Kekeliruan Tentang ASSALAMUALAIKUM, SALAM dan AS SALAM
Untuk Mereka Yang Keliru Tentang ASSALAMUALAIKUM, SALAM dan AS SALAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mari kita kongsikan 2
salinan artikel yang ditulis oleh 2 orang individu yang berbeza.
Seorang menulis selepas beliau mendengar bual-bicara Ust. Zawawi di
Ikim.fm dan seorang lagi ialah seorang ustaz yang menulis untuk
meleraikan kekeliruan yang timbul.
Apa
bezanya menulis SALAM dengan menulis AS SALAM di dalam tulisan kita sama
ada untuk mengomen, meninggalkan mesej atau sebagainya. Selama ini
kakchik menggunakan ASSALAMUALAIKUM dan SALAM untuk mengucapkan selamat
kepada sesiapa saja kerana pada kakchik kedua-duanya tidak salah.
Akhir-akhir ni kakchik lihat sudah
ramai yang menggunakan AS SALAM dan ilmu yang terhad ni
tertanya-tanya kenapa pula ya? Tentu ada sesuatu yang menyebabkan kita
bertukar dari menulis SALAM kepada AS SALAM. Kakchik belum pernah tukar
lagi, sampai ke hari ni masih setia dengan ASSALAMUALAIKUM dan
sekali-sekala menggunakan SALAM.
Biasanya maklumat paling cepat kita
perolehi adalah di wall facebook. Itulah juga yang membawa kakchik
kepada 2 artikel di bawah ni. Elok kita baca kedua-duanya agar selepas
ini ilmu bertambah, kefahaman meningkat dan kita akan beramal dengan
ilmu yang benar. Ada juga baru tahu, so mari kongsikan di sini.
ARTIKEL 1
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
baik gunakan... ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah saw. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda saw memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh".
Ringkasnya, baginda saw akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; "WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; "WAALAI KUM SALAM"
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr... Dan bukannya: "Kirim salam kat ASHREE yer". Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sumber: http://blogtokwan.blogspot.com/
Baiklah, takde apa pun yang pelik kan? tulisan itu ialah ulasan seorang pendengar tentang kaedah
memberi salam yang semakin hari semakin diubahsuai oleh orang Islam di
negara kita ni. Memang kita sangat tidak suka bila melihat
perkataan yang tiada makna seperti ini:
- Akum
- A'kum
- Semekom
- Mekoselam
- S'kom
Yang kononnya ringkasan bagi perkataan
ASSALAMUALAIKUM. Sebab itu kalau menulis SMS, ada yang gunakan SALAM
kerana maksud yang mereka faham, perkataan ini membawa makna antaranya
ialah SELAMAT.
Baiklah kena baca pula artikel seterusnya barulah minda kita menjadi lapang.
ARTIKEL 2
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.
Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".
Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)
Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)
إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)
Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.
Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,
الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..
Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.
Silakan Tag @ Share menggunakan artikel asal, agar saya boleh menjawab apa-apa persoalan berkaitan.
Oleh: Mohd Fadli Yusof
Bagaimana? Adakah berlaku pencerahan
ke atas ilmu kita? ALhamdulillah... Terima kasih banyak kepada Ustaz
Mohd Fadli Yusof yang telah sudi membuat pencerahan ke atas perkara yang
mengelirukan ini. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati ke atas apa
juga perkara, berita atau isu yang timbul dalam masyarakat. Buatlah
kajian yang lebih lanjut bila ada sesuatu yang berlaku di luar dari
kebiasaan dalam amalan Islam.
Kita mesti menjadi orang yang bijak demi agama kita.
http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=707:untuk-mereka-yang-keliru-tentang-assalamualaikum-salam-dan-as-salam&catid=106:sosial&Itemid=472
Comments
Post a Comment