Kisah Iblis dan Manusia
Iblis Datang Mengganggu
Ketika Sakaratul Maut
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu
manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik
mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu
akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu
sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud:
“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan
berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta
sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di
dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada
barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu
itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa
kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam
sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti,
Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam
sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung
dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari
badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan
lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan
orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang
yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak
mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat
dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika
dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang
cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang
kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu
di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik
dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa
yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya
dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya
untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah
maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah
tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa
sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan
dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat
mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk
mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan
bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut
kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan
marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan
tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di
dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal
kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai
ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku,
lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya
kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh
bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa
penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis
yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk
memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana
hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut:
“Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah
seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan
telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah
disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu
patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu
pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya
berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis
bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang
yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah
Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi
dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai
yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat
melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan
bumi.
Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut
kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai
guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai
jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas
dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak
menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang
yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang
dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan
kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama
hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri
dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad
Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu
puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana
sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan
mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu
manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan
dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang
bermaksud:
“Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
Comments
Post a Comment