- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, November 10, 2012







Negeriku - Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis


Pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini merupakan tempat pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia yang berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui pekan ini dan begitu juga sebaliknya.Kompleks Arked Niaga di Padang Besar nie merupakan tumpuan utama bagi pengunjung untuk membeli belah.

Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung ke sini tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar. Pekan Padang Besar , apa yang menarik nya pengunjung dapat membeli berbagai barangan.Sama ada dlm bentuk makanan,perhiasan rumah dan perhiasan wanita.Rambang mata jugak lah dibuatnya…terdapat berbagai jenis kain baju yang berjenama di jual di sini dgn harga yg berpatutan asal kan pembeli pandai tawar-menawar.

Kelengkapan rumah dari set tilam toto, kain selimut, kelambu, dan aksoseri hiasan byk terdapat di sini. Bagi pengunjung wanita pasti tak terlepas peluang membeli berbagai jenis  hiasan dari manik dan emas saduran yg  terdpt di sini. Di samping itu berbagai jenis kerongsang yg di jual merelip-merelap berbinau mata jdnya..Sila lah berkunjung ke negeri  Perlis bg melihat sendiri. Bila ke Perlis antara tempat yang wajib singgah selain Kuala Perlis adalah Padang Besar.

Di pasar yang terletak bersebelahan arked pula, pengunjung boleh mendapatkan bahan-bahan mentah seperti beras pulut, buah-buahan dan makanan ringan seperti biji gajus dan jeruk. Malah, pengunjung boleh tawar menawar harga barangan yang dihajati sehingga mendapat harga yang paling murah. Setelah penat membeli-belah, pelawat dapat pula menjamu selera di deretan kedai makan berhampiran. Kebanyakannya menyajikan menu popular Thai seperti tomyam, pulut ayam dan pulut mempelam. Di samping arked dan pasar, kedai di sekitar pekan Padang Besar turut menjual pelbagai barangan dengan harga murah, malah kerajaan negeri Perlis membina banyak rumah kedai bagi menampung permintaan tinggi pelancong.

Dalam perjalanan ke Padang Besar, anda akan dapat melihat panorama indah sawah padi dan gunung-ganang selain Tasik Timah Tasoh dan ladang penternakan burung unta dan rusa. Malah, di sepanjang jalan sebelum tiba di Padang Besar, ramai peniaga menjual tanaman bonsai. Jika mahu melihat ladang tebu di Chuping, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur di Changlon. Di sini, sebahagian hasil gula yang anda nikmati dihasilkan di ladang yang seluas mata memandang. Selepas puas membeli-belah di Padang Besar, anda boleh mengunjungi Kangar yang jaraknya kira-kira 32 kilometer atau singgah sebentar di Kuala Perlis untuk menikmati laksa utara yang enak. Terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati di negara kita. Mailah melancong ke Perlis Indera Kayangan.

 http://1malaysiaads.com

1 comment:

  1. jemput baca link ini ..

    http://al-lavendari.blogspot.com/2012/11/padang-besar-tapi-sesak.html

    ReplyDelete