Tips Berhenti Merokok
by niaron
Merokok adalah haram! Itu
merupakan fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini. Namun, seperti semua maklum,
merokok adalah suatu ketagihan, ianya suatu yang mudah untuk dimulakan tetapi
sukar sekali untuk dihentikan.
Disini ingin saya kongsikan
beberapa tips yang saya tahu daripada persekitaran tentang cara untuk berhenti
merokok. Walaupun saya tidak merokok, namun tips ini adalah daripada pengalaman
di sekeliling saya.
Tips berhenti merokok:
1) Mental
- Kuatkan semangat dan keazaman
sehingga 100% yang anda benar-benar ingin berhenti merokok. Jangan putus asa.
- Akal dan fikiran kita hakikatnya
lebih kuat daripada fizikal kita.
- Sekiranya kita yakin kita mampu
berhenti merokok, itulah kesan yang kita bakal peroleh.
- Kajian menunjukkan ramai orang yang
mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan dengan hanya mempunyai pemikiran yang
positif.
- Maka, fikirkan anda boleh berhenti
merokok!
2) Fizikal
- Kecergasan fizikal amat penting bagi
setiap makhluk.
- Sihatkan tubuh badan dengan diet dan
senaman yang betul.
- Apabila tubuh badan sudah sihat dan
cergas, anda pasti tidak mahu merosakkannya dengan merokok. Tanpa rokok badan
anda kan lebih sihat lagi.
3) Gantikan rokok dengan suatu yang lain
- Makan buah sekiranya anda
berkeinginan untuk merokok. Ataupun kunyah gula-gula getah apabila benar-benar
ingin merokok.
- Seperti dikatakan tadi keazaman penting
jadi `anda perlu sentiasa melawan nafsu merokok tersebut.
- Sekiranya ada sesuatu didalam mulut
menggantikan rokok pasti anda tidak mahu merokok lagi.
4) Jauhi perokok
- Jangan selalu melepak bersama
kawan-kawan anda yang merokok.
- Keinginan anda untuk merokok berganda
apabila anda bersama-sama perokok.
- Cuba elakkan terlalu rapat dengan
mereka. Apabila berkumpul bersama lebih elok sekiranya anda bermain bola atau
melakukan aktiviti riadah.
5) Tambahkan aktiviti
- Lakukan lebih banyak aktiviti sama
ada menyibukkan diri di pejabat mahupun dirumah.
- Pasti anda akan lupa kehendak untuk
merokok kerana rokok selalunya hanya dihisap apabila anda sudah tidak punya
kerja untuk dilakukan.
- Aktiviti bersama keluarga adalah
paling berkesan kerana anda pasti tidak mahu asap rokok yang anda hisap disedut
oleh anak-anak anda, ataupun ahli keluarga yang lain. Ingatlah asap rokok yang
perokok hembus adalah lebih bahaya berbanding yang perokok sedut, maka
mangsanya adalah mereka yang disekeliling yang tidak pun merokok.
6) Rebut peluang di bulan Ramadhan
- Semua pun tahu, apabila puasa ramai
yang berazam untuk berhenti merokok. Rebutlah peluang bila Ramadhan tiba.
- Sekiranya anda mampu bertahan
sepanjang siang untuk tidak merokok, cubalah lanjutkan sehingga ke malam.
Jangan pula orang lain berbuka dengan nasi, anda berbuka dengan rokok.
7) Ingatlah keluarga tersayang
- Ini kisah benar, saya ada terjumpa
seorang hamba Allah yang merupakan seorang perokok tegar, tapi akhirnya dia
berhenti merokok hanya kerana dia sudah punya anak. Dia terus berhenti merokok
setelah mendapat seorang anak perempuan. Katanya, apabila teringatkan anaknya,
dia terus berazam untuk berhenti demi masa depan anaknya.
- Lihatlah kekuatan kasih sayang
tersebut, perlu diingat masih ada yang sayangkan anda dan masih ramai yang
memerlukan anda.
Juga kepada remaja-remaja
yang merokok (10-18 tahun) harus anda ingat, anda tidak layak merokok
berdasarkan undang-undang Negara dan tidak boleh merokok berdasarkan
undang-undang Islam. Kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang
merokok akan lebih terarah untuk
mengambil arak atau dadah kerana ketagihan rokok akan sampai pada satu tahap
yang tidak memuaskan maka remaja terutamanya akan mula beralih kepada sesuatu
yang lebih kuat.
Ingatlah rokok membunuh!
Saya telah jumpa ramai yang sakit, nazak, mati kerana rokok. Tidak kira tua
atau muda. Apa yang mereka katakan kepada saya hanyalah satu “alangkah bagusnya
kalau saya tak hisap rokok dulu”. Jadi, kepada semua orang yang merokok,
berhentilah! Anda takkan mahu menyesal di kemudian hari.
MARI KITA KATA SAYA BENCI ROKOK
MARI KITA KATA SAYA BENCI ROKOK
Wallahualam.
http://www.xpresi.org/tips-berhenti-merokok/
Comments
Post a Comment