Kalendar Cuti Sekolah & Pilihan Raya Umum 2013 

 

 

 

 

 

  Apakah kalendar cuti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mencerminkan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum nanti akan ditetapkan pada bulan March 2013? 
  Ini merupakan persoalan besar bagi mereka yang terlibat dalam politik ataupun mereka yang peka dengan isu-isu dan jangkaan pilihanraya umum ke 13.

  Namun, perbezaan yang jauh cuti pertengahan penggal 2013 berbanding dengan tahun-tahun yang sudah itu turut menyusahkan beberapa pihak.

  Antara mereka yang terlibat itu ialah sekolah-sekolah yang bukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jangkaan mereka meleset dan menyebabkan perubahan drastik terpaksa dibuat. Jika tidak guru-guru dan staf di sekolah mereka akan merungut memanjang.

  Cuti ibu bapa dan anak-anak mereka sudah tidak sama. Program musim cuti pasti terpaksa dipinda atau mereka tidak dapat berada di rumah bersama.

  Ada rakan-rakan dan pengguna tegar AirAsia yang menempah tiket pada tarikh pertengahan March juga menghadapi masalah. Mereka berjaya membuat tempahan pada harga terendah.

  Malangnya, tarikh tempahan mereka sudah tidak selari dengan jadual baru cuti persekolahan bulan March. Sama ada mereka terpaksa membatalkan penerbangan dan rancangan bercuti mereka ataupun berusaha memohon cuti daripada Guru Besar Sekolah pada hari persekolahan yang diramalkan cuti itu.
  
  Sementara itu ada juga rencana keluarga untuk menunaikan umrah pada tarikh pertengahan March itu. Apa hendak dibuat, batalkan saja jika tiket belum dibeli dan deposit belum dibayar.   Ramai yang masih kurang pasti tentang rasional pihak Kementerian mengubah tarikh kebiasaan Cuti Pertengahan Penggal Pertama itu sehingga berbeza dalam jarak 2 minggu.

  Yang ketara ialah March merupakan bulan terakhir kerajaan Barisan Nasional boleh kekal memegang tampuk kerajaan. Dan penghujung March 2013 itu merupakan tarikh akhir bagi suatu pilihanraya bebas sesuai ditetapkan.

  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tentu boleh memberi jawapan yang lebih tepat, jikapun tidak pihak Barisan Nasional atau Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
  Sekian.  WaLlahu a'lam

 http://www.drhatta.com

Comments

Popular posts from this blog