DOSA YANG PALING BESAR....


Pada pandangan anda, apakah dosa apa yang paling besar? Ada yang mengatakan meninggalakn shalat, kerna yang pertama dihisab di Akhirat. Ada yang berkata minum arak, kerna ia ibu segala kejahatan. Ataupun dosa kepada manusia, kerana dosa kepada Allah boleh memohon keampunannya Yang Amat Pemurah, sementara dosa sesama manusia perlu keampunan org tersebut? Atau pun mengumpat, kerna pahala kita akan diberikan kepada yang diumpat dan dosanya diletakkan dibahu kita? Atau pun pelbagai jenis dosa lain seperti derhaka kepada orang tua, berjudi, berzina dan sebagainya......

PENGASAS Mazhab Maliki Imam Malik ibni Annas, pernah menyelidiki sehelai demi sehelai Al-Quran untuk mencari apakah dosa yang paling besar terhadap umat islam seperti yang difirmankan Allah S.W.T. dalam kitab suci Al-Quran....

Lalu setelah selesai meneliti 6,666 ayat suci itu, beliau membuat satu rumusan seperti yang diterangkan dalam kitab "Jamik Al-Ahkam" karangan Imam Qurtubi- Tiada disa yang paling besar melainkan (RIBA)..... Rumusan itu bersandarkan kepada satu klausa dalam ayat ke -278 dan 279 dari surah Al-Baqarah...

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakannya(meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul akan berperang denganmu".

Dosa lain seperti memakan daging babi dinyatakan sebagai perbuatan haram dan berdosa, tetapi ia tidaklah sampai berperang dengan Allah S.W.T. TETAPI APABILA MELAKUKAN RIBA ALLAH SENDIRI MENGISYTIHARKAN BERPERANG DENGAN INDIVIDU ITU..... dalam permusuhan, ada musuh yang kita pulaukan selain musuh yang ngin kta hancurkan dan Allah menganggap mereka yang melakukan RIBA adalah musuh yang ingin Allah hancurkan...

Umat Islam kini lebih sensitif dan takut terbabit dengan dosa seperti arak dan babi kerna melihat dosa itu secara nyata berbanding dosa RIBA yang tidak dpt digambarkan..... Ramai umat islam yang tidak menyedari dan rasa tidak bersalah apabila terbabit dalam RIBA, SYIRIK DAN KHURAFAT.... jika mereka tidak bershalat atau berzina mereka sedar telah melakukan dosa besar namun bagi 3 dosa diatas mereka seolah2 tidak sedar malah ada yang mengatakan ini amalan nenek moyang kami, kami cuma menyambung adat dan tradisinya....

RIBA ditakrifkan sebagai penambahan nilai keatas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan penerima pinjaman. Dalam pertukaran barang dan kewangan pula, ia bermaksud penambahan nilai akibat kuantiti yang berbeza atau perbezaan waktu pertukaran...

Rasulullah S.A.W. menjelaskan: RIBA adalah antara tujuh dosa besar...

"Menyekutukan Allah , Sihir, Membunuh jiwa yang diharamkan Allah melainkan dengan hak (jalan dibenarkan syarak), Makan RIBA, Makan harta anak yatim, melarikan diri ketika perang dan menuduh (berzina) wanita muhshanat (wanita yang menjauhkan diri dari perkara dosa) yang beriman lagi tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadith lain pula Baginda bersabda:" Dosa RIBA memiliki 72 pintu, dan yang paling ringan adalah seperti seseorang berzina dengan ibu kandungnya sendiri" (riwayat Ibnu Majah)...

Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 275: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan RIBA".

Dalam kitab Jamik Al-Ahkam oleh Imam Qurtubi, Ibnu Abbas menerangkan wang daripada sumber riba tidak akan diterima untuk apa saja kebaikan seperti sedekah, menunaikan haji atau berjihad.

Dosa dan kesan RIBA akan menyelubungi tidak saja pada penerima riba tetapi mereka yang memberinya juga mendapat kesannya....

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Allah melaknat orang yang memakan RIBA orang yang memberi RIBA, dua orang saksi dan pencatat(dalam transaksi RIBA) mereka sama saja" (riwayat Muslim dan Ahmad).

Antara RIBA yang banyak disertai umat islam pada masa kini adalah pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman rumah.... jadi fikir2kanlah WAHAI PEMINJAM2...
 Mencari Redha Ilahi

Comments

Popular posts from this blog