IMAM GANGGU SOLAT DENGAN ZIKIR
Rukun Solat tu kan 13 perkara… Iaitu bermula dari Takbiratul Ihram hingga ke Salam…
Kenapa Imam2 masih mengekalkan mikrofon
di mulut mereka mengganggu solat mereka yang MASBUK dan MUWAFIK dengan
zikir zikir mereka??? Adakah mereka dikecualikan dari dosa2 mengganggu
orang solat kerana ada lesen imam (tauliah)???
Bukan kah zikir itu hukumnya hanya sunat…. dan solat itu hukumnya WAJIB???
Bukankah mengganggu orang solat itu dari perangai Syaitan??? Sama-sama lah kita memikirkannya….
Zikir-zikir Selepas Salam
1. Daripada Thauban RA katanya: “Dahulunya
Rasulullah SAW apabila selesai dari solat, baginda akan beristighfar tiga kali
dan membaca:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ،
تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.
Mafhumnya: “Ya Allah,
Engkaulah al-Salam[1],
dariMu keselamatan[2],
Maha berkat Engkau, wahai Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.”
Salah seorang perwayat hadis ini yang bernama al-Walid berkata: ”Aku bertanya
kepada al-Auza’ie: Bagaimanakah istighfar itu (untuk dibaca selepas solat)?”
jawab beliau:
أَسْتَغْفِرُاللهَ، أَسْتَغْفِرُاللهَ، أَسْتَغْفِرُاللهَ
Mafhumnya: ”Saya memohon
keampunan dari Allah 3x.” (HR Muslim)
2.
Daripada Warrad Maula
al-Mughirah bin Syu’bah katanya: “al-Mughirah pernah menulis kepada
Mu’awiyah bin Abi Sufyan: Bahawa Rasulullah SAW dahulunya apabila selesai
menunaikan solat dan memberi salam, baginda akan membaca:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ اْلحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَللَّهُمَّ لَا مَانِعَ
لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا اْلجَدِّ
مِنْكَ اْلجَدُّ
Mafhumnya: ”Tidak ada tuhan yang berhak disembah
sebenar-benarnya melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya
kekuasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu,
Ya Allah tidak ada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada
pula yang dapat memberi apa yang Engkau halang, tidak bermanfaat orang yang
memiliki kekayaan untuk terlepas dari azabMu.” (HR al-Bukhari
dan Muslim)
3.
Daripada ’Abdullah bin
Zubair RA katanya: ”Baginda
akan membaca setiap kali di penghujung solat dengan bacaan:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ
اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ
الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.
Mafhumnya:
“Tiada Tuhan (yang berhak disembah)
kecuali Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan
dan segala pujian. Dia Mahaberkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan
kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang hak disembah)
kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepadaNya. BagiNya nikmat, anugerah
dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepadaNya,
sekalipun orang-orang kafir sama membenci.” Seterusnya ‘Abdullah bin Zubair
berkata: Rasulullah SAW bertahlil dengan kalimat-kalimat ini pada penghujung
setiap kali solat.” (HR Muslim)
4.
Setelah membaca
zikir-zikir di atas, dianjurkan pula bertasbih seperti yang dilakukan oleh Nabi
SAW. Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW sabdanya: ”Sesiapa
yang bertasbih[3]
setiap kali selepas solat 33 kali, bertahmid[4]
33 kali, bertakbir[5]
33 kali, semuanya menjadi 99 kali, seterusnya membaca:
لاَ
إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Mafhumnya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan segala pujian. Dia
Mahaberkuasa atas segala sesuatu.” Akan diampun dosa-dosanya sekalipun seperti
buih di lautan.” (HR Muslim)
5.
Daripada ’Abdullah bin
’Amr RA, daripada Nabi SAW yang bersabda: ”Dua kebiasaan yang dipelihara
oleh seseorang hamba muslim, melainkan dia akan dimasukkan ke dalam syurga.
Kedua-dua perkara tersebut suatu yang
ringan (mudah), orang yang mengamalkannya pula adalah sedikit, iaitulah
bertasbih setiap kali selepas solat sebanyak 10 kali, bertahmid 10 kali,
bertakbir 10 kali, jadilah jumlahnya sebanyak 150 kali diucapkan dengan lisan
dan sebanyak 1500 pahala pada pertimbangan. Demikian juga bertakbir sebanyak 34
kali sebelum tidur, bertahmid 33 kali dan bertasbih 33 kali, semuanya menjadi
bilangan 100 kali diucapkan dengan lidah, manakala 1000 pahala pada
pertimbangan. Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah SAW berzikir dengan
zikir-zikir ini menggunakan tangan baginda. Pernah ditanya kepada baginda:
Wahai Rasulullah, mengapa kedua-dua kebiasaan ini ringan, namun sedikit yang
melakukannya? Baginda bersabda: ”Syaitan datang kepada seseorang dari kamu di
tempat tidurnya, lalu syaitan itu menjadikan dia tertidur sebelum orang tadi
sempat membaca zikir-zikir tersebut, demikian juga syaitan akan datang kepada
seseorang daripada kamu di dalam solatnya, lalu syaitan tadi menjadikan orang
itu teringat suatu urusan, sehingga dia tidak sempat membaca zikir-zikir
tersebut.” (Abu Daud, al-Tirmizi. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih
al-Targhib)
6.
Disunatkan
juga setiap kali selepas solat membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas. Daripada
‘Uqbah bin ‘Amir RA katanya:
أمرني رسول
الله صلى الله عليه وسلم أن أقرأ المعوذات دبر كل صلاة
Mafhumnya: “Rasulullah SAW
mengarahkan aku untuk membaca al-Mu’awwazat selepas setiap kali menunaikan
solat.” (HR Abu Daud dan al-Nasa’ie. Dinilai Sahih oleh al-ALbani di dalam Sahih
Abi Daud)
Al-Syeikh ‘Abd al-Razzak menyebut di
dalam Fiqh al-Ad’iyah wa al-Azkar: “Kebiasaannya yang dimaksudkan
dengan al-Mu’awwizat اَلْمُعَوِّذَاتُ iaitulah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas.”
7. Disunatkan juga
membaca ayat al-Kursi berdasarkan hadis daripada Abu Umamah RA katanya: “Rasulullah
SAW bersabda:
من قرأ
آية الكرسي في دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت
Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi di
penghujung setiap solat (selepas solat) fardhu, tiada sesuatu yang menghalang
(berada) antara dia dan dari memasuki syurga, melainkan kematian.” (HR
al-Nasa’ie di dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, dinilai Sahih oleh
al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)
al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitabnya Zad
al-Ma’ad: “Sampai kepadaku
tentang syeikh kami Abu al-‘Abbas Ibn Taimiah yang berkata: Saya tidak pernah
meninggalkannya selepas setiap kali solat.”
8. Membaca bacaan
yang dipesan oleh Nabi SAW kepada Mu’az bin Jabal RA, seperti kata Mu’az: “Suatu
hari Rasulullah SAW memegang tanganku dan bersabda: Wahai Mu’az, demi Allah
sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu, aku berpesan kepadamu agar
jangan kamu meninggalkan setiap kali selepas menunaikan solat untuk membaca:
اَللَّهُمَّ
أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Mafhumnya: “Ya Allah, bantulah daku untuk sentiasa
mengingatiMU, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kepadaMU.”
(HR Abu Daud dan al-Nasa’id. dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih
Abi Daud)
Berlaku
perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang waktu yang sebenarnya untuk dibaca
zikir ini. Apakah sebelum salam atau selepas salam. Syeikh al-Islam Ibn
Taimiyyah RH memilih pandangan yang berpendapat zikir ini dibaca selepas salam.
Wallahu a’lam.
[1]
Al-Salam adalah salah satu dari nama Allah SWT. Ia bermaksud Tuhan yang bebas
dari sebarang kekurangan dan keaiban. Ia bebas dari sebarang bentuk yang
menafikan kesempurnaanNya, bebas juga dari sebarang persamaan dan sekutu.
[2]
Bermaksud, keselamatan dari sebarang kebinasaan adalah anugerah dari Allah SWT semata-mata,
bukan dari selainNya.
[3]
Bertasbih ialah mengucapkan سُبْحَانَ اللهِ
[4]
Bertahmid ialah mengucapkan اَلْحَمْدُ لِلَّه
[5]
Bertakbir ialah mengucapkan اَللهُ أَكْبَرُ
Tidak akan terganggu solatnya, jika makmum yg muafiq @masbuk itu KHUSYUK solatnya.
ReplyDeleteJika berfikir begitu yg menyebabkan anak-anak kecil tidak dibenarkan ke masjid kerana pasti membuat bising (fitrah kanak-kanak suka bermain)yg menyebabkan bukan sahaja solat makmum terganggu, malah imam pun pasti terganggu. Padahal RUH masjid yg akan membentuk anak-anak kecil itu....
Lagi pun imam tu berzikir utk membesarkan Allah,itu sepatutnya tidak dianggap sbg gangguan. Takkan nak samakan dgn syaitan kot.Zikir imam itu utk membantu makmum yg habis solat bersama imam juga menghafal zikir (mana tahu ada makmum yg masih jahil ttg zikir).
Sekadar pandangan...