia  tidak mengadap  ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

Kemudian apabila si  suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke  puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan  merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin  menyakitkan isterinya pula.  Ketidaksamaan di segi tabiat inzal  ini akan  menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya  persamaan masa inzal lebih melazatkan.  Kalau suami berdiam diri selepas inzal,  mungkin isteriinya  malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian.  Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang diharapkan kahwin sebanyak empat orang.  Boleh pula dikurangkan dari kadar  tersebut. Ya, sebenarnya  boleh  ditambah  atau  dikurangkan mengikut  kadar  keperluan dalam    menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga  diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam  bulan Islam,   iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.   Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Saya  menjawab, fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syarak yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.  Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakkan) ulama.

Imam Al-Ghazali berkata :  “Setengah ulamak  menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaatdan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

Comments

Popular posts from this blog