Kisah unta yang berdendam
Di
dalam satu riwayat lain dinyatakan illah (sebab) mengapa diwajibkan
untuk mengambil wuduk. Ianya kerana unta itu adalah daripada jin. Ini
adalah hadith yang dinyatakan diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Maka disini
kita boleh faham dengan 2 kefahaman iaitu kefahaman yang bersifat
harfiah dimana kita boleh faham unta itu diciptakan daripada jin maka
ini adalah fahaman yang salah. Fahaman yang benar ialah unta ini
mempunyai ciri-ciri jin dan syaitan itu ada padanya daripada sudut
perasaan dengki itu kuat contohnya jika kita membuat jahat kepada unta,
unta itu akan ingat.
Sehinggakan di dalam cerita-cerita haiwan di kalangan
orang Arab, mereka menyatakan seorang tuan unta sering memukul untanya
dan unta tersebut bersabar dengan tindakannya sampai suatu hari untanya
agak pelik seolah-olah unta itu ingin melakukan perkara yang tidak baik
kepadanya. Jadi pada malam itu dia meletakkan bantal di dalam khemah
seolah-olah ada orang di dalamnya. Tetapi dia tidur di atas pokok
berdekatan khemah itu. Apabila malam menjelma untanya datang dan
memasuki khemah dan memijak-mijak katil yang diletakkan bantal itu tadi
dan terus beredar keluar. Unta tersebut menyangka tuannya telah mati
dipijaknya. Keesokan harinya tuan unta tersebut datang di hadapan unta
itu lalu unta itu pun terkejut dan membunuh diri.
Satu lagi kisah orang menyatakan keldai ini bodoh
tetapi sebenarnya keldai ini lebih cerdik daripada orang itu. Jika di
dalam kisah Arab apabila mereka hendak menyimpan hasil tanam-tanam yang
telah dituan, mereka meletakkan barang yang banyak di atas keldai-keldai
ini dan membawa ke satu tempat yang jauh dan mereka akan menggali dan
mengambuskan tanaman tadi disitu. Jadi masalahnya disini apabila sudah
lama tanam itu telah disimpan dan diperlukan mereka tidak ingat ianya
diletakkan dimana jadi mereka pikulkan keldai itu tadi dengan
barang-barang berat yang lain dan keldai itu akan membawa barang
tersebut ke tempat yang sama dia pernah bawakan. Jadi disini bermaksud
keldai adalah cerdik. Kerana itu ada dikalangan orang Arab bernama Khimar kerana dia hendak menggerunkan orang.
Maksudnya jin dan syaitan di sini bukannya dicipta
daripada api sebagaimana jin dicipta daripada api tetapi unta ini
mempunyai sifat-sifat syaitan seperti sombong, dengki dan kuat. Jadi
sesiapa yang memakan daging unta menurut pandangan ulama kita, mereka
hendak fikirkan bagaimana unta itu daripada jin. Dengan itu mereka
menyatakan ciri- ciri jin ataupun syaitan itu ada pada unta. Jadi
sesiapa yang memakan daging unta dia boleh menjadi kesan kepada orang
itu iaitu dia boleh menjadi kuat, sombong dan dengki. Cara untuk
mengatasi sifat-sifat kesyaitanan ini adalah dengan mengambil wuduk.
http://drfadlanothman.wordpress.com
Comments
Post a Comment