Senjata Israel Yang Digunakan Untuk Membunuh Rakyat Palestin
Posted: 24 Nov 2012 11:22 AM PST
TELAH dijumpai banyak fakta di wilayah
Gaza, Israel telah melakukan ujicoba berbagai macam bom-bom terbaru
buatan mereka. Israel disokong negara sekutunya membunuh manusia
bagaikan membunuh binatang. Berikut bom-bom yang digunakan oleh binatang
Israel itu, yang salah satunnya dilarang dalam perang internasional :
1. Misil jenis GBU-39
Misil jenis GBU-39 adalah misil
rancangan baru AS yang dibuat dalam bentuk bom-bom berdiameter kecil. AS
merancang misil itu dengan biaya murah tapi tetap memiliki tingkat
presisi yang tinggi dan daya hancur yang dahsyat. Misil jenis GBU-39
merupakan salah satu jenis bom di dunia yang paling akurat.
Jenis GBU seberat 113 kilogram memiliki kemampuan penetrasi yang sama dengan GBU dengan berat normal 900 kilogram, meskipun bom jenis ini hanya mengandung 22,7 kilogram bahan peledak. Dengan panjang hanya 1,75 meter, memungkinkan pesawat-pesawat pembom membawa bom jenis ini dengan jumlah besar sehingga boleh menghancurkan lebih banyak target dalam waktu singkat.
2. Vacum Bomb
Vacuum Bomb, yang dijatuhkan dari udara
dan ketika meledak mampu menghisap satu blok bangunan sepuluh tingkat ke
dalam tanah hanya dalam beberapa detik, membuatnya menjadi tumpukan
beton dan mengubur seluruh penghuninya hidup-hidup.Bom jenis ini sangat
ampuh ketika menyerang dan mencari titik titik persembunyian dari objek
yang di cari, samada manusia atau lain-lain.
3. Fragmentation bomb atau cluster bomb
Cluster bomb, awalnya nampak hanya
satu, akan memecah diri menjadi ratusan bola-bola besi kecil seukuran
bola tenis dan menyebar dalam radius ratusan meter persegi. Bom-bom
kecil ini tidak segera meledak dan tergeletak di dalam tanah. Jika
seorang anak kecil mengutak-atiknya kerana dikiranya sebuah mainan, maka
bom ini akan meledak dan membunuh atau merusak bahagian tubuh anak
tersebut.
Bom ini biasanya sengaja dijatuhkan di lokasi padat penduduk seperti pasar atau sebuah tempat penghunian ramai orang, Lalu ada fosfor bomb yang bersifat membakar. “Zat fosfornya menempel di kulit, paru-paru, dan usus para korban selama bertahun-tahun, terus membakar dan menghanguskan serta menyebabkan nyeri berkepanjangan.
4. White Phosporus
|
Posted: 24 Nov 2012 11:16 AM PST
Setelah menghilangkan kedahagaan
penduduknya dengan darah warga Palestin, Israil kononnya bersetuju
terhadap genjatan senjata bersama puak penentang Palestin di Semenanjung
Gaza.
Persefahaman, walaubagimanapun tidak bererti Israil prihatin terhadap jumlah besar orang awam Palestin yang terbunuh akibat “Wehrmacht Yahudi”. Sesungguhnya nafsu kanibal Zionis memang tidak pernah puas. Ini berdasarkan apa yang kami benar-benar pelajari dari Israil sejak pembentukan entity jahat 64 tahun dahulu. Sewaktu keganasan terbaru, “satu-satunya demokrasi di Tebing Barat” itu telah membunuh 33 kanak-kanak, 14 wanita dan lebih daripada 60 orang awam yang tidak berdosa. Lebih daripada itu, 1,300 orang yang majoritinya orang awam yang tidak berdosa termasuk 400 kanak-kanak cedera, kebanyakan mereka parah dan terbakar. Jurucakap Israil muncul di kaca TV tanpa malu mendakwa tentera ala-Nazi mereka tidak mensasarkan orang awam yang tidak berdosa. Tetapi manusia dan Tuhan mengetahui penipuan keji Zionis. Dalam analisis terakhir, Zionis Israil lebih daripada layak untuk mendapat gelaran “Manusia penipu Tuhan”. Israil sering menjadi jenayah terhadap kemanusiaan sejak awal kewujudannya. Ia sememangnya kurang layak untuk menjadi negara biasa dengan kerajaan yang bermoral zahirnya, apatah lagi tentera yang bermoral. Ahli politik Israil dan komander tentera bermula dari peringkat sulit terendah kepada presidennya adalah penjenayah perang yang diiktiraf dengan banyaknya darah orang yang tidak berdosa di tangan mereka. Kebanyak penduduk Israil akan hanya melantik penjenayah dan pembunuh tegar sebagai ketua politik mereka. Sebagai pembunuh besar-besaran bangsa Arab dan sebagai pelaku pembunuhan beramai-ramai, menjadikannya kelayakan utama dan paling penting untuk menjadi pemimpin Israil. Malangnya kekejaman ini tidak menarik minat Washington, Paris, London mahupun Moscow. Mereka sebaliknya mengagumi Nazi moden. Sebagaimana teko tidak boleh memanggil cerek itu hitam, Amerika sendiri merupakan penjenayah yang memiliki sejarah panjang penghapusan etnik secara besar-besaran yang mensasarkan Nazisme Yahudi. Tidakkah Amerika telah menghapuskan 10 – 15 juta orang asli Amerika dan menamakan penghapusan etnik sebagai manisfestasi takdir? Menariknya, perkara yang sama berlaku kepada Perancis, British dan juga Rusia. Aspek lain wacana pencabulan barat dibandingkan dengan konflik terbaru ialah dakwaan palsu yang mengatakan Hamas memprovokasi Israil untuk menyembelih orang awam Palestin. Adakah media barat mudah terlupa yang Israil sendiri merupakan tumbuhan eksotik yang asing kepada Timur Tengah? Keseluruhannya penceroboh-penceroboh Yahudi dengan sokongan negara-negara barat telah datang dari Eropah Timur dan merampas Palestin, mengganas dan membunuh penduduknya secara besar-besaran, memusnahkan rumah-rumah dan menghalau mereka ibarat taufan. Kini, Zionis itu memiliki keberanian dan tanpa malu menuduh mangsa mereka sebagai menakutkan dan ganas. Kemenangan Moral Kami penduduk Palestin tidak sombong dan tidak mengalah dengan keangkuhan antarabangsa. Kami maklum bahawa Israil ialah kuasa hebat serantau yang turut mengawal ketat kerajaan Amerika Syarikat. Kami juga maklum bahawa politik Amerika dan Eropah melutut di kaki Israil, mencari-cari peluang pengiktirafan kerjasama daripada golem Yahudi yang jahat. Tetapi kami juga menyedari dan mengetahui jauh di sudut hati kami bahawa Israil adalah sebuah negara muflis yang membangun di atas pembunuhan dan penindasan. Tidak perlulah dinyatakan, negara seperti itu yang berperisaikan ketidakjujuran, penindasan menjadi polisinya, pembunuhan sebagai modus operandinya, tidak akan kekal. Sesungguhnya, setiap kanak-kanak yang Israil bunuh dan setiap rumah orang awam yang pesawat perang Israil musnahkan akan menjadi sumpah yang akan mempercepatkan dan melancarkan kemusnahan muktamad Israil. Israil, terima kasih di atas serangan hebat yang mungkin telah berjaya membunuh ramai warga Palestin yang tidak berdosa, Israil, seperti juga Nazi Jerman, kerap melakukannya. Tetapi penentang-penentang Palestin terus bersatu dan mengekalkan keupayaan untuk terus membuat Israil dan pendatangnya, yang hidup di atas tanah milik orang lain dalam keadaan cemas. Akhirnya penentang-penentang Palestin benar-benar belajar dari pusingan keganasan Israil ini. Diharapkan para penentang akan bertambah kuat apabila Israil memutuskan untuk memulakan pusingan keganasan seterusnya ke atas warga Palestin. Penduduk Palestin tidak menembak roket ke arah Israil dengan perasaan bermegah-megah atau sombong atau marah atau kerana suka berperang. Mereka menembak senjata yang serba kurang dengan harapan menghalang musuh pembunuh yang nyata. Jelasnya apabila terdapat lima atau enam terbunuh di satu pihak sementara beratus mangsa di satu pihak yang lain; kita bukan bercakap tentang perang tetapi tentang pembunuhan beramai-ramai. Israil boleh terus duduk dalam kebiadaban dan fantasi gila harta serta kuasa mereka, tetapi akhirnya siapa yang memiliki asas moral yang tinggi akan menang. Israil menempah kemusnahan awal, terima kasih kepada kejahatan dan kezaliman mereka. Sumber: The Palestinian Information Center | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP) |
Mati Terjatuh Sebelum Jumpa Kekasih
Posted: 24 Nov 2012 11:13 AM PST
KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam. Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya. Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya. Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya. Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat. Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut. Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.
