MARI KENAL
Dr Mashitah terapkan tiga rasa dalam rumah tangga
Berlatarbelakangkan sebuah keluarga yang mengutamakan soal agama dan
pendidikan, Dr mashitah Ibrahim mengambil contoh didikan ibu bapanya
sewaktu kecil untuk diaplikasikan pula dalam rumah tangganya. Ternyata
ia turut membuahkan hasil positif dalam membentuk anak-anak beliau
menjadi modal insan terbaik walaupun sibuk dengan tugas-tugas yang
digalas dalam kerajaan. Ikuti di sebalik diri Timbalan Menteri di
jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Boleh ceritakan sedikit latar belakang Datuk untuk dikongsi bersama pembaca?
MASHITAH: Saya dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 9 Oktober 1964, anak keempat daripada lima adik-beradik, lulusan BA Hons Universiti AL-Azhar, Mesir, MA, Universiti Islam Antarabangsa dan Phd Universiti Cairo, Mesir.
Ibu dan bapa saya adalah guru dan saya menjadikan mereka contoh dalam mendidik anak-anak. Guru zaman 60-an, tidak sama karakternya dengan guru sekarang. Mereka sangat tegas dalam soal pendidikan dan keagamaan. Jika ada melakukan kesalahan akibatnya akan dirotan, begitu juga dalam soal hormati orang tua. Kalau ibu bapa bercakap anak-anak tidak berani melawan.
Mereka tegas tapi penuh kasih sayang. Oleh itu, saya percaya dalam mendidik anak-anak ada tiga rasa perlu digaul bersama bagi menjadi resipi enak, iaitu rasa takut, rasa sayang dan rasa hormat. Kasih pada anak bukan sampai mereka hilang hormat.
Bapa saya seorang pencinta ilmu, sehingga usia 60-an beliau masih lagi menyambung belajar di Sudan dan sanggup menggadai tanah untuk belajar. Sehingga kini, minat itu saya kongsi bersama bapa. Jika ada waktu terluang kami suka membaca dan bertukar-tukar fikiran.
Ibu pula idola saya dalam sifat sabar dan cinta memasaknya. Ibu seorang yang sangat sabar, walaupun bekerja dia pandai bahagikan masa. Memasak seawal pagi sebelum Subuh untuk ditinggalkan pada anak-anak sebelum keluar bekerja.
Saya pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah – (pembantu profesor) selama 16 tahun di Universiti Islam Antarabangsa, juga sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri pada 2004 sehingga 2008 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2008 hingga kini serta dilantik sebagai Senator bagi 2008-2013.
Berkahwin dengan Datuk Abdul Shakor Abu Bakar, seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) dan dikurniakan empat cahaya mata, Ameerah Suad, 22, Fatin Sajeeda, 20, Muhamad Wafi, 19, dan Adel Wajdi, 15. Kesemua mereka berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
Memegang jawatan dalam Kabinet, bermakna Datuk terlibat langsung dengan politik?
MASHITAH: Saya mula terlibat dalam politik sejak 2004 pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11). Ia bermula apabila bekas Perdana Menteri (PM) ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi mempelawa dan memaklumkan hasrat beliau mahukan saya sebagai calon pilihan raya ketika itu.
Beliau ada visi dan misi mahukan Islam diterapkan dan diperkasa dalam pemerintahan beliau. Dasar Islam Hadhari baru diperkenalkan, beliau memerlukan tokoh-tokoh Islam yang ready-made untuk membantu menjayakan dasar ini.
Terkejut pun ada, terkedu pun ada, namun bagi saya permintaan seorang Perdana Menteri bukan boleh dipandang ringan. Saya akur tawaran itu dan bersedia menggalas tugas murni memandangkan saya memang sudah menjadi pendakwah serta kesinambungan tugas dakwah yang dilakukan selama ini.
Walaupun saya membuat keputusan segera ketika berada di depan PM tanpa merujuk atau didorong oleh sesiapa ketika itu, namun sebaik keluar dari pejabat PM, suamilah orang pertama yang saya maklumkan dan bersyukur beliau merestui penglibatan saya serta menjadi sumber inspirasi sehingga kini. Ibu bapa juga merestui walau tiada seorang pun ahli keluarga saya yang terlibat dalam politik sebelum ini. Anak-anak juga menguatkan diri saya untuk berjihad ke arah ini.
Siapa diri Datuk ketika di rumah dan bukan ahli politik?
MASHITAH: Saya ibu yang suka memasak untuk keluarga, suka hias rumah di luar dan dalam. Rumah syurga untuk melepaskan lelah bekerja dan hilangkan stres politik.
Dapur pula tempat saya berkreatif dan cara menghilangkan penat. Tempat paling banyak dan lama saya menghabiskan masa ialah di dapur dan perpustakaan rumah.
Saya akan mencuba setiap resipi baru dan menyajikan kelainan makan pada keluarga. Menggubah bunga dan mengait juga menjadi kegilaan, selain membaca, menulis skrip dan artikel.
Saya juga suka bersenam dengan anak-anak, bermain badminton jika berkelapangan dan saya akan cuba mencari waktu luang bersama keluarga. Selain menyihatkan badan ia juga dapat eratkan hubungan.
Jika tidak terlibat dalam dunia politik siapakah Datuk sekarang?
MASHITAH: Mungkin saya terus berada di menara gading sebagai pensyarah, bergiat dalam dunia dakwah di Singapura, Brunei dan Indonesia. Mungkin mengikut suami ke luar negara sebagai isteri seorang PTD dan aktif dalam dunia perniagaan butik busana Muslimah.
Amanat dan harapan Datuk pada masa akan datang?
MASHITAH: Saya berharap dapat menjadi pemimpin contoh yang mengamalkan ajaran Islam sebenar, sederhana dari segi penampilan, hebat pemikiran, mulia akhlak dan proaktif dalam tindakan.
Saya mahu menampilkan bahawa wanita dalam Islam sentiasa dimuliakan sebagai isteri dan pemimpin serta percaya pemimpin yang baik perlu ada nilai intelektual serta akhlak yang tinggi.
Cabaran menjadi pemimpin amat besar, namun pahala yang disediakan juga besar di sisi ALLAH.

http://www.sinarharian.com.my
Comments
Post a Comment