Sebahagian Sunnah yang dilupakan
1. Bernafas tiga kali luar dari cawan ketika minum.
Daripada Anas RA katanya:
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يتنفس في الشراب ثلاثاً ويقول: «إنه أروى وأبرأ وأمرأ
Mafhumnya: “Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum[1], beliau bersabda: Sesungguhnya ia lebih menghilangkan dahaga, terhindar dari penyakit dan lebih selesa untuk perut.”
2. Mencampurkan Laban (susu masam) dengan Air
Daripada Anas RA katanya:
أتي بلبنٍ قد شيب بماء، وعن يمينه أعرابيٌ، وعن يساره أبو بكر، فشرب ثم أعطى الأعرابي وقال: «الأيمنُ فالأيمنُ»
Baginda
pernah dibawakan Laban yang telah dicampurkan dengan air, sebelah kanan
baginda ada seorang Arab Badawi dan sebelah kiri baginda Abu Bakar.
Lalu baginda minum setelah itu menyerahkannya kepada Arab Badawi
tersebut dan bersabda: Dahulukan yang sebelah kanan.” (HR al-Bukhari dan
Muslim)
3. Berdoa Selepas Meminum Laban
Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:
دخلت
مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أنا و خالد بن الوليد على ميمونة،
فجاءتنا بإناءٍ من لبنٍ، فشرب رسول الله، وأنا على يمينه وخالد على شماله،
فقال لي: «الشربة لك فإن شئت آثرت بها خالداً» فقلت: ما كنت أوثر على سؤرك
أحداً، ثم قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : «من أطعمه الله الطعام
فليقل: اللهم بارك لنا فيه، وأطعمنا خيراً منه. ومن سقاه الله لبناً فليقل:
اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه» وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-:
«ليس شيء يجزئ مكان الطعام والشراب غير اللبن
Mafhumnya: “Saya
masuk bersama Rasulullah SAW dan juga Khalid bin al-Walid menemui
Maimunah. Lalu Maimunah mendatangkan sebekas berisi Laban, lalu
Rasulullah SAW minum, ketika itu saya berada di sebelah kanan baginda
dan Khalid berada di sebelah kiri baginda. Lalu baginda bersabda kepada
saya: “minuman berikutnya untuk mu, Jika kamu mahu kamu boleh
menyerahkannya kepada Khalid.” Saya menjawab: “Saya tidak akan serahkan
bekas minumanmu kepada seseorang yang lain.” Kemudian Rasulullah SAW
bersabda: Sesiapa yang diberi makan oleh Allah, hendaklah dia
mengucapkan:
اللهم بارك لنا فيه، وأطعمنا خيراً منه
Maksudnya: “Ya Allah berkatikanlah kami pada makanan ini, dan berikanlah makanan yang lebih baik daripadanya.” Dan sesiapa yang Allah beri minum kepadanya, maka hendaklah dia ucapkan:
اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه
Mafhumnya: “Ya Allah berkatikanlah kami padanya, dan tambahkan lagi kepada kami.” Sabda Rasulullah SAW: “Tiada sesuatu yang lebih dapat memenuhi makan dan minum selain Laban.”
4. Sunat Berkumur Selepas Meminum Laban dan seumpamanya yang lain.
Daripada Ibn ‘Abbas RA:
ان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - شرب لبنًا فمضمض وقال: إن لـه دسمًا
Mafhumnya: “Bahawa Rasulullah SAW meminum Laban, kemudian baginda berkumur, dan bersabda: Sesungguhnya padanya ada lebihan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
5. Sunat bagi orang yang bersin untuk memuji Allah sekalipun ketika Solat.
Daripada Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami katanya:
بينما
أنا أصلي مع رسـول الله - صلى الله عليه وسلم-. إذ عطس رجلٌ من القوم
فقلت:يرحمك الله، فرماني القوم بأبصارهم! فقلت: واثُكل أُمِّياه ما شأنكم؟
تنظرون إليِّ فجعلوا يضربون بأيديهم على أفخاذهم.فلما رأيتهم يُصمتونني
لكني سكتُّ. فلما صلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فبأبي هو وأمي ما
رأيت معلماً قبله ولا بعده أحسن تعليماً منه فو الله ما كهرني ولا ضربني
ولا شتمني قال: «إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شيء من كلام الناس، إنما هو
التسبيح والتكبير وقراءة القرآن
Mafhumnya: “Ketika
saya sedang menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang
lelaki bersin, saya ucapkan kepadanya Yarhamukallah. Lalu semua orang
melihat kepada saya, sayapun bertanya: Mengapa kamu semua melihat saya?”
merekapun menepuk tangan mereka ke peha saya, saya lihat
mereka semua menghendaki saya diam. Apabila selesai solat, Sungguh saya
tidak pernah melihat seorang guru sebelum dan selepas baginda yang lebih
baik pengajarannya daripada Baginda, demi Allah baginda tidak
memasamkan muka kepada saya, tidak memukul dan tidak mengata saya,
baginda bersabda: Sesungguhnya bagi solat itu, tidak wajar di dalamnya
dimasukkan perkataan manusia, sebaliknya hanyalah untuk tasbih, takbir
dan bacaan al-Quran.” (HR Muslim)
6. Berdoa selepas Wudhu’ dengan membaca: سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك
Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya: Sabda Rasulullah SAW:
من توضأ فقال: سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك، كتب بمارق ثم جعلت في طابع فلم يكسر إلى يوم القيامة
Mafhumnya: “Sesiapa yang berwudhu, kemudian menyebut:
سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك
Mafhumnya: “Maha
suci Engkau ya Allah dan segala pujian untuk Mu, tidak ada tuhan
melainkan Engkau, saya memohon keampunan dan bertaubat kepadaMu.”, akan dicatit di atas kertas putih, kemudian akan ditempa dan ia tidak akan pecah hingga ke hari kiamat.”
Al-‘Allamah al-Albani berkata di dalam al-Irwa’ 1/135: “Faedah: Disunatkan juga selepas berwudhu untuk membaca bacaan di atas berdasarkan hadith Abi Sa’id…”
7. Berdoa ketika mendengar kokokan Ayam dan beristi’azah ketika mendengar rengekan Keldai dan salakan anjing.
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Sabda Rasulullah SAW:
إذا سمعتم صياح الديكة فاسألوا الله من فضله، فإنها رأت ملكاً. وإذا سمعتم نهيق الحمار، فتعوذوا بالله من الشيطان، فإنه رأى شيطاناً
Mafhumnya: “Apabila
kamu mendengar kokokan ayan jantan, maka mintalah daripada Allah
kelebihannya, kerana sesungguhnya dia melihat malaikat, dan apabila kamu
mendengar rengekan keldai, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari
syaitan, kerana sesungguhnya ketika itu dia melihat syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
8. Doa ketika angin kencang dan perihal Nabi pada ketika itu.
Daripada Aisyah R.A. beliau berkata: Jika sekiranya angin bertiup kencang, Rasulullah akan berdoa:
اللهم إني أسألك خيرها وخير ما فيها وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما فيها وشر ما أرسلت به
Mafhumnya: “Ya
Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan yang ada di dalamnya serta
kebaikan dari apa yang diutuskan dengannya, dan aku berlindung dengan Engkau dari keburukannya dan keburukan yang ada di dalamnya serta keburukan dari apa yang diutuskan dengannya.”
Aisyah berkata:
وإذا تخيلت السماء تغير لونه وخرج ودخل وأقبل وأدبر فإذا مطرت سُري عنه فعرفت ذلك في وجهه
Mafhumnya: “Apabila
langit berawan gelap dan berubah warnanya, baginda keluar dan masuk ke
dalam rumah, pergi ke hadapan dan ke belakang (seperti dalam
kebimbangan), apabila hujan turun kebimbangan baginda itu hilang,
perkara itu dikenali dari raut wajah baginda.”
‘A-isyah berkata: Lalu saya bertanya kepada baginda, lalu baginda menjawab:
لعله يـا عائشة كما قـال قوم عـاد
Mafhumnya: “Barangkali ia wahai ‘A-isyah sepertimana yang dikatakan oleh kaum ‘Aad:
$£Jn=sù çn÷rr&u‘ $ZÊÍ‘%tæ Ÿ@Î6ø)tGó¡•B öNÍkÉJtƒÏŠ÷rr& (#qä9$s% #x‹»yd ÖÚÍ‘%tæ $tRãÏÜøÿ’E 4 ö@t/ uqèd $tB Läêù=yf÷ètGó™$# ¾ÏmÎ/ ( ÓxƒÍ‘ $pkŽÏù ë>#x‹tã ×LìÏ9r& ÇËÍÈ
Mafhumnya: “Maka
tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke
lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan
menurunkan hujan kepada kami". (Bukan!) bahkan Itulah azab yang kamu
minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab
yang pedih.” (al-Ahqaf: 24 – HR al-Bukhari dan Muslim)
9. Doa orang yang mengumpulkan sedekah kepada orang yang memberi sedekah
Allah ta`ala berfirman:
õ‹è{ ô`ÏB öNÏlÎ;ºuqøBr& Zps%y‰|¹ öNèdãÎdgsÜè? NÍkŽÏj.t“è?ur $pkÍ5 Èe@|¹ur öNÎgø‹n=tæ ( ¨bÎ) y7s?4qn=|¹ Ö`s3y™ öNçl°; 3 ª!$#ur ìì‹ÏJy™ íOŠÎ=tæ ÇÊÉÌÈ
Mafhumnya:
“ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah kepada mereka.
Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan
Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (al-Taubah: 103)
Ibnu
kathir berkata: (Firman Allah yang bermaksud): “berdoalah kepada
mereka” membawa maksud: Berdoa dan pintalah keampunan untuk mereka.”
Diriwayatkan
daripada Abdullah Ibni Abi Aufa R.A yang berkata: “sekiranya ada satu
kaum datang memberi sedekah, Rasulullah akan berdoa: Èاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ, apabila ayahku Abi Aufa R.A. datang membawa sedekahnya, Beliau berdoa: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِيْ أَوْفَى (HR Muslim 6078)
Imam nawawi berkata: “Dan
mazhab kami yang masyhur (pandangan yang masyhur) dan mazhab ulama
keseluruhannya, berdoa untuk orang yang mengeluarkan zakat adalah sunnah
dan sunat bukan wajib.”
10. Memperbanyakkan memohon keampunan dalam sesuatu majlis (majlis zikir atau ilmu).
عن
عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - قال: «إن كنا نعد لرسول الله - صلى
الله عليه وسلم - في المجلس الواحد مائة مرة: رب اغفر لي. وتب عليَّ إنك
أنت التواب الرحيم»
Sebahagian Sunnah yang dilupakan
1. Meninggalkan janji melakukan sesuatu perkara kerana maslahah dan diikuti dengan membayar kafarah.
عن أبي هريرة - رضي الله عنه- قال: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم- قال: «من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليكفر عن يمينه وليفعل) .مسلم والترمذي (
Daripada
Abu Hurairah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesiapa yang berjanji atas sesuatu, setelah itu dia melihat perkara
lain lebih baik dari yang telah dijanjikannya, maka hendaklah dia
membayar kafarah atas janji yang telah dilakukannya itu seterusnya dia
melakukan perkara yang dilihatnya lebih baik itu.” (HR Muslim dan
al-Tirmizi)
2. Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai.
al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316:
سجود الشكر سنة عند حدوث نعمة طالما كان ينتظرها، أو اندفاع بلية ينتظر انكشافها
Mafhumnya:
“Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan)
yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang
dinantikan tersingkap.”
Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/360:
وكان من هديه - صلى الله عليه وسلم - وهدي أصحابه، سجود الشكر عند تجدد نعمة تسر، أو اندفاع نقمة
Adalah
termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud
syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar
dari musibah.
3. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi.
Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan tentang kisah taubat Ka`ab ibnu Malik RA katanya:
فقام إليّ طلحة بن عبيد الله يُهرول حتى صافحني وهنَّاني
Mafhumnya: “Talhah bin ‘Ubaidillah berdiri lalu datang dengan tergesa-gesa kepadaku lalu bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku.”
Ibn
al-Qayyim menyebut dalam Zad al-Ma`ad: “Dan di dalamnya dalil
menunjukkan keharusan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat
kebaikan agama, berdiri apabila berjumpa dan bersalaman dengannya. Ini
adalah sunnah yang digalakkan.”
4. Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.
جاء
من رواية أسماء بن الحكم الفزاري عن علي - رضي الله عنه -عن أبي بكر
الصديق - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: «ما من رجلٍ
يذنب ذنباً، ثم يقوم فيتطهر، ثم يصلي - وفي رواية ركعتين - ثم يستغفر الله
إلاّ غفر الله له
Daripada
Asma binti al-Hakam al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar
As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiadalah seseorang lelaki yang
melakukan dosa, kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat –
di dalam satu riwayat mengatakan solat dua rakaat - kemudian dia
memohon keampunan daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan
kepadanya.”
5. Bersedekah ketika bertaubat
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan kisah Ka`ab RA yang berkata:
قلت يا رسول الله إن من توبتي أنَّ أنخلع من مالي صدقة إلى الله وإلى رسوله قال رسول الله: أمسك عليك بعض مالك فهو خيرٌ لك
Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya termasuk dari taubatku, aku akan memberi sedekah dari hartaku ke jalan Allah dan rasulNya. Rasulullah bersabda: Simpanlah sebahagian dari hartamu itu, maka ia adalah lebih baik bagimu.”
Ibn
al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 3/585-586: Perkataan Ka`ab,
Wahai Rasulullah sesungguhnya termasuk dari taubatku, bahawa aku akan
memberi sedekah dengan hartaku, merupakan dalil sunatnya bersedekah
ketika bertaubat dengan apa yang mampu dari harta.”
6. Bertakbir dan Bertasbih Ketika Kehairanan dan Keingkaran
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
أنه
لقيه النبي - صلى الله عليه وسلم - في بعض طرق المدينة، وهو جنب فانسل،
فذهب فاغتسل، فتفقده النبي - صلى الله عليه وسلم - فلما جاء قال: أين كنت
يا أبا هريرة؟ قال: يا رسول الله لقيتني وأنا جنب، فكرهت أن أجالسك حتى
أغتسل، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : «سبحان الله ! إن المسلم لا
ينجس»
Mafhumnya: “Beliau
pernah berjumpa dengan Nabi SAW di jalan-jalan di Madinah, sedangkan
beliau berada dalam keadaan berjunub, lalu beliau berpaling dan pergi
untuk mandi janabah, kemudian beliau mendapatkan Nabi SAW, ketika beliau
sampai, baginda bertanya: Kemana engkau wahai Abu Hurairah? Beliau
menjawab: Wahai Rasulullah, Engkau bertemu dengan ku, sedangkan aku
dalam keadaan berjunub, lalu aku tidak suka untuk bersama denganmu dalam
keadaan demikian sehingga aku mandi (janabah) terlebih dahulu. Lalu
Rasulullah SAW bersabda: Maha Suci Allah, sesungguhnya seorang muslim
itu tudak najis.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
وإني لأرجو أن تكونوا ربع أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: ثلث أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: شطر أهل الجنة فكبرنا
Mafhumnya: “Dan
sesungguhnya aku, benar-benar mengharapkan kamu semua (umat baginda
SAW) menjadi satu perempat dari ahli syurga” lalu kami bertakbir,
kemudian baginda bersabda: “satu pertiga dari Ahli Syurga.” Lalu kami
bertakbir, kemudian baginda bersabda: “Satu perdua ahli syurga.” Lalu
kami bertakbir.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
7. Sunat menulis wasiat.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda
ما حق امرىء مسلم لـه شيء يوصي به؟» وفي رواية: «له شيء يريد أن يوصي به» أن يبيت ليلتين وفي رواية: «ثلاث ليالٍ» إلا ووصيته مكتوبة عنده
Mafhumnya: “Tidak
patut bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak
diwasiatkan – di dalam riwayat yang lain – baginya ada sesuatu yang
hendak diwasiatkan, untuk dia bermalam selama dua malam – dalam riwayat
yang lain – selama tiga malam, melainkan wasiatnya tertulis di sisinya.”
8. Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu.
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
كان
لرجل على النبي - صلى الله عليه وسلم - جملٌ ٍسنٌ من الإبل، فجاءه يتقاضاه
فقال: (أعطوه) فطلبوا سنه، فلم يجدوا إلا سناً فوقها، فقال أعطوه) فقال: أوفيتني أوفى الله بك. فقال النبي - صلى الله عليه وسلم-: إن خياركم أحسنكم قضاء
Mafhumnya: “Dahulunya
ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia
yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta
yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda: Berikan kepadanya, maka para
sahabat mencari unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak
mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya. Lalu baginda (SAW)
bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki itu: kamu telah memenuhi
(membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah memenuhi (janjiNya)
kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang lebih baik di
kalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang.” (HR al-Bukhari)
9. Termasuk
dari petunjuk Nabi S.A., baginda tidak menarik tangan ketika bersalaman
sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.
Daripada Anas bin Malik RA katanya:
كان إذا صافح رجلاً لم يترك يده حتى يكون هو التارك ليد رسول الله - صلى الله عليه وسلم
Mafhumnya: “Adalah
baginda (SAW) apabila bersalaman dengan seseorang lelaki, baginda tidak
akan menarik tangan, sehinggalah lelaki itu yang terlebih dahulu
menarik tangannya.” (HR Imam Muslim, Ibnu Majah, al-Baghawi dalam
syarah sunnah dan Ibnu Hibban serta selain mereka. Hadith ini telah
disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab al-Silsilah as-Sahihah.)
10. Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan mendahulukan kaki kiri ketika menanggalkannya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمين، وإذا انتزع فليبدأ بالشمال، لتكن اليمنى أولهما تَنْعَل وآخرهما تنزع
Mafhumnya: “Apabila seseorang dari kamu memakai kasut, maka mulakan dengan sebelah kanan, apabila hendak mencabutnya mulakan dengan sebelah kiri. Jadikan kaki kanan itu permulaan ketika memakai kasut dan yang akhir ketika menanggalkannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarah Sahih Muslim 2/163: “Ini
merupakan kaedah yang berterusan dalam syara`, setiap perkara yang
termasuk di dalam bab menghormati dan memuliakan seperti memakai baju,
seluar dan juga khuf, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong
kuku, memendekkan misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak,
mencukur rambut, memberi salam dari solat, membasuh anggota ketika
bersuci, keluar dari tandas, makan dan minum, bersalaman
dan melakukan Istilam kepada Hajar al-Aswad, dan selainnya yang termasuk
dalam maknanya (menghormati dan memuliakan), disunatkan memulakan
dengan kanan. Adapun apa yang berlawanan denganya seperti memasuki
tandas, keluar dari masjid, mengeluarkan lender (dari hidung), istinja’,
membuka baju, seluar dan khuf, dan seumpamanya, disunatkan memulakan
dengan kiri. Semua ini kerana disebabkan kemuliaan kanan dan Allahlah
yang lebih mengetahui.”
11. Kadang-kadang berjalan tanpa memakai kasut
عن
عبد الله بن بريدة أن رجلاً من أصحاب النبي - صلى الله عليه وسلم - رحل
إلى فضالة بن عبيد وهو بمصر فقدم عليه، فقال : أما إني لم آتك زائراً،
ولكني سمعت أنا وأنت حديثاً من رسول الله - ? - رجوت أن يكون عندك من علم
قال: وما هو ؟ قال: كذا وكذا قال : فما لي أراك شعثاً وأنت أمير الأرض ؟
قال: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان ينهانا عن كثير من الإرفاه. قال :لا أرى عليك حذاءً ؟ قال: كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يأمرنا أن نحتفي أحياناً
Mafhumnya: “Daripada
Abdullah bin Buraidah, bahawasanya seorang lelaki dari kalangan sahabat
Nabi SAW, pergi menemui Fadholah bin `Ubaid di Mesir. Ketika bertemu
dengannya, lelaki itu berkata: Saya bukan datang untuk menziarahimu,
akan tetapi saya mendengar bahawa saya dan anda pernah mendengar satu
hadith dari Rasulullah SAW, saya berharap anda memiliki maklumat
tentangnya. Fadholah berkata: apakah perkara itu? Lelaki itu berkata:
demikian dan demikian, lalu dia berkata lagi: mengapa saya melihat
keadaan kamu tidak terurus, sedangkan kamu adalah pemimpin di tanah ini?
Fadholah menjawab: sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami daripada
banyak berhias. Lelaki itu bertanya lagi: aku melihat kamu tidak memakai
kasut. Fadholah menjawab: Nabi SAW pernah menyuruh kami agar tidak
memakai kasut sekali-sekala.”
12. Menghalang kanak-kanak keluar rumah ketika maghrib dan menutup bekas makanan dan minuman pada waktu malam.
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya:
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : «إذا جُنح [جُنح الليل: ظلامه[الليلُ أو - أمسيتم - فكفوا صبيانكم، فإن الشيطان ينتشر حينئذٍ
Mafhumnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya hampir waktu malam, maka halanglah
anak-anak kamu (dari keluar rumah), kerana sesungguhnya syaitan
bertebaran pada ketika itu.”
13. Membiarkan tubuh badan terkena air hujan ketika hujan turun
Daripada Thabit al-Banani, daripada Anas RA yang berkata:
أصابنا
ونحن مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - مطرٌ. قال: فحسر [أي كشف كما في
مختار الصحاح ص135] رسول الله - صلى الله عليه وسلم- ثوبه حتى أصابه من
المطر فقلنا: يا رسول الله لم صنعت هذا؟ قال: «لأنه حديث عهد بربه تعالى»
Mafhumnya: “Kami
pernah dituruni hujan ketika bersama dengan Rasulullah SAW, beliau
(Anas) berkata: Maka Rasulullah SAW membuka sebahagian dari bajunya agar
terkena air hujan. Lalu kami bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah,
kenapa Rasulullah berbuat demikian? Baginda menjawab: Kerana ia baru
diciptakan oleh Allah taala.” (HR Muslim)
Al-Imam
al-Nawawi menyebut dalam syarahnya 3/464: “Pada hadith ini adanya
petunjuk terhadap pandangan sahabat kami yang mengatakan sunat ketika
hujan baru turun untuk membuka anggota yang bukan aurat supaya disentuh
air hujan tersebut, dan mereka berdalilkan dengan hadith ini, padanya
juga menunjukkan seseorang yang mafdhul (yang dilebihkan), jika melihat
dari seseorang al-Fadhil (yang mememiliki kelebihan) sesuatu yang tidak
diketahuinya, hendaklah dia bertanya tentang perkara tersebut, agar
orang itu mengajarkan kepadanya, sehingga dia boleh mengamalkannya dan
mengajarkan pula kepada orang lain.
14. Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu
Daripada Nafi`, daripada Ibnu Umar RA:
أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان يزور قباء راكباً وماشياً. وفي رواية «كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يأتي قباء راكباً وماشياً فيصلي فيه ركعتين
Mafhumnya: “Bahawa Rasullullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki.” Di dalam riwayat yang lain: Adalah Rasullullah SAW menziarahi masjid Quba dengan menaiki tunggangan dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat didalamnya.”
Dalam
riwayat daripada Abdullah bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa pergi ke
Masjid Quba’ pada setiap hari sabtu dan beliau berkata:
رأيت النبي- صلى الله عليه وسلم - يأتيه كلَّ سبتٍ
Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu.”
Wallahu a’lam.
Comments
Post a Comment