Majlis Pernikahan Ratu Rock Negara, Ella

ella-nikah1
Majlis Pernikahan Ratu Rock Negara, Ella
Ratu Rock Negara, Ella telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Firefly iaitu Azhar Ghazali pada 7 Julai lalu. Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini pada pukul 10.30 malam. 

Pihak pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Untuk majlis resepsi bakal diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selamat Pengantin Baru diucapkan buat kedua pasangan mempelai ini.



 





 .



http://www.mijamedia.com

Comments

Popular posts from this blog