Kosmo
|
Usir Ibu Kandung Demi Memuaskan Nafsu
Posted: 24 Nov 2012 11:11 AM PST
JITRA: Seorang lelaki yang ditinggalkan
isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di
Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan
pasangannya sejak seminggu lalu.
Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin. Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya.
“Maklumat itu kami peroleh daripada
pengadu yang juga pihak yang rapat dengan lelaki terbabit dan pengadu
itu memberitahu tindakan keji lelaki terbabit menyebabkan ibunya
terpaksa menumpang di rumah jiran.
“Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang,” katanya.
Sumber :Harian Metro
|
Paris Hilton Dikecam Buka Butik Di Tanah Suci Mekah
Posted: 24 Nov 2012 11:05 AM PST
Mekah – Satu penghinaan kepada kota suci
Mekah. Itu pandangan ramai gara-gara pembukaan butik mewah milik
selebriti bermasalah yang pernah terlibat dengan rakaman seks, Paris
Hilton.
Keadaan ini menyebabkan kemarahan umat Islam, seolah-olah tidak ada tempat lain untuknya membuka butik mewah tersebut. Paris mengumumkan pembukaan butik berkenaan dalam twitternya pada Khamis lalu.
“Butik saya baru dibuka di Mekah Mall di Arab Saudi’’, itu bunyi twitternya.
Pengumuman berkenaan bagaimanapun terus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Salah seorang telah membalasnya `Biar betul?’’
Manakala yang lain pula membalas “Penting sangatkan sehingga Arab Saudi membenarkan Paris Hilton membuka butiknya di Mekah’’. Ada juga yang mengecamnya kerana ia umpama memusnahkan tanah suci “Bagaimana seorang yang sanggup merakamkan video seks membuka butik di tanah suci ini,’’ itu antara kecaman yang diterimanya. Dengan pembukaan butik berkenaan, Paris berharap ia akan menjadi tumpuan terutama ketika umat Islam mengunjungi Mekah untuk menunaikan umrah atau ibadat haji.
Butik mewah yang kelima di Asia barat itu terletak di Jalan King Abdullah Bin Abdulaziz.
Asia Barat merupakan antara sasaran Paris dan setakat ini, terdapat 40 buah butik Paris Hilton dibuka di seluruh dunia.
Antara produk jenamanya ialah minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut.
Paris dilaporkan memperolehi pendapatan lebih $10 juta dolar setahun hasil jualan butik berkenaan. Jumlah asetnya pula dianggarkan sebanyak $100 juta dolar. |
Posted: 24 Nov 2012 11:04 AM PST
KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah
sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi
Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung
Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya
akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga
untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua
ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik
mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.
“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk
mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas
tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.
“Daripada bergelumang maksiat dan
melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin,
walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang
ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya
isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada
kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di
sini, semalam.
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung
daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan
tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.
Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap
usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah
bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.
“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata,
penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada
kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak
menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun
lalu.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad
Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana
mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya
itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal
di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk
mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga
mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.
“Hanya Allah tahu perasaan saya…
walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga
besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.
“Anak saya bernikah pada 17 November
lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur
daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka
berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November
lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.
“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah
Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16
tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu
mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur
dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.
Harian Metro
|
Posted: 24 Nov 2012 10:55 AM PST
Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan
menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis
berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan
malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang
memperlihatkan malam dan siang sekaligus.
Gambar tersebut diambil ketika waktu
fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang
dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak
14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:
(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].
“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]
Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:
Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)**
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu,
ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi
kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin
puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan
dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian
Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu
yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya)
siang.)
