16 Tips Jimat Minyak Kereta

 


Tip Jimat Minyak 3 Rahsia Untuk Diamalkan 16 Tips Jimat Minyak Kereta
1.Isi minyak sebelah malam atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk.

Mengisi minyak pada waktu malam akan mengurangkan gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas dimana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.

2.Isikan minyak sehingga tangki penuh.

Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong.Ini adalah kerana minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.

Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70–90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai.Semakin laju kereta semakin sikit minyak digunakan.Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta.Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.

Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat.Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.Penapis udara dan penapis minyak petrol juga perlu diperiksa.

5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.

Seminggu sekali periksa tekanan tayar.Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jarak yang jauh,nyata menjimatkan minyak.

6.Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh.

Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal,adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin.

Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin.Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

8.Kurangkan beban kereta.

Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja.

Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak.

10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup.

Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin.

11.Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.

Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata.Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5.

12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin.

Jika kereta biasa, 80% daripada campuran bahan api dibakar dengan sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dalam sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak.

13. Tinted cermin kereta anda.

Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus sebab ia berkaitan dengan penggunaan air-cond. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun jimat dan lagi satu disarankan beli tinted UV protection, selain serap haba, kereta akan lebih sejuk, jadi sebelum beli tinted servey dulu mana tinted yang best. Selalunya yang berkualiti agak mahal, penggunaan tinted yang berkualiti juga dilindungi dengan lapisan plastik menghalang kereta mudah dipecah dan retak
.

 http://www.esempoi.com

Comments

Popular posts from this blog