Musim Kahwin Tiba Lagi 

 


Cuti sekolah yang panjang, memberi ruang yang selesa dan peluang untuk ahli keluarga yang bakal menerima menantu, mengadakan kenduri kahwin yang meriah lagi penuh syukur. Saya mohon maaf kepada rakan-rakan yang mengundang ke majlis perkahwinan mereka. Lantaran tidak dapat memenuhi undangan mereka disebabkan faktor jarak tempat dan masa. Apa pun, saya mendoakan, kalian suami isteri hidup penuh harmoni hingga ke hujung hayat, biar sampai syurga. Ameen.



Majlis kenduri kahwin yang pertama dimuatkan dalam KDK - Kelab Duhai Kenduri https://www.facebook.com/groups/261759740613508/ dilangsungkan di sebuah dewan atau pusat komuniti yang cantik, kemas dan selesa. Dengan adanya kemudahan seperti tandas dan kawasan letak kereta yang berdekatan. Makanan yang disediakan pula enak dan lazat.

Kenduri kahwin ini bagi meraikan pasangan pengantin Wan Ahmad Hamdi (rakan belajar UKM 2003-2006) dan Eda Edlina. Tema warna majlis ialah ungu, alas meja ungu, kain-kain penghias warna ungu, pakaian pengantin juga ungu, termasuklah air minuman juga ungu. "Hehe, nasib baik dia tak buat nasi minyak warna ungu."

Sempat juga saya bertemu rakan-rakan belajar dahulu Hafizi Sabtu (pengapit pengantin lelaki), Chemong, Bedul & isteri, Ayie, Din dan Emon. Itulah keseronokan bila menghadiri majlis-majlis seperti ini, selain mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin. Saya juga terserempak dengan jiran dari Melaka, En Zulkifli dan keluarganya.

Lagu-lagu yang melatari di sepanjang majlis kenduri kahwin ini ialah kesemua lagi dalam Album Thank You Allah oleh Maher Zain. 
 
Alahmdulillah, kata rakan saya Chemon "aku suka lagu-lagu ni, irama lagunya fresh". DJ yang bertugas memutarkan lagu juga menghentikan seketika lagu-lagu yang diputarkan, bagi menghormati azan zohor yang berkumandang.

Kenduri kahwin di Petaling Jaya



Syukur atas nikmat makan yang diberi.

Di penghujung hari Sabtu yang lalu, saya sungguh kenyang, dijamu dengan nasi orang kahwin. Alhamdulillah, moga pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu yang lalu dirahmati dan diberi ketenangan hingga akhir hayat. Ameen.

Hujung minggu hadapan, ada lagi jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, dapat makan sedap-sedap. :)

Comments

Popular posts from this blog