Maha Suci Allah…
|
Posted: 24 Nov 2012 10:46 AM PST
Orang tua berkata jangan buang nasi
kerana nasi yang terbuang tu menangis. Sebenarnya kata-kata ini
menggalakkan kita supaya jangan membazir walaupun sebutir nasi. Orang
kita kalau makan nasi memang biasa terbuang nasi. Bukan hanya sebutir
nasi malah berbutir-butir nasi yang melekat di jari terus dibasuh
tangan. Malah ramai yang membuang bukan sebutir sepinggan dan mungkin
seperiuk pun ada kerana tak habis makan.
Jika setiap dari kita meninggalkan sisa
nasi dalam 4,5 butir setiap kali makan, darabkan dengan bilangan separuh
dari penduduk negara.. Itu sebenarnya sudah terlalu besar
pembazirannya.
Ini untuk sekali makan, kebiasaan orang
kita makan nasi 2 kali sehari, bayangkan…Sehari boleh menyuap berapa
ramai orang bagaimana kalau sebulan? Bagaimana kalau setahun?
Kasihanilah mereka yang memerlukan…bagi mereka ini, setiap butiran nasi amat besar maknanya..
Justeru, janganlah membazir walau pun
sebutir nasi. Sebutir nasi umpama sebutir keringat (sekadar
perumpamaan). Jangan membuang walaupun sebutir nasi! Mungkin ini antara
hikmah Rasulullah SAW mengajar kita menjilat jari selepas makan supaya
sebutir nasi pun tidak dibazirkan…
|
Posted: 24 Nov 2012 10:44 AM PST
Bagi
yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak
menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan
keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila
memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani
masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips
yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas
sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau
kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu
kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai
tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai
tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk
bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu
berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah
tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun
buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh
dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai
tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda.
Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua.
Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini
boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali
anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran
sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan
menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba
mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh
menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian
agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang
dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia
gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia
gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya.
Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai.
Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin
dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting
seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari
Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda
berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh
membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda.
Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan
agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa.
Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan
sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri,
pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut.
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak
barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan
mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan
menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering,
cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani
keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah
mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan
bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika
ditakdirkan anda tiada jodoh.
|
Posted: 24 Nov 2012 10:38 AM PST
Astronomi menemui Planet Baru yang
Berpotensi Dihuni, Satu pasukan ahli astronomi Inggeris-Jerman telah
menemui satu planet baru yang berpontensi dihuni manusia. Planet
tersebut mengorbit dekat Matahari dan dianggarkan mempunyai iklim serupa
Bumi sehingga dapat menyokong kehidupan.
Pasukan tersebut menemui tiga planet
baru yang mengorbit bintang yang terletak 44 tahun cahaya. Tapi hanya
satu dari planet itu berada di kawasan yang disebut Zon Goldilocks,
rangkaian di sekitar Matahari, tempat suhu tidak terlalu panas dan tidak
terlalu sejuk bagi kehadiran air cair.
“Bintang HD 40307 adalah bintang kecil
tua yang sangat tenang, sehingga tak ada alasan mengapa planet seperti
itu tidak boleh mengandungi iklim seperti di Bumi,” kata Guillem
Angla-Escude dari University of Goettingen, Jerman. Ia memimpin kajian
tersebut bersama Mikko Tuomi di University of Hertfordshire di England.
Planet itu mempunyai masa
sekurang-kurangnya tujuh kali masa Bumi, tapi mengorbit dalam jarak yang
sama dari Mataharinya, yang bermaksud planet tersebut menerima jumlah
tenaga Matahari seperti yang diperoleh Bumi.
Lebih daripada 800 planet telah ditemui
di luar sistem Galaksi Bima Sakti sejak pertama kali dikesan pada awal
1990-an. Namun hanya segelintir planet telah berada di wilayah yang
boleh dihuni.
Bahkan yang lebih jarang adalah beberapa
planet di zon yang berputar, seperti yang satu ini, untuk menciptakan
waktu siang dan waktu malam sehingga meningkatkan kemungkinan
terbentuknya lingkungan seperti di Bumi. Planet yang tidak berputar
dikatakan sebagai terikat dengan pasang-surut, dan satu setengahnya
berada dalam kegelapan.
“Ini adalah planet yang paling dekat
dengan Bumi dalam perkara zon yang boleh dihuni yang tidak terikat
dengan pasang-surut,” kata ahli astronomi dari University of
Hertfordshire Hugh Jones kepada Reuters.
|
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘...
Comments
Post a Comment