- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, November 13, 2012







Gerek Oh Gerek - CERITA DARI SARAWAK


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Apabila ada orang sebut “gerek” pasti saya ketawa seorang diri. Kalau kat semenanjung terutama sebelah utara “gerek” bermaksud basikal. Tetapi kalau sebelah sini (sarawak) “gerek” bermaksud awek atau makwe.

Pernah suatu ketika dulu, tahun pertama saya menjejak kaki bumi sarawak ini, ada seorang hamba Allah bertanya kepada saya.

“Ustaz ada gerek tak?”

“Em ada kat kampung…” jawab saya ringkas.

“Cantik tak gerek ustaz?” tanya hamba Allah itu lagi.

“Entahlah dah lama tak tengok…Mungkin dah buruk kot…lama dah tak guna gerek tu…saya guna masa sekolah dulu jer…”

“Fuhhhhh…hebat ustaz…masa sekolah dulu dah ada gerek…” hamba Allah itu memuji saya sambil ketawa.

“Bapak ustaz tak marah ke ada gerek kat sekolah?” Hamba Allah itu bertanya lagi.

“Ishhh…naper pulak dia nak marah…dia yang belikan untuk saya..” jawab saya lagi.

“Ohhh kat semenanjung gerek boleh dijual beli ekkk, berapa harganya? tanya hamba Allah itu lagi. Macam tak puas hati jer.

Mamat ni banyak tanya betul la…bisik dalam hati saya.

“Yelah..kalau ada duit semua boleh beli. Tak mahal…kalau dulu masa bapak saya beli harganya dalam RM 100. Mungkin sekarang ni dah mahal sedikit…kalau kat sini (sarawak) berapa pula harganya? tanya saya pula.

Hamba Allah itu mengeleng-gelengkan kepalanya.

“ustaz ni biar betul…gerek mana boleh jual beli kat sini. Bukan macam jual beli ayam kat pasar tu…Kalau nak guna kenalah kahwin dulu…baru boleh bawa ke sini ke mari…”

Kahwin?????? Takkan mamat ni nak kahwin dengan basikal kot….Hahahahaha…Lucunya.

Rupa-rupanya kat sarawak ni panggilan gerek tu untuk awek. Gerek Oh Gerek…Kenapalah nama engkau gerek…

Lain tempat lain bahasa, lain padang lain belalang, lain lubuk lain pula ikannya….dan entah apa-apa lagilah….Sebutannya adalah sama cuma maksudnya berlainan.

Wallahu a’lam.

http://ibnismail.wordpress.com

No comments:

Post a Comment