Kisah Benar | Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan
make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik,
mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia
terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia
berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak"
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang
menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan
oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu
muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau
tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu!"
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya:
“Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula
dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya,
saya tidak lagi cantik di mata-Nya"
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah
telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa
dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang
terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud!
Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya!
Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya
sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang
dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka
Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat
kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata
makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda
berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih:
pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan
bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai
tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa
hijab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’,
ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
Comments
Post a Comment