ANTARA SEBAB KENAPA BERTUDUNG LEBIH BAIK
1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat
perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah
cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti
itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak! menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda
dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10
dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah
berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.
3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat
dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan
mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir
dengan cepat dan baik.
4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut,
warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal
atau pergi ke salun.
5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut.
Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri
mengandungi bahan kimia merosakkan.
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal
yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana
kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi
panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu
dikagumi.
ARTIS INI MULA BERTUDUNG
ww.bulanpurnama.net
ARTIS INI MULA BERTUDUNG
1. Catriona Ross
~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin,
tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata.
Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke
arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung.
Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia
bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan
perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur.
Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari
Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke
hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati
saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi
teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir
untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula
suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada
tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi
drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa
apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut
dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan
beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang
dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung
Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip
yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia
terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar
serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu,
dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon
selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas
terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya
boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana
mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan
doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang
mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa
saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di
sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang
dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan
kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang
faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata
daripada mengalir.
2. Irma Hasmie
~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak
jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua
kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi
perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun
saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih
tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil
begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua
minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,”
jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui
hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah
Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki
ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat
dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang
untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa
yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma
yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.
3. Abby Abadi
~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka
tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur,
di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga
Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya.
Segala-galanya dipermudahkan.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban
kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering
diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang
memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu,
sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia
kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu
kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria
Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana
berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti
membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke
Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja
halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan
.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di
sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga
kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah,
memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak
dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan
juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon
datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi
terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat
menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada,
insya-Allah.
4. Diana Amir
~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga
bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang
semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa
bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah
ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang
rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada
saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama,
disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk
mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk
meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
“Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah
ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”
ww.bulanpurnama.net
Comments
Post a Comment