Mati selepas pergi kenduri
PENAMPANG – Hajat tujuh sekeluarga untuk pulang ke rumah selepas
menghadiri kenduri kahwin bertukar tragedi apabila salah seorang
daripada mereka maut, empat parah dan dua cedera ringan setelah
kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki terjunam ke dalam gaung
sedalam 200 meter semalam.
Kejadian pukul 1 pagi di Jalan Sepulut Donggongon dekat sini itu
mengakibatkan Simsom Marusan, 26, mati di tempat kejadian akibat
kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh
berkata, sebelum kejadian, kesemua mangsa yang menaiki 4WD jenis Toyota
Prado itu dalam perjalanan ke Kota Kinabalu selepas menghadiri majlis
perkahwinan saudara di Keningau. Jarak antara dua tempat itu kira-kira
131 kilometer
Comments
Post a Comment