Tips Dan Cara Bagi Melajukan laman Web dan Blog
on
Wednesday, 10 October 2012
10 Tips Dan Cara Bagi Melajukan laman Web dan Blog | Menduduki
tempat yang terbaik dari keputusan enjin carian seperti google.com /
yahoo.com memerlukan beberapa perkara di perhalusi, salah satunya adalah
dari sudut kelajuan capaian ke laman blog atau web anda. Tips melajukan
laman web dan blog bertujuan berkongsi perkara perkara yang perlu
diketahui setiap pentadbir laman web / blog.
1. Mengurangkan HTTP request
HTTP request dapat dikurangkan dengan mengecilkan jumlah kod-kod request
pelbagai elemen serta function call yang dimuatkan dalam laman web
anda. Kurangkan jumlah file luaran yang perlu di paut ke laman anda,
pastikan sebarang imej yang tidak perlu dibuang (atau guna CSS bagi cara
capaian imej berbanding javascript). HTTP request juga dapat
dikurangkan sekiranya anda menggunakan statik web page. Teknik ini
banyak diguna pakai oleh plugin web cache wordpress. Pastikan kod kod
html / php anda kemas dan tidak memerlukan terlalu banyak pautan keluar.
2. Menggunakan CDN (content delivery network)
CDN adalah salah satu teknologi yang mempercepatkan rendering laman web
anda dari seluruh dunia. Namun ianya memerlukan kos yang agak tinggi
disebabkan laman web anda bukan hanya di simpan dari satu server di
malaysia, bahkan ianya akan di simpan di server-server lain yang
dikhaskan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan CDN ini.
Keberkesanan dari sudut kelajuan CDN boleh dilihat dari contoh
laman-laman gergasi seperti google.com, gmail.com, facebook.com,
yahoo.com, wikipedia.org dan sebagainya.
3. Menggunakan Cache Controler Header
Elemen-elemen statik dari laman web dan blog anda perlu di simpan
(cache) dari browser pengunjung bagi mempercepatkan masa respond dari
server yang akan melajukan laman web dan blog anda. Bagaimana ingin
lakukan ini? Anda perlu mempunyai akses ke fail .htaccess dan masukkan
perkara berikut sebagai tambahan untuk cache control mengikut jenis fail
seperti CSS, javascript, PNG, JPG dan sebagainya:
#Expire Header<FilesMatch "\.(ico|jpg|jpeg|png|gif|js|css|swf)quot;>ExpiresDefault
"access plus 2 hours"</FilesMatch>… atau ….# Expire images
headerExpiresActive OnExpiresDefault A0ExpiresByType image/gif
A2592000ExpiresByType image/png A2592000ExpiresByType image/jpg
A2592000ExpiresByType image/jpeg A2592000ExpiresByType image/ico
A2592000ExpiresByType text/css A2592000
ExpiresByType text/javascript A2592000
Lawat laman : www.tipsandtricks-hq.com untuk maklumat lebih lanjut.
4. Mengaktifkan Gzip compression
Gzip compression dapat di guna pakai dengan mudah sekiranya anda
mempunyai capaian ke dalam cPanel. Gzip compression mampu mempercepatkan
capaian laman web dan blog anda sehingga 80% lebih baik berbanding
laman yang tidak menggunakan Gzip compression. Ini adalah kerana saiz
keseluruhan laman web akan dikurangkan hingga 80% lebih kecil yang
mempercepatkan masa capaian dari server ke web browser. Bagi menyemak
samada anda telah menggunakan Gzip compression, lawati laman ini dan
semak status Gzip compression anda: http://www.gidnetwork.com/tools/gzip-test.php
5. Kedudukan StyleSheet CSS
Sebaiknya pastikan request bagi stylesheet dalam di dalam tag header
laman web anda. Kurangkan penggunaan inline CSS bagi mengurankan
duplikasi stylesheet yang sepatutnya boleh dikumpulkan di dalam satu
fail berasingan.
6. Kedudukan Javascript
Sebaiknya javascript dimuatkan di penghujung sebelum berakhirnya tag </body>.
7. Duplikasi Script
Pastikan tiada duplikasi skript java dan css yang boleh menyebabkan
laman web dan blog anda berada dalam keadaan round-robin loops. Semak
fail fail yang disertakan dari pakej plugin sebelum anda menginstall
sebarang plugin wordpress. Terlalu banyak skript akan menyebabkan laman
anda lebih lambat untuk di hantar ke pengunjung laman.
8. Flush Buffer PHP
Cuba gunakan function call flush(). Ianya membantu mempercepatkan larian
skrip secara serentak sementara pengunjung laman web dan blog anda
menanti laman di render sepenuhnya. ... <!-- css, js -->
</head>
ush(); ?> <body>
<?php f
l ... <!-- content -->
Bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana fungsi flush() boleh
melajukan / mempercepatkan laman web dan blog, lawati laman ini: http://www.tuxradar.com/practicalphp/13/9/0
9. Elak menggunakan Iframe
Walaupun iframe adalah perkara yang paling mudah bagi memasang sebarang
third party plugin (semudah plug and play) namun iframe agak kritikal
bagi capaian dari luar yang membuatkan laman anda sedikit terganggu
sekiranya laman yang dipaut dari bingkai iframe tidak mampu
menyempurnakan HTTP request sebaik mungkin.
10. Yslow semak keperluan lain
Dengan menggunakan firefox, semak keperluan lain bagi melajukan laman
web dan blog anda dengan menggunakan plugin Yslow. Pastikan sebarang
perubahan yang dilakukan oleh anda bagi melajukan laman web dan blog
tidak membuatkan laman anda mempunyai ralat yang lebih banyak. Anda juga
boleh menggunakan laman-laman lain yang menyediakan khidmat nasihat SEO
seperti www.woorank.com.
Harap berguna untuk anda semua... selamat mencuba... dan jangan lupa buat backup dulu. owkey..
http://busuk.org
Comments
Post a Comment