Skip to main content






Isu kondo: Exco kata YDP MPS diarah bertukar





Isu kondo: Exco kata YDP MPS diarah bertukar

  • Zulaikha Zulkifli & Ahmad Fadli KC
  • 4:45PM Nov 14 2012
Exco kanan kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A'ala telahpun diarahkan bertukar.

Liu percaya arahan pertukaran itu dibuat ekoran kenyataan Zainal pada 30 Oktober lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat. 

NONE"Saya rasa sedih kerana kita akan kehilangan seorang YDP yang rajin dan telah membuktikan beliau boleh tangani isu-isu penting.

"Tapi sekarang tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi jangan salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.

"Saya rasa tidak puas hati (dengan pertukaran) selaku ketua kepada kerjaan tempatan di negeri Selangor," katanya yang mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu pada Jumaat lalu.


Semakan Malaysiakini dengan pejabat MPS petang ini mendapati, Zainal Abidin diarahkan bertukar ke ibu pejabat Institut Tadbiran Awam Negara berkuat kuasa esok.

Seorang pegawai di bahagian hal ehwal korporat itu, yang memperkenalkan diri dengan nama Mohd Zin mengesahkan perkara itu dan berkata, hari ini merupakan hari terakhir Zainal berkhidmat di MPS.
NONE"Ini perkara biasa di kalangan pegawai PTD (pegawai tadbir dan diplomatik)," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, arahan pertukaran tersebut hanya diketahui pagi ini.

Projek kondominium itu diluluskan pada 2007 oleh MPS semasa kerajaan negeri berada bawah pentadbiran BN.

MIC baru-baru ini menganjurkan demonstrasi bagi membantah pembinaan projek berkenaan yang terletak hampir dengan kompleks kuil popular di Batu Caves.

Ekoran itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan supaya kerja pembinaan itu dihentikan manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berjanji untuk membatalkan projek tersebut - sekiranya BN berjaya merampas pentadbiran Selangor.

mediarakyat talkshow 160312 lee khai loonSementara itu, seorang ahli majlis MPS Lee Khai Loon berkata beliau percaya bahawa pertukaran Zainal Abidin itu, selepas hanya berkhidmat selama lebih setahun, bersifat politik.

Beliau memberi alasan, Zainal Abidin seorang yang profesional dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri.

"YDP itu ditugaskan untuk menyiasat bagaimana projek itu diluluskan pada awalnya," katanya yang menambah Zainal Abidin juga bertanggungjawab menandatangani perintah menghentikan kerja-kerja pembinaan itu.

Berbeza dengan ahli majlis, pelantikan ketua kerajaan tempatan berada bawah bidang kuasa jabatan perkhidmatan awam persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.


Arahan tukar YDP MPS 'ultra vires', kata ahli majlis
  • Ahmad Fadli KC
  • 4:00PM Nov 15 2012
 
dikemaskini Sekumpulan anggota Majlis Perbandaran Selayang hari ini mendakwa Jabatan Perkhidmatan Awam bertindak melampaui kuasanya apabila mengeluarkan arahan supaya Yang Dipertua (YDP) kerajaan tempatan bertukar ke Institut Tadbiran Awam Negara.

Dalam sidang media dihadiri lebih separuh daripada barisan ahli majlis tersebut, anggota berkenaan mendakwa tindakan itu juga melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Antaranya, seorang ahli majlis Eric Tan Pok Shyong yang berkata, arahan tersebut dikeluarkan JPA walau soal pelantikan YDP terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

Dakwanya lagi, JPA juga tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang seperti agensi kerajaan lain.

"Ia hanya satu agensi yang membantu kerajaan. Jadi apa kuasa yang mereka ada?" katanya pada sidang media tergempar di menara MPS petang tadi.


Datuk Zainal Abidin Aala yang bertindak sebagai YDP MPS sejak 2011 menerima notis dipindahkan ke INTAN dalam tempoh 24 jam semalam.

Arahan pertukaran mendadak itu dikeluarkan selepas beliau membuat kenyataan bahawa projek kondominium Park Avenue di Batu Caves diluluskan pembinaannya pada tahun 2007 sewaktu Selangor ditadbir BN.

MIC turut menganjurkan demonstrasi bagi membantah sebelum ini berdemonstrasi membantah projek itu yang terletak hampir dengan kompleks kuil popular di Batu Caves.

Ekoran itu, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan supaya kerja pembinaan itu dihentikan manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berjanji untuk membatalkan projek tersebut - sekiranya BN berjaya merampas pentadbiran Selangor.

Menurut Eric, tindakan itu juga bertentangan dengan Perkara 132 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan lantikan pegawai kerajaan negeri terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan tiada hak ke atas pegawai kerajaan negeri," katanya.


Ketua Whip ahli majlis Selayang, A Rahim Ahmad Kasdi percaya tindakan itu satu 'hukuman' untuk 'membekukan' Zainal Abidin daripada terus maju dalam kerjayanya.


Justeru, beliau mewakili ahli majlis yang lain menggesa kerajaan

Persekutuan mengkaji semula prosedur pertukaran dalam masa 24 jam yang didakwa dibuat dengan "tidak professional dan dilihat sering mengganggu pentadbiran kerajaan negeri".

Katanya lagi, ahli-ahli majlis Selayang akan mengadakan mesyu
arat khas untuk mendesak kerajaan negeri bertindak tegas menyatakan pendirian terhadap arahan itu. 

MALAYSIAKINI

Comments

Popular posts from this blog