Tip Untuk Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan
Assalamualaikum
Kehidupan
di zaman ini sentiasa mengejar kita untuk mengajar masa. Bagi pasangan
suami isteri yang bekerja pastinya waktu bersama amat sedikit dan terhad
kerana waktu banyak dihabiskan di pejabat dan urusan kerja yang tidak
pernah habis. Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan kerana tugas
dan tanggungjawab selalunya melupakan peristiwa2 penting atau saat2 yang
istimewa. Banyak alasan yang diberi dan menjadi penghalang antaranya
banyak kerja di pejabat,ada klien,outstation dan lain2 lagi.
Berjauhan
kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan bukan bermakna anda tidak
boleh berbuat apa2. Kata orang 'Jauh di mata dekat di hati'.Inilah
ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak
jauh(PJJ). Menjaga sebuah rumah tangga memerlukan usaha yang berterusan
lebih2 lagi bila pasangan itu terpaksa berjauhan.
Kesunyian
dan kesepian pasti akan menyelubungi diri anda. Namun ada banyak cara
untuk menghadirkan diri pasangan anda dalam kehidupan seharian anda
contohnya, melihat dan membuka album ataupun Facebook. Di sini saya
berikan beberapa tip supaya hubungan suami isteri berjalan seperti
biasa:
1. BERI SOKONGAN
Ketika
bekerja di tempat yang jauh tentulah suami dan isteri akan berasa sedih
dan pilu. Untuk berjaya dan bahagia pasangan suami isteri perlu
berkorban. Berilah sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa
depan keluarga anda sendiri.
2. SALING PERCAYA MEMPERCAYAI
Ini
merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan
jarak jauh. Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh
mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda
tetap menjaga dirinya. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh
hancur.Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan
berlaku curang di sana. Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda
pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama. Kalau anda
sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka, ini akan merugikan diri
sendiri dan menjadikan anda tertekan.
3. CARI KESIBUKAN
Pasangan
yang berjauhan sudah pasti akan berasa sepi. Untuk mengatasi rasa
kesepian ini carilah kesibukan dengan melakukan aktiviti2 seperti pergi
kuliah agama atau aktiviti persatuan dan gotong-royong.
4. TETAP BERHUBUNG
Meskipun
anda berjauhan,anda perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk
berkomunikasi dan berhubung seperti telefon, e-mel, SMS dan
sebagainya. Janganlah anda menghubungi pasangan terlalu kerap tentu
sahaja dia berasa terganggu dan berasa tidak dipercayai. Oleh itu
batasilah hubungan anda agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.
5. LIBATKAN ANAK-ANAK
Agar
hubungan tetap terpelihara libatkan anak anda dalam berkomunikasi
kerana anak adalah satu faktor pengikat suatu hubungan. Ini juga dapat
mengingatkan pasangan bahawa dia mempunyai keluarga yang
memerlukannya. Misalnya, ketika menelefon, beri peluang si anak kecil untuk
berbual dan mendengar suara ibu/ayahnya.
Jangan lupa untuk merancang melawat pasangan anda. Tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu. Sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.
7. SALING DOA MENDOAKAN
Jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat 5 waktu kerana Allah yang menentukan segala-galanya.
DOA TERHINDAR DARI BEBAN YANG BERAT
"Ya
Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan
kesalahan. Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang
berat seperti mana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan
kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami
memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, rahmatilah kami, Engkaulah
Pelindung kami maka tolonglah kami menghadapi orang2 yang tidak beriman
dr Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah
http://manjacomel.blogspot.com
Comments
Post a Comment