Wanita tertua di negeri Perlis nak kawin lagi??


      Begitulah hasrat seorang wanita tertua di negeri Perlis, Puan bte Ahmad yang berusia 116 tahun yang hendak mencari teman untuk mengisi kesunyian hidup berseorangan. Puan menjelaskan kepada media bahawa kehidupan sehariannya agak bosan kerana duduk berseorangan dan ingin mencari calon suaminya yang tinggal berdekatan dengan tempat tinggalnya iaitu di Padang Keria, Perlis. 

     Puan bte Ahmad mendapat perhatian daripada media apabila berlakunya salah faham nombor kad pengenalan. Oleh itu, umurnya tertukar kepada belasan tahun tetapi melalui semakan JPN, dia telah diiktirafkan sebagai perempuan yang tertua di negeri ini.
 http://anaktabuancomot90.blogspot.com


JPN: Puan Ahmad berusia 115 tahun, bukan 15 tahun

puan ahmad
$entry.content.caption.value
KANGAR - Bukan 15, tetapi 115 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996.

Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menjelaskan perkara itu kepada media di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN.

Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu hari ini.

Katanya beliau mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini.

Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilapor bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu.

  - Bernama

Comments

Popular posts from this blog