Dewan Rakyat menyentuh hati sebelum PRU 13
Hari
terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ini menyaksikan suasana
mesra selain ucapan serta kata-kata yang menyentuh hati daripada
Speaker, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.Sebelum
menangguhkan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat semalam, Speaker Dewan
Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berucap menyentuh ’suka duka’ beliau
sepanjang mengendalikan persidangan Dewan Rakyat sejak tahun 2008.
Pandikar Amin dalam ucapan penangguhannya juga menyatakan ia mungkin menjadi persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ahli
Parlimen veteran Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) ketika
diminta mengulas mengenai ucapan Pandikar Amin menyifatkan ucapan
tersebut amat menyentuh perasaan.
“Ucapan
tadi merangkumi perjalanan Dewan Rakyat sejak 2008 hingga hari ini.
Bagi saya Tan Sri Pandikar Amin berjaya mengawal persidangan yang
berlangsung dengan matang dan begitu terkawal.
“Apa yang
berlaku menunjukkan Dewan Rakyat Malaysia kini sudah mencapai tahap
kematangannya tersendiri berdasarkan pengalaman dan sejarah yang
dilalui,” katanya.
Azmi yang
turut menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding PRU-13 berharap
mereka yang berhasrat untuk bergelar Yang Berhormat selepas ini supaya
ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara.
Sementara itu ahli Parlimen pembangkang Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) ketika ditemui berkata ucapan terakhir yang disampaikan Speaker adalah dari hati yang tulus.
Sementara itu ahli Parlimen pembangkang Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) ketika ditemui berkata ucapan terakhir yang disampaikan Speaker adalah dari hati yang tulus.
“Sepanjang empat tahun menjalankan tanggungjawab sebagai Speaker beliau menjalankan tugas dengan baik.
“Dalam
keadaan tegang sekalipun Tan Sri Pandikar berjaya mengawal keadaan
dengan baik. Dalam keadaan tertekan sekalipun cuma kata-kata yang
terbang dari beliau,” katanya.
Mohd Hatta
berkata biarpun ada ketika Speaker terpaksa menggantung seseorang ahli
Parlimen namun beliau percaya Tan Sri Pandikar Amin mempunyai hujah
tersendiri.
Terdapat Anggota Parlimen yang dilihat mengambil gambar secara berkumpulan di dalam dewan persidangan sebagai kenangan sempena hari terakhir sidang Dewan Rakyat.
Terdapat Anggota Parlimen yang dilihat mengambil gambar secara berkumpulan di dalam dewan persidangan sebagai kenangan sempena hari terakhir sidang Dewan Rakyat.
Antara yang dilihat bergambar ialah Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).
Sementara itu ahli Parlimen pembangkang Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bersalaman dengan wartawan yang bertugas di lobi Parlimen.
“Saat ini
sangat menyentuh emosi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih
kepada para wartawan yang bertugas di Parlimen semalam.
http://www.kl-today.com
Comments
Post a Comment