Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki Dan Perempuan
Pemakaian inai di majlis perkahwinan dianggap sebagai salah satu adat
yang wajib bagi orang melayu terutamanya. Namun tahukah anda, bahawa
pemakaian inai oleh kaum lelaki amat sekali dilarang oleh Islam.
Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki Dan Perempuan | Dalam masayarakat kita, pemakaian inai di tangan sering dilihat dalam majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan.
Ia merupakan satu perbincangan yang berbeza pendapat di antara 4
mazhab. Walaubagaimanapun kita akan mengambil kira hujah dan pendapat
dari imam mazhab Syafie sahaja.
Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai
bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak
dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari
atau 3 kali suci dari haid.
Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan “bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh.
Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk
perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari
kaki yang menghidap penyakit kuku rosak.”
Tidak
dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan
inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu
Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang
yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan
(Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
Melayukini.net - Bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai
di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita.
Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam
mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri
menjadi haram.
Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net
Comments
Post a Comment