Cara Rasulullah SAW menegur cara berhikmah
‘JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEJAHATAN,
ITU ADALAH DENDAM,
JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEBAIKAN,
ITU PERKARA BIASA.
JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEJAHATAN,
ITU ADALAH ZALIM.
TETAPI JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN,
ITU ADALAH MULIA DAN TERPUJI.
Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia,
Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang ‘pendidik teragung’. Ini kerana
melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau
kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan
secara berkesan.
Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori
dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri
Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah
tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga
memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.
Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda
ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan.
Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip
melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada
menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai
amil.
Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada
mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan
sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya
ketika mengutip zakat berkenaan.
Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di
atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku
lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk
engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada
di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”
Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara
langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan
secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah
daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut
nama pesalah dalam kisah itu?
Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui
Teladan’, maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan
mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri
mempamerkannya dengan sikap itu.
Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib
manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari
akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi
Baginda sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan
teladan amat berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar
bersemangat tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan
seharian jadi bertentangan dengan apa yang disampaikan.
Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian
dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan,
pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan
lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan
sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.
Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila Muaz
bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya,
“Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau
menghukum?” Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”
Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”
Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”
Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah
yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai
oleh Rasulnya.”
Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini
suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada
indivitu untuk terus melakukan kebaikan.
Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh
kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji
anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana
melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak
untuk menghayati ajaran yang disampaikan.
Kaedah seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat
ialah pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW
banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu
perkara..
http://fitrahislami.wordpress.com
Comments
Post a Comment