PEMAKANAN & GAYA HIDUP ELAK DARAH TINGGI |
Hari ini Berita Harian melaporkan bahawa Presiden Persatuan Hipertensi
Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud, berkata berdasarkan maklumat dalam kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita
Melayu menghidap penyakit darah tinggi disebabkan gaya hidup, pemakanan
serta kurang bersenam.
Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi
malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan
dan ubat bagi mengawalnya.
“Satu daripada dua wanita mempunyai hipertensi dan penyakit ini
berlaku atas pelbagai faktor termasuk gaya hidup tidak mementingkan
kesihatan serta tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Jika tidak dikawal, ia menjadi antara punca Non Communicable Disease (NCD) atau penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang dalam masa panjang,” kata Dr. Azani selepas Mesyuarat Tahunan Saintifik persatuan berkenaan yang turut dihadiri bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Tambahnya, orang ramai perlu sedar penyakit ini tidak mempunyai gejala jelas dan ia boleh dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kami daripada HBI menyarankan mereka yang bimbang terhadap tekanan
darah mereka tidak dapat dikawal lagi mengambil ubat-ubatan yang disarankan
oleh dokor dan hospital. Tidak kira sama ada anda seorang wanita atau lelaki,
risiko penyakit tekanan darah tinggi adalah sama.
Tetapi bagi mereka yang masih baru atau membimbangi kemungkinan
menghadapi masalah ini boleh mencuba beberapa penawar homeopati atau
biokimia. Ia juga boleh digunakan secara berselang dengan ubat-ubat
konvensional (bagi pesakit yang sudah bergantung), jika penawar itu terbukti
boleh menjadi komplemen.
Di antara beberapa penawar homeopati itu termasuklah Rauwolfia,
Cactus, Calcarea carb, Crataegus, Glonoine, Natrum mur dan lain-lain. Semua
penawar itu hanya boleh dipreskripsi oleh pengamal bertauliah dengan
sokongan penawar biokimia tertentu.
Di antara rumusan terbaik HBI dan didapati berkesan ialah Elasto yang
mengandungi Calc fluor yang dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi,
khususnya mereka yang tekanan diastolicnya tinggi. Hi-fos juga boleh
membantu kerana kandungan Kali-phos dan Ruta yang baik untuk minda, saraf
dan tenaga (bagi yang mudah kecapekan).
Yang penting sekali, seperti saranan ramai pakar-pakar kesihatan
ialah kita harus mengubah gaya hidup kita. Jika kita semata-mata bergantung
kepada ubatan atau penawar, masalah tekanan darah tinggi ini boleh berulang.
Apabila kita berjaya mengubah gaya
hidup kita ke arah yang lebih baik, kita juga harus konsisten dalam gaya
hidup baru tersebut. Di antara tip-tip yang dicadangkan dalam rangka usaha
merubah cara hidup termasuk:
1- Kurangkan berat badan, khususnya bagi
mereka yang obes. Usaha ini akan membantu keberkesanan sebarang ubat yang
diambil.
2- Melakukan aktiviti senaman secara
berkala, walaupun dengan hanya berjalan kaki selama sekurang-kurangnya 30
minit.
3- Makanlah makanan yang kaya bijirin tulen,
buah-buahan dan produk kurang lemak. Mengurangkan pengambilan lemak tepu dan
makanan banyak kolesterol boleh menurunkan tekanan darah.
4- Kurangkan juga mengambil makanan yang
banyak sodium atau kurangkan kemasinan dalam makanan. Cip potato, french
fies, makanan segera selalunya mengandung banyak garam dan harus dielakkan.
Demikian juga sesetengah minuman yang bersodium, kurangkan.
5- Bagi yang bukan Islam, tibalah masanya
untuk anda elakkan daripada mengambil alkohol jika tidak mahu mengambil
risiko komplikasi akibat tekanan darah tinggi ini.
6- Selain alkohol, wajar juga seseorang itu
berhenti daripada merokok walau keinginan tinggi macam manapun. Rokok adalah
terbukti merupakan pembunuh senyap dalam jangka panjang.
7- Harus dielakkan juga ialah makanan yang
mengandungi kafein. Sama ada kopi atau minuman dalam tin yang mengandungi
kafein, semuanya wajar dielakkan.
8- Akhir sekali, seseorang yang menghidap
tekanan darah tinggi mestilah mengelakkan diri daripada keadaan stres.
Kebimbangan dan stres boleh meningkatkan tekanan darah untuk sementara waktu
dan tempoh itu meningkatkan risiko anda. Caranya ialah, kita harus
mengenali apa-apa yang mengakibatkan stres, seperti masalah kerja, keluarga,
kewangan, penyakit dan kemudian kita berusaha mengurangkan daripada
memikirkan masalah tersebut.
Selain tip-tip di atas, cubalah
usahakan sendiri kaedah-kaedah yang difikirkan berkesan. Anda penentu
kesihatan anda.
WaLlahhu a'lam.
|
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘...
Comments
Post a Comment