PESANAN USTAZAH KEPADA WANITA




BY USTAZAH ANI~~~

"Ampunilah dosa-dosa kami"
Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Saidatina Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah Taala yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah Taala. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun)
Kata-kata isteri ini akan menghilangkan pahala 70 tahun kebaikkan yang dia lakukan. Masya Allah!!!!
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat, mengadu domba dan lain-lain)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

wanita solehah"sebaik-baik perhiasan dunia"
Pernah berlaku kisah di sebuah kampong apabila ada kubur terpaksa dibungkarkan dan mengubah tulang-tulang mayat arwah-arwah. Apa yang mengejutkan kebanyakkan rangka-rangka mayat wanita tidak mengadap kearah kiblat sedangkan semasa dikebumikan mereka dihalakan kearah kiblat.
Marilah kita renungkan nasib kita wahai wanita

 http://ustazahanidakwah.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog