APA MOTIF DAP MENYERANG SYED MOKHTAR SEBENARNYA?
TINDAKAN DAP yang ‘menyerang’ Syed Mokhtar Al-Bukhari sudah bermula sejak beberapa bulan lalu apabila tokoh korporat Melayu itu dikatakan bakal mengambil alih pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang. Serangan tersebut berterusan kini sehingga soal hutang yang dimiliki oleh Syed Mohktar pula dipersoalkan.
Ekoran itu,blog MyKMU (www.mykmu.net) mempersoalkan tindakan parti itu terutama Tony Pua yang terus mendesak kerajaan mendedahkan hutang tokoh korporat itu sedangkan tidak pula mempersoalkan hutang-hutang yang ditanggung oleh tokoh perniagaan bukan Melayu.
“Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan
tentang perniagaan milik persendirian? Mengapa Tony Pua mendesak akaun
perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?" katanya.
Katanya, serangan terhadap tokoh korporat Melayu itu dipercayai kerana
DAP bimbang berhubung pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang yang kini
dikuasai oleh ahli perniagaan Cina yang banyak menyalurkan dana untuk
parti berkenaan.
Tindakan DAP yang menyerang Syed Mokhtar juga tidak disenangi blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.co m).
Katanya, langkah DAP yang secara menggila menyerang tokoh korporat itu
boleh menimbulkan rasa tidak selesa bagi orang Melayu baik kalangan Pas
mahupun UMNO.
Katanya, kenapa DAP hanya mempersoalkan hutang
Syed Mokhtar sedangkan kenyataannya hutang terbesar di kalangan korporat
di negara ini ditanggung oleh tokoh perniagaan Cina.
“DAP
bantai syarikat Melayu tapi syarikat Cina dia tak bising. Melayu dapat
projek DAP balun. Cina dapat projek? Senyap? Apa punya game (permainan)
politik ni?
“Sebab itu ana kata, DAP ini masih belum hilang
anti-Melayunya. Masih buat perangai lama. Suruh kita transform jadi
parti yang terbuka tapi mereka masih lagi pegang politik zaman lama,"
katanya.
HOUSE PK: Ini aku petik dari Utusan Online, makin lama
makin kuat pulak kan serangan DAp haramjadah ni terhadap Syed Mokhtar?
Nampak sangat DAP cuba nak jatuhkan Syed Mokhtar secara konsisiten. Tapi
syarikat Cina DAp tak usik langsung kan? Racistnya DAP. Inilah
buktinya..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151098039033495&set=a.10150178992778495.312186.677713494&type=1&theater
Comments
Post a Comment