Kenali Negeri Perlis Indera Kayangan

 



Asal usul Negeri Perlis

Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.

Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.

Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.

Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.

Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Perlis Indera kayangan unik sekali. Kedudukan geografinya yang jauh ke utara Semenanjung menjadikan landskap dan cuacanya cukup berbeza berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Bersempadan dengan daerah Satun, Thailand, Perlis dikurniakan kawasan seluas 795 kilometer persegi dengan keindahan alam semula jadi dan tarikan suasana kehidupan tradisional.

Kebanyakan landskap semula jadinya berupa dataran yang dipenuhi sawah-sawah padi, ladang-ladang tebu, ladang getah dan lain-lain kebun buah-buahan.Cuaca di negeri ini amat sesuai bagi penanaman mangga, hinggakan nama Perlis cukup sinonim dengan harumanis. Justeru, setiap tahun sekitar bulan Mei, negeri ini pasti akan dipenuhi dengan pencinta mangga bagi mendapatkan pelbagai mangga termasuk harumanis, mas indera, mas muda, chokanan dan sala.

Sepanjang musim kemarau yang bermula sekitar bulan Januari pula iaitu selepas padi dituai, cuaca yang sentiasa cerah dengan tiupan angin yang kencang membolehkan anda menyaksikan permainan layang-layang pelbagai warna dan bentuk di udara seluruh pelosok negeri.

Ladang tebu terbesar

Kalau bukan kerana bersaing untuk pertandingan Green Rough Road Rally (GRRR!) edisi Perlis, mungkin penulis tidak menyedari bahawa ladang tebu terbesar negara berada di negeri Perlis iaitu di Chuping.Bandar kecil itu mendapat nama daripada sebuah bukit batu kapur iaitu Bukit Chuping, merangkumi kawasan perladangan tebu seluas kira-kira 22,000 hektar.Cuba memandu sendiri di jalan raya utama Chuping yang membelah ladang tebu itu dan alami sendiri pemandangan hijau yang cukup menakjubkan di kiri kanan anda yang kelihatan bagai tiada penghujung.

Sekiranya anda menaiki keretapi dari arah selatan, Chuping terletak di dalam perjalanan ke Padang Besar, yang juga syurga membeli-belah utama sempadan Malaysia -Thailand.

Antara produk-produk utama yang menjadi tarikan pengunjung Padang Besar selain di bazaar Wang Kelian ialah pelbagai pilihan barangan kraftangan perak, perkakasan dapur, perhiasan dan pakaian.

Tarikan semulajadi utama Perlis pula ialah Taman Rekreasi Gua Kelam yang terletak di pekan Kaki Bukit, tidak jauh dari Wang Kelian. Gua Kelam merupakan gua yang cukup besar sekitar 370 meter dan mempunyai formasi batu kapur yang cukup menarik. Ia terletak bersebelahan Gua Kelam 2 yang menjanjikan pengembaraan mencabar untuk mereka yang lebih lasak.
Penempatan purba

Perlis juga mempunyai bukti arkeologi penempatan manusia purba seawal 5,000 tahun dahulu. Ekskavasi arkeologi telah membuktikan Gua Bintong sebagai penempatan kebudayaan Hoabinhian.

Selain itu, serpihan seramik serta alat batu termasuk kapak batu dari zaman Neolotik berusia kira-kira 2,000 tahun juga ditemui di gua tersebut.

Selain Bandar diRaja Arau, Muzium Kota Kayang juga perlu dilawati oleh peminat seni dan sejarah.

Menariknya, semasa dibina, artifak prasejarah termasuk serpihan seramik, sejenis bikar dari budaya Neolitik Ban Kao dan kapak-kapak batu berkualiti tinggi telah ditemui di tapak muzium.

Juga terdapat penemuan bekas seramik berusia di antara 2,200 hingga 2,600 tahun yang berasal dari India yang mungkin membuktikan interaksi dengan masyarakat India purba.

Seperti negeri-negeri lain, Perlis juga kaya dengan aneka makanan tradisional. Uniknya, makanan tradisi yang mesti dirasa di negeri ini iaitu Laksa Perlis dan Nasi Gulai Kawah adalah hidangan berat yang biasanya disajikan untuk sarapan atau minum pagi.

Selain itu, kata seorang warga Perlis, pelawat mesti juga menjamah masakan lemak rebung kerana rebung Perlis atau rebung madu, meskipun lebih kurus dan kecil berbanding rebung-rebung negeri lain, rasanya lebih lemak dan enak.

ASAL USUL PERLIS .

Asal Nama Negeri Perlis

Sejarah tentang asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Ada banyak kisah atau asumsi yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut adalah beberapa asumsi atau kisah yang diketahui: -

* Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia yaitu Haji Buyong Adil, ada beberapa cerita yang mengisahkan konon nama Perlis itu berasal dari kata Siam yaitu "Phrau Loi" (Maphrau Loi) yang berarti kelapa hanyut. Kata tersebut telah dipelat dan diperpendek bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi 'pereleh' atau Perlis.

* Sumber kedua menyatakan bahwa konon nama negeri Perlis berasal dari kata 'peroleh' yang berarti karunia dari pemerintah Barat. Kata itu disingkat lalu menjadi Perlis.

* Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya dari nama sebuah kuburan di Bukit Mengulang yaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama terkemuka di Nusantara yaitu Tok Perlis.

* Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal dari kata 'perlus'. Kebanyakan tanah dalam di Perlis adalah tanah sawah. Pada musim kemarau, sawah akan merekah. Barang siapa yang berjalan akan 'terperlus'. Dari kata perlus itulah, Perlis mendapat namanya.

* Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercaya bahwa nama negeri Perlis berasal dari nama sejenis pohon yang disebut pohon perlis. Pokok ini dulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, khususnya di area pinggir sungai. Kini, pohon perlis ini telah punah.

Meskipun ada banyak kisah atau asumsi tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahwa negeri Perlis dinamakan sehubungan dengan nama pohon perlis

Sejarah Negeri Perlis

Secara historis, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan keberadaan negeri ini. Periode setelah pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 karena berdasarkan cara hidup masyarakat setempat.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan gambar negeri tersebut. Ada beberapa pendapat yang berbeda mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato 'Yazid bin Mat dalam buku mereka yaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu "Pohon Perlis". Ketika itu, koloni Perlis adalah di tenggara perbatasan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Malaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahwa area jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan reaksi penduduk lokal secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mengatur ke pembesar lokal untuk mengatur Barat, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok diangkat sebagai Gubernur, sedangkan Said Husein Perlis sebagai Wakil. Detik ini adalah detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengakuan dari status koloni ke status sebuah negeri naungan.

Asal Usul Bandar Kangar 
Kangar dibuka pada tahun 1653 oleh Tok Peduka, Orang Besar pada zaman pemerintahan Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652-1661). Pada ketika itu terdapat Pohon Kangar di Sungai Perlis dan dinamakan tempat itu sebagai Pelabuhan Pohon Kangar. Kini selepas 350 tahun, ia tetap megah menjadi ibu negeri kebanggaan rakyat Perlis.

MAKANAN POPULAR PERLIS :

Sejenis makanan yang popular di kalangan masyarakat tani di negeri ini iaitu 'ringgi' dan 'emping' kini mula menjadi perhatian semua golongan apabila musim timur melanda Perlis.

Keenakan rasanya yang sedap ini hanya dapat dirasai setahun sekali sahaja iaitu pada musim timur atau kini sedang popular dengan sebutan 'winter wind' di kalangan penduduknya.

Bagi kebanyakan petani yang menanam benih padi pulut ini, masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat ringgi dan emping sementara menunggu padi di sawah masak atau menguning.

Menurut kebanyakan petani yang menanam dan membuatnya, tidak semua petani menanam benih padi ini memandangkan kepada kesukaran untuk menghasilkannya, tambahan jika tiada peralatan yang lengkap.

''Untuk menghasilkan rasanya yang sedap, cara buatan tradisional hendaklah dikekalkan iaitu memerlukan penggunaan lesung batang atau indik, '' kata Rokiah Ismail yang ditemui di Pesta Musim Timur Negeri Perlis baru-baru ini.

Menurutnya,ringgi dibuat sewaktu padi pulut masih hijau menggunakan lesung batang, manakala emping pula dibuat sewaktu padi tersebut telah menjadi sedikit kuning dengan menggunakan lesung tangan.

Minah Ahmad yang telah lama membuat ringgi berkata, kebiasaannnya emping dibuat setelah padi pulut tersebut tidak sempat dibuat ringgi atau terlebih tempoh akibat kesibukan petani ataupun padi itu terlalu banyak dan tenaga pembuatnya
sedikit.

Katanya untuk membuat ringgi atau emping yang telah diketam (dikerat) tangkainya memerlukan antara empat hingga enam orang. Selalunya terdiri daripada ahli keluarga atau jiran tetangga.

Ada yang ditugaskan untuk meleraikan padi tersebut daripada batangnya sebelum padi itu digoreng di dalam belanga (kuali) oleh yang lain.

Setelah padi tersebut berbunyi dan kekuningan, ia akan diangkat dari atas api untuk ditumbuk menggunakan lesung indik atau lesung tangan sebelum ditampi antahnya secara begilir.

Bagi golongan petani yang membuat makanan istimewa mereka ini, sudah menjadi tradisi dan budaya di kampung pak tani, ahli keluarga dan jiran tetanggaakan berkumpul untuk memeriahkan suasana sambil mewujudkan semangat kerjasama.

''Sudah menjadi kebiasaan kami apabila tiba musim untuk membuat ringgi atau emping, semua akan berkumpul dan sama-sama bekerja sambil menyiapkan hidangan tengah hari yang terdiri daripada masakan kampung sambil menunggu ringgi siap dibuat menjelang petang hari, '' kata mereka mesra.

Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak).

Jauh dari kesibukan kota, Indera Kayangan tetap gah dengan pembangunan dan pembaharuannya. Masa yang beredar pergi tidak pernah melupakan tentang tradisi, adat dan budaya.
 http://mrbelia.pun.bz
PROFIL PERLIS
Perlis merupakan destinasi yang paling sesuai untuk percutian yang bersifat semulajadi kerana ia jauh dari kesibukan kota yang mana anda tidak perlu berebut dengan kesesakan lalu lintas, persekitarannya yang segar semulajadi dan yang paling utama ialah kos perbelanjaan di Perlis ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan bandar besar.

Dari bulan Januari sehingga April, cuaca di sini selalunya panas dan kering. Manakala dari bulan September sehingga Disember adalah musim hujan. Suhu direkodkan di antara 21°c hingga 32°c dan purata hujan tahunannya di antara 2000ml hingga 2500ml setahun.

Walaupun Negeri Perlis kecil, ia tidak terkecuali dengan tarikan produk pelancongan dan ia mampu memberikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang datang ke Perlis.

 
Disini juga, pengunjung dapat disajikan dengan keindahan desa di pendalaman dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas.
Asal Usul Perlis
Sejarah bermula pada tahun 1821 di mana pada ketika itu berlakunya tindak balas besar-besaran daripada penduduk tempatan ke atas penjajahan Siam ke atas Kedah. Akibat daripada peristiwa tersebut, pihak Siam berundur dan pembesar tempatan telah diberi kuasa untuk mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu, dan Perlis. Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor di negeri Perlis. Timbalan Gabenor bagi negeri Perlis pada ketika itu ialah Syed Hussin Jamalullail. Inilah detik bersejarah bagi negeri Perlis di mana telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada sebuah negeri naungan.
Asal Usul Bandar Kangar

Kangar dibuka pada tahun 1653 oleh Tok Peduka, Orang Besar pada zaman pemerintahan Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652-1661). Pada ketika itu terdapat Pohon Kangar di Sungai Perlis dan dinamakan tempat itu sebagai Pelabuhan Pohon Kangar. Kini selepas 350 tahun, ia tetap megah menjadi ibu negeri kebanggaan rakyat Perlis.
Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Negara Thailand manakala di sebelah selatan Perlis pula berjiran dengan Negeri Kedah. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 810km persegi dengan jumlah penduduk 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan bandar Di Raja yang terletak 10 km dari bandar Kangar.

Bendera Negeri Perlis terdapat dua warna iaitu kuning dan biru. Warna kuning di sebelah atas menandakan kedaulatan raja yang memerintah. Sementara warna biru merupakan rakyat yang bersatu-padu dan bersefahaman. Adalah dipercayai bendera Negeri Perlis ini juga direkacipta oleh Megat Puteh bin Hj. Abdullah pada tahun yang sama direkacipta lambang Negeri Perlis iaitu pada tahun 1939 sempena Raja Syed Alwi merayakan hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke 57 dan genap 35 tahun baginda menaiki takhta Negeri Perlis iaitu pada 29 Jun 1939. 


Sumber: Warisan Indera Kayangan PPANPs

Lambang Negeri Perlis terdapat 7 rangkaian biji padi sebelah-menyebelahnya. Pada setiap rangkaian itu terdapat 22 biji yang bererti 22 mukim terdapat di Negeri Perlis pada waktu itu. Di tengah lambang tersebut terdapat perisai yang merupakan tanda kebanggaan dan kehormatan serta lambang pertahanan negeri daripada sebarang pencerobohan. Di dalamnya mengandungi 22 biji pada berwarna kuning yang telah masak menunjukkan hasil dan makanan utama rakyat Negeri Perlis. Di tengah lingkaran tersebut terdapat perkataan Perlis menggunakan tulisan jawi, sebagai tulisan identiti orang Melayu dan Negeri Perlis.

Warna hijau melambangkan kesuburan hasil mahsul Negeri Perlis terutama sekali tanaman padi. Warna tersebut juga merupakan lambang kedamaian dan keharmonian rakyat negeri ini.


Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan Negeri Perlis kerana kekayaan hasil padinya.
 
Sumber: Warisan Indera Kayangan PPANPs
 http://www.perlis.gov.my

Comments

Popular posts from this blog