50 Soalan Paderi dan 50 Jawapan Abu Yazid Al-Bustami

Abu Yazid Al-Bustami yang berguru dengan Imam Hambali telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang menyuruhnya pergi ke gereja Sama'an. Dia memutuskan untuk pergi setelah mimpinya berulang sebanyak 3 kali.
 
Bila ketua paderi menyedari kehadiran seorang umat Nabi Muhammad S.A.W di dalam gereja, keadaan menjadi gempar. Kehadiran Abu Yazid dikesan dan ada yang mencadangkan Abu Yazid dibunuh.

"Aku akan bertanya 50 soalan terus-menerus kemudian kamu mesti menjawabnya satu per satu dengan tepat. Jika kamu tidak dapat menjawabnya ataupun salah memberi jawapan, maka kamu akan dihukum bunuh!" 
kata ketua paderi itu lalu mengemukakan 50 soalan tersebut.

~Ini sebahagian dari soalan-soalan itu~

Soalan ke 22
Ketua Paderi : Kubur yang berjalan dengan penghuninya?

Abu Yazid Al-Bustami : Ikan besar yang menelan Nabi Yunus. Ikan itu membawa Nabi Yunus sebelum dimuntahkan di pantai dengan izin Allah.

Soalan ke 24
Ketua Paderi : Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?

Abu Yazid Al-Bustami : Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Soalan 38
Ketua Paderi : 4 jenis air yang lain rupa dan rasa tetapi sumbernya satu?

Abu Yazid Al-Bustami : Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

50 soalan telah dapat dijawab oleh Abu Yazid Al-Bustami dengan tepat.
Subhanallah...akhirnya bila Abu Yazid Al-Bustami mengambil giliran bertanya kepada ketua paderi :

"apakah kunci syurga dan neraka?"
Ketua paderi itu akhirnya mengaku kunci syurga dan neraka tidak lain tidak bukan ialah ucapan "Lailahaillallah Muhammad Rasulullah"
 
 http://aljanggut.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog