PANDUAN KERJAYA - Biar Hidup Susah Asalkan Tidak Ambil Rasuah

by azman 
Sejak sebulan yang lalu tugas aku di pejabat semakin bertambah setelah boss paling seksi :) mengstruktur semula kerja di pejabat. Semua staff diberi tugas tambahan. Ada yang suka dan ada juga yang merungut. Bagi aku, dah nama bekerja dengan orang so terpaksa ikut apa yang disuruh selagi boss tak suruh terjun bangunan. dia suruh terjun bangunan sekalipun, aku ikut asalkan diberi payung terjun(poyo), insyallah aku akan patuh. Kalau aku bekerja sendiri macam bro ensem nih lain cerita, boleh ngerek awek dengan ke enseman wajah anugerah Allah tu. Insyallah aku pun nak bersara awal jika projek yang aku rancangkan menjadi, belum ada rezeki lagi tetapi sedang diusahakan.

Sejak aku pegang jawatan purchaser,(tugas baru). Semua pembelian barangan hotel termasuk contract dari kontraktor. Semua yang aku sebutkan tadi mesti melalui purchasing deparment terlebih dahulu. Setelah aku proses dan boss sah kan baru barang atau segala kerja-kerja berkaitan dengan hotel akan dijalankan. Tak boleh suka-suka panggil buat kerja tanpa ada sebut harga dan sebagainya.

Setelah sebulan aku pegang jawatan ni, hampir setiap hari aku bertegang leher dengan pengurus jabatan.Kadang-kadang aku terpaksa meninggi suara dengan orang yang lebih tua-pangkat pakcik.Sebenarnya aku bukan tidak menghormati orang tua,tapi orang kalau orang tua dah kurang ajar dengan budak, nak tak nak, aku terpaksa juga mempertahankan kebenaran.

Law is law, dalam bidang kerja aku sekarang ni, aku tak boleh kompromi dengan mana-mana staff atau pengurus jabatan yang cuba nak ambik keuntungan atau kesempatan.Keuntungan yang aku maksudkan adalah komisen dari supplier atau kontraktor yang mereka perkenalkan.Kalau dulu mereka dengan sesuka hati buat kompeni macam mak bapak depa punya. Kalau mak bapak kita punya sekali pun,kita pun tak buat macam tu jugak kan.So…same goes to kompeni orang.

Jawatan yang aku sandang sekarang ni sebenarnya memang berat.Berat dari segi mengawal untuk tidak menerima rasuah.Hampir setiap hari ada sahaja tawaran untuk aku menerima rasuah, dari yang sekecil pijat hingga sebesar gajah. Kalau aku gelap mata dah lama aku boleh hidup mewah dan aku tak payah buat kerja part time di sini.

Mungkin ada yang hairan, tak cukupkah gaji aku sekarang nih?.Gaji aku cukup untuk menampung keluarga tapi disebabkan aku ditipu berpuluh ribu sedikit masa lalu,jadi aku terpaksa cari duit lebih untuk membayar segala duit orang yang mana bukan aku sepatutnya bayar. Insyallah dah semakin berkurang dan dalam 2 tahun lagi, langsailah segala bebanan yang aku tanggung selama nih. Sedar tak sedar dah tinggal 35k saja lagi berbanding 50k lebih sebelum ni. Syukurlah!

Berbalik dari cerita orang tua yang aku gaduh setiap hari tadi,dia semakin hari semakin panas, segala komisen yang dia ambik sebelum ni terbongkar.Dengan nilai rm 10.00 pun dia nak tipu. Kalau nak makan sekali pun biarlah banyak sikit kan, baru puas hati. Yang paling best tertangkap pulak tu sebab menipu ubah invois dengan tulisan tangan dari dia.Sejak dari tu semua kontraktor yang dia rekemen akan disiasat dengan cara menghantar surat (guna nama kompeni lain) untuk buat kerja yang sama. Hasil nya memang terbukti dia dah markup lebih dari harga sepatutnya. So sekarang memang terbukti ada yang tak kena selama ni.Kalau kompeni aku sekalipun,aku lama dah fired orang yang macam ni. Lagi lama simpan orang macam ni, lagi cepat kompeni jatuh bangkrap.

Pesanan aku pada rakan-rakan yang memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi. Bekerjalah dengan jujur. Kalau sekali dah ambik rasuah, memang susah nak tolak untuk kali kedua. Lama kelamaan hidup kita pun jadi tak tentu kerana makan duit haram, lepas tu pulak bagi kat anak bini,mak ayah makan duit hasil dari rasuah. Minta dijauhkan!.Hidup susah tak mengapa asalkan kita buat kerja dengan  jujur dan ikhlas hati :) 

 http://www.azmanisma.com

INI KES RASUAH


Program 6P: Penguatkuasa Imigresen didakwa rasuah

22 Mei 2012
SUNGAI PETANI - Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Sungai Petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas dua pertuduhan rasuah melibatkan wang tunai RM2,000 pada Ogos tahun lepas.
  
Ilias Ali, 52, didakwa menerima suapan itu daripada peniaga, Lee Jin Hup untuk membantu mendaftarkan dua orang warga China dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P).
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Unit Penguat Kuasa, Jabatan Imigresen, Wisma Keladi, Jalan Bank, di sini kira-kira pukul 11.20 pagi, 23 Ogos 2011.
  
Bagi pertuduhan pertama pegawai Gred KP22 itu didakwa menerima RM2,000 sebagai dorongan agar dua warga China, Cheng Qinyu dan Zhong Yulin yang pas lawatan mereka telah tamat tempoh didaftarkan dalam program 6P, sedangkan prosesnya adalah percuma.
  
Pertuduhan kedua, pertuduhan alternatif iaitu tertuduh didakwa menerima barang berharga berupa wang tunai berjumlah RM2,000 daripada Lee Jin Hup di tempat, tarikh, masa dan untuk tujuan sama.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, iaitu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 jika disabitkan kesalahan.
  
Untuk pertuduhan alternatif, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
  
Hakim Mohammad Khalid Ab Karim membenarkan Ilias diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan perbicaraan pada 26 Jun depan.
  
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Fieza Fazlin manakala tertuduh diwakili peguam S.P. Raman. